Jumaat, 28 Oktober 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Martabatkan bahasa Melayu di IPT

Posted:

Martabatkan bahasa Melayu di IPT

Martabatkan bahasa Melayu di IPT

Oleh NAZMIL NASIRUDDIN
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 27 Okt. – Penerbitan buku atau bahan akademik dalam bahasa Melayu akan dijadikan sebagai salah satu kriteria untuk perjawatan dan kenaikan pangkat ahli akademik di institusi pengajian tinggi (IPT).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah itu diambil bagi memperkukuhkan lagi bahasa Melayu dalam konteks pembelajaran dan pengajaran serta penyelidikan.

Menurutnya, pendekatan itu juga secara tidak langsung akan mengambil kira soal pengiktirafan, pembangunan dan kemajuan kerjaya ahli-ahli akademik.

"Sehubungan itu kerajaan akan mewujudkan anugerah kepada ahli akademik di peringkat universiti yang cemerlang dalam bahan penerbitan bahasa Melayu.

"Penambahan kategori anugerah baru juga akan dilakukan iaitu Anugerah Penterjemah Karya Ilmu dalam bahasa Melayu dan Anugerah Akademia Bahasa Melayu dalam Anugerah Akademik Negara (AAK) pada masa akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan pelancaran Pelan Tindakan Memartabatkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu di IPT di sini hari ini.

Turut hadir Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Leftenan Jeneral Datuk Alatif Mohd. Noor;Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Ab. Rahim Md. Noor dan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Termuzi Abdul Aziz.

Pelan tindakan itu mempunyai empat strategi iaitu mengukuhkan bahasa Melayu dalam pembelajaran dan pengajaran; mengukuhkan bahasa Melayu dalam penyelidikan dan penerbitan; meningkatkan pengiktirafan akademia Bahasa Melayu dalam pelbagai disiplin ilmu dan meningkatkan pengantarabangsaan bahasa Melayu.

Mohamed Khaled berkata, melalui pelan tersebut, usaha akan terus dipertingkat untuk menambah bilangan artikel berindeks dan bilangan penerbitan buku dalam bahasa Melayu.

"Satu lagi pendekatan yang boleh diambil oleh IPT ialah dengan memperkukuhkan jurnal tempatan berbahasa Melayu berkualiti sehingga diindekskan dalam Scopus dan ISI," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, semua kursus wajib di universiti seperti Kenegaraan Malaysia, Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara wajib dikendalikan dalam bahasa Melayu.

"Dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan ini, pihak kementerian meletakkan sasaran 30 peratus pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Melayu bagi gugusan sains.

"Dalam tempoh yang sama juga, sasaran 70 peratus pengajaran dan pembelajaran adalah bagi gugusan sains sosial dan kemanusiaan," katanya.

Beliau menambah, pihaknya juga akan mewajibkan pelajar-pelajar antarabangsa di institut pengajian tinngi awam (IPTA) mengambil kursus Bahasa Melayu Komunikasi.

Full content generated by Get Full RSS.

Harga tiket tidak berubah

Posted:

Harga tiket tidak berubah

Harga tiket tidak berubah

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my


PENYOKONG pasukan Negeri Sembilan menyerbu kaunter tiket di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, semalam.


PEKAN - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak akan menurunkan harga tiket RM50 yang ditetapkan untuk perlawanan akhir Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu di Stadium Shah Alam, esok.

Presidennya, Sultan Ahmad Shah bertitah, penyokong kedua-dua pasukan seharusnya mengetepikan isu kenaikan harga tiket dengan datang beramai-ramai ke stadium bagi menyokong pasukan masing-masing.

Baginda bertitah, sebelum harga tiket ditetapkan, ia telah dikaji kewajarannya sebuah jawatankuasa bertanggungjawab.

Titah baginda, jika dibandingkan dengan negara Asean, penjualan tiket di negara ini jauh lebih murah.

"FAM tidak akan mendapat apa-apa keuntungan daripada harga tiket tersebut, sebaliknya ia bertujuan menambah pendapatan kedua-dua pasukan yang layak ke pertandingan akhir.

"Lagi berapa jam sahaja perlawanan akhir ini akan bermula, buat apa kita hendak tukar, harganya akan kekal seperti ditetapkan.

"Beta menyeru kepada para penyokong Negeri Sembilan dan Terengganu supaya datang ke stadium beramai-ramai untuk memberi sokongan kepada pasukan masing-masing.

"Selepas perlawanan akhir dan bila keadaan sudah reda, rakyat boleh datang berjumpa FAM dan kita boleh bincang mengenai segala-galanya, termasuk harga tiket untuk perlawanan-perlawanan akan datang," titah baginda.

Baginda merasmikan Kem Force 136, Rejimen 505 Askar Wataniah Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-81 Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, semalam.

Sultan Ahmad Shah mengulas bantahan penyokong kedua-dua pasukan yang mara ke final, yang turut mengancam untuk memboikot penjualan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia.

Sementara itu, mengulas kejadian Wisma FAM di Kelana Jaya yang dilempar cat merah kelmarin, Sultan Ahmad Shah bertitah, polis sedang menyiasat insiden tersebut.

"Ini (lempar cat) tindakan orang bodoh, dia hendak lari ke mana.

"Kita (FAM) telah maklumkan kepada pihak polis dan biarlah mereka menyiasat mengenai insiden ini," titah baginda.

Full content generated by Get Full RSS.

Malaysia sambut Aidiladha 6 Nov.

Posted:

Malaysia sambut Aidiladha 6 Nov.

Malaysia sambut Aidiladha 6 Nov.

KUALA LUMPUR 27 Okt. – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 6 November, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan malam ini.

Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Haji bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Ahad, 6 November 2011," katanya. – BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan