Selasa, 25 Oktober 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Wasiat Gaddafi

Posted: 24 Oct 2011 12:45 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]TRIPOLI: Muammar Gaddafi yang ditembak mati pada Khamis lalu meninggalkan wasiat meminta mayatnya dikebumikan di bandar kelahirannya di Sirte, tanpa dimandikan atau dikafan.

Usaha transformasi mula berhasil: PM

Posted: 24 Oct 2011 12:43 PM PDT

MukaDepan

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata perayaan Deepavali kali ini istimewa kerana disambut ketika usaha transformasi negara mula membuahkan hasil yang bertujuan memastikan hidup rakyat lebih berkualiti.

Perdana Menteri juga berkata, usaha kerajaan dalam pembabitan dan penyampaian terus khidmat kepada masyarakat sejak dua tahun lalu menghasilkan impak yang nyata dan positif terhadap individu serta keluarga masyarakat India.

"Ini memberikan kita keyakinan untuk memperkukuh serta meluaskan lagi usaha supaya dapat menolong semua yang memerlukan bantuan," katanya dalam blognya www.1Malaysia.com.my sempena sambutan Deepavali, esok.

Kepercayaan atau 'nambikei' daripada setiap rakyat Malaysia berketurunan India amat penting dalam menjalin perkongsian penuh dan berkesan di antara kerajaan dan masyarakat. - Najib Razak, Perdana Menteri

Najib berkata, dalam usaha mencapai wawasan kerajaan untuk menaik taraf kehidupan masyarakat India secara komprehensif, beliau memerlukan komitmen dan kepercayaan kaum itu.

"Kepercayaan atau "nambikei" daripada setiap rakyat Malaysia berketurunan India amat penting dalam menjalin perkongsian penuh dan berkesan di antara kerajaan dan masyarakat," katanya sambil mengucapkan Deepavali Vaalthukal dan Selamat Hari Deepavali kepada rakyat Malaysia beragama Hindu.

Justeru, beliau meminta golongan profesional dan tokoh korporat serta pemimpin masyarakat bekerjasama dengan kerajaan dan mengenal pasti kaedah yang inovatif dan kreatif dalam usaha untuk menambahbaik kehidupan ahli komuniti India secara langsung dan positif.

"Marilah kita bersama-sama dengan sahabat handai meraikan perayaan ini dengan harapan ia akan membawa cahaya kebahagiaan dan keharmonian kepada semua rakyat Malaysia," katanya.
Sementara itu, Presiden MIC, Datuk G Palanivel, berkata kaum India di negara ini bakal menikmati pelbagai nikmat hasil Program Transformasi Ekonomi yang diperkenalkan kerajaan dalam usaha mengangkat taraf sosio ekonomi dan budaya kaum itu hasil kerjasama erat serta perpaduan yang berteraskan semangat 1Malaysia.

Palanivel yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengingatkan masyarakat India supaya bersatu bagi memastikan perpaduan antara mereka lebih erat setanding dengan keutuhan ditunjukkan kaum lain di negara ini.

"Kita yakin, kerajaan kepimpinan Perdana Menteri sentiasa memberikan sokongan kuat kepada masyarakat India, terutama melalui bantuan disalurkan dan ia dilihat berada di landasan tepat dalam meningkatkan taraf sosio ekonomi kita.

"Selepas ini kita akan menyambut Pesta Cahaya dengan rasa terjamin kerana kerajaan sentiasa prihatin terhadap setiap keluhan di samping terus membantu dalam proses transformasi negara seperti yang sudah dirancang menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP)," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan