Selasa, 25 Oktober 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Kerajaan Melaka ucap takziah anak TYT Melaka meninggal

Posted: 25 Oct 2011 03:15 AM PDT

Mutakhir

MELAKA TENGAH: Anak sulung Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, Muhamad Raznam, 45, meninggal dunia kerana komplikasi buah pinggang di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang, kira-kira jam 11 pagi tadi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, mengucapkan takziah kepada seluruh anggota keluarga Mohd Khalil.

"Kerajaan negeri dan seluruh rakyat Melaka dengan penuh rasa takzim menzahirkan rasa takziah dan dukacita di atas kembalinya ke rahmahtullah Muhamad Raznam yang meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang. "Marilah kita bersama-sama menghadiahkan Al-Fatihah dan dan mendoakan supaya roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

"Semoga Mohd Khalil dan isterinya, Toh Puan Zurina Kassim serta keluarga dapat bersabar dan menerima ketentuan ini dengan penuh redha atas segala ketetapan Allah SWT," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Pemahaman mengenai kedudukan Islam masih rendah: Mashitah

Posted: 25 Oct 2011 02:56 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Pemahaman masyarakat mengenai kedudukan Islam sebagai agama rasmi di negara ini masih rendah sehingga tercetus beberapa isu sensitif yang boleh menjejaskan hubungan baik antara kaum, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Sehubungan itu, beliau berkata, orang ramai perlu diberi pemahaman yang jelas dan tepat mengenai perkara berkenaan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Ramai yang masih kurang faham, malah ada orang Islam sendiri berpendapat Malaysia adalah negara sekular, sedangkan ini jelas tidak betul. Justeru, kita perlu mengambil tindakan proaktif untuk memberi penjelasan supaya mereka faham," katanya ketika berucap pada majlis perasmian penutup Seminar Pemahaman Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan Persekutuan di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini, pagi tadi. Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha, dan Ketua Pengarah IKIM, Datuk Nik Mustapha Nik Hassan. Kira-kira 400 peserta menghadiri seminar anjuran IKIM dengan kerjasama JAKIM dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) itu.

Dalam konteks berkaitan, Mashitah berkata, semua pihak perlu memainkan peranan memberi penerangan, terutama kepada masyarakat bukan Islam di negara ini supaya mereka dapat memahami dan seterusnya menghormati kedudukan Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

"Pada masa sama, kita juga mesti bersedia menghadapi anasir yang mahu meruntuhkan Islam. Mereka sering cuba membangkitkan isu sensitif yang boleh menjejaskan perpaduan kaum dan agama di Malaysia," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan