Berita Harian: Mutakhir |
COOP 1Malaysia tawar barangan lebih murah Posted: 27 Oct 2011 03:14 AM PDT Mutakhir KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Koperasi Malaysia, FELDA Trading Sdn Bhd dan Kontena Nasional Berhad hari ini menjalin kerjasama memperkenalkan jenama COOP 1Malaysia di bawah rangkaian produk "Lebih Murah! Lebih Jimat! Sama Hebat!".Kerjasama itu bagi meringankan beban kewangan rakyat akibat peningkatan harga barangan keperluan sejajar fenomena global. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata jenama COOP 1M itu bukan untuk bersaing dengan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) tetapi memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna untuk membeli barangan buatan Malaysia pada harga murah. "Sebagai permulaan, kita berjaya melancarkan 24 jenis barangan dengan jenama COOP 1M pada harga yang rata-ratanya 30 hingga 40 peratus lebih murah daripada barangan berjenama terkenal yang serupa."Menjelang 2012, kita mensasarkan sehingga 150 barangan akan ditawarkan kepada pengguna," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Produk COOP 1M dan Perasmian Pusat Pengedaran Koperasi Permodalan FELDA Berhad di Subang Jaya dekat sini, sebentar tadi. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenFull content generated by Get Full RSS. |
Penguatkuasaan undang-undang murtad masih lemah: Mufti Kelantan Posted: 27 Oct 2011 02:07 AM PDT Mutakhir PASIR PUTEH: Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, mengakui penguatkuasaan yang lemah sebagai punca undang-undang murtad negeri itu tidak dapat dilaksanakan secara berkesan.Beliau berkata, walaupun enakmen menghalang kegiatan murtad sudah wujud sejak 1980 dan pihak terbabit boleh didakwa di mahkamah sivil, ia masih tidak memberi kesan kerana kelemahan dari segi kuatkuasa. "Ini antara penyumbang mengapa undang-undang murtad tidak dapat dilaksanakan secara berkesan di negeri ini," katanya pada satu majlis di sini hari ini. Mohamad Shukri yang juga Pengerusi Majlis Fatwa Ulama Negeri Kelantan diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, di Dewan Rakyat bahawa orang bukan Islam boleh didakwa berhubung isu penyebaran fahaman agama.Mohamad Shukri, enakmen berkenaan antara lain menetapkan 30 perkataan termasuk "Allah" atau "Muhammad Rasulullah" tidak boleh digunakan oleh pihak tertentu. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan