Berita Harian: Nasional |
'Kenyataan isu anak Guan Eng diputar belit' Posted: 24 Oct 2011 03:26 PM PDT Nasional Media alternatif tokok tambah timbulkan salah faham: TPMKUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam menegaskan kenyataannya berhubung isu anak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, didakwa mencabul kehormatan seorang remaja perempuan, diputar belit media alternatif. Timbalan Perdana Menteri berkata, media berkenaan mengeluarkan laporan tidak tepat dengan kenyataannya ditokok tambah sehingga dikaitkan dengan perkara lain yang tiada kena-mengena. Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, dirinya diminta memberi pandangan berhubung isu berkenaan oleh media alternatif pada sidang media baru-baru ini, walaupun ingin mengelak perkara itu."Sebenarnya, saya tidak mahu campur urusan sebegitu. Saya sudah meneliti banyak penulisan dalam blog dan saya sedar tidak adil mengheret isu keluarga dan anak dalam kancah politik. "Itu bukan tujuan saya tetapi ia sudah diputar belit sehingga menimbulkan salah faham," katanya menjawab celahan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) ketika ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 bagi Kementerian Pelajaran, di Dewan Rakyat semalam. Kit Siang mempersoalkan kenyataan Muhyiddin seperti dilaporkan media alternatif berhubung isu anak Guan Eng yang juga cucunya, didakwa mencabul kehormatan seorang remaja perempuan. Justeru, sebagai maklum balas banyak pihak yang juga sering diamalkan pakatan pembangkang, beliau berkata, cadangan terbaik ialah menyerahkan kepada polis menyiasat kes itu untuk mencari kebenaran. "Yang Berhormat di sebelah sana (pembangkang) pun mencadangkan penubuhan suruhanjaya siasatan diraja atau laporan polis (untuk kes lain sebelum ini), jadi respons biasa. Jika hendak mendapatkan hak dan kebenaran, jika tidak melakukan perkara itu, biarlah pihak berkuasa siasat, jadi lepas daripada tohmahan. "Apabila disiasat dan mendapat laporan tepat, di situ mungkin ada pembelaan. Itu tujuan (kenyataan) saya, bukan hendak campur (tangan). Jika tidak ada (dakwaan mencabul kehormatan tidak benar), apa Yang Berhormat bimbangkan. Ia akan diselesaikan dengan lebih mudah, ini bukan soal politik," katanya. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenzainal abas cabul merupakan kesalahan jenayah. kalau benar ujud perlu di siasat. kalau dulu seorang ketua menteri boleh di dakwa kononnya mencabul, inikan pula anak kepada ketua menteri. hanya yang bersalah takut pada bayang bayang! Full content generated by Get Full RSS. |
Laporan Ketua Audit Negara 2011: 17 kementerian dapat penarafan empat bintang Posted: 24 Oct 2011 03:03 PM PDT [unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR: Sebanyak 17 kementerian dan 13 jabatan kerajaan memperoleh penarafan empat bintang dalam prestasi pengurusan kewangan pada 2010 dengan memperoleh lebih 90 markah, berbanding hanya 10 kementerian dan empat jabatan pada tahun sebelumnya. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan