Kosmo Online - Negara |
Posted: Lima beradik malang dibelaOleh JULIA ISMAIL, SUHANA VERU dan KHAIRI MOHAMAD
KUALA LUMPUR – Sehari selepas pendedahan mengenai nasib malang lima beradik yang terpaksa bergilir-gilir ponteng kerana mahu menjaga bapa mereka, Zulkifli Deraman, 44, yang diserang angin ahmar, mereka terus mendapat perhatian. Dalam reaksi segera, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) semalam bersetuju menghulurkan bantuan menerusi skim Bantuan Kanak-Kanak (BKK) sebanyak RM450 sebulan kepada kesemua anak-anak Zulkifli, 44, yang kini mendiami rumah usang di Kampung Tok Ku, Sering, Kota Bharu berkuat kuasa serta-merta. Ketua Pengarahnya, Hadzir Md. Zain berkata, keluarga malang itu juga mendapat bantuan peribadi daripada Pengerusi Majlis Kebajikan dan Pembangunan Penyayang (Mayang) Pengkalan Chepa, Datuk Dali Hussain sebanyak RM400. "JKM akan sama-sama memantau dari masa ke semasa supaya keluarga ini dan anak-anak ini dapat belajar dengan sempurna," katanya dalam satu kenyataan kepada Kosmo! di sini semalam. Beliau diminta mengulas mengenai nasib malang lima beradik itu yang terpaksa mengorbankan zaman persekolahan mereka dengan bergilir-gilir ponteng sekolah sejak Januari lalu demi menjaga bapa yang sakit serta datuk dan nenek mereka yang uzur. Anak-anak Zulkifli terpaksa tidak ke sekolah sekurang-kurangnya sehari dalam seminggu untuk menjaga bapa, datuk dan nenek mereka bagi meringankan beban ibu mereka yang mengambil alih tugas menyara keluarga. Sementara itu, di Kota Bharu, Dali berkata, siasatan telah dilakukan terhadap keluarga berikutan laporan Kosmo! semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. Full content generated by Get Full RSS. | |
Bekalan air susut 9.5 juta liter Posted: Bekalan air susut 9.5 juta literMOKHTAR (dua dari kanan) melepaskan anak ikan baung di Empangan Semberong, Batu Pahat, Johor semalam. BATU PAHAT - Spesies hidupan ini sesetengahnya amat kecil dan hanya mampu dilihat menerusi mikroskop namun kehadirannya di dalam empangan air mampu menimbulkan masalah besar. Itulah impak tumbuhan akuatik alga apabila kewujudannya di Empangan Semberong di sini mengakibatkan bekalan 10 juta liter air bersih di empangan tersebut terjejas. Secara purata, Empangan Semberong mampu membekalkan air bagi kawasan sekitar bandar Kluang dan Jalan Kluang sebanyak 55.5 juta liter sehari. Bagaimanapun kehadiran alga tanpa kawalan itu mengakibatkan jumlah air yang dapat dibekalkan berkurangan 9.5 juta liter kepada 46 juta liter sehari. Pengarah Badan Kawalselia Air Johor (Bakaj), Mohd. Idris Kaparawi berkata, alga tersebut didapati memasuki mesin penapis sehingga membataskan pengeluaran air yang telah dirawat. "Bagi mengatasi masalah itu, kami melepaskan 43,000 anak ikan baung dan lampam di Empangan Sembrong dan diharapkan ikan-ikan ini akan memakan alga tersebut," katanya kepada pemberita selepas melepaskan anak-anak ikan di empangan itu semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. Full content generated by Get Full RSS. | |
Posted: Pertingkat kerjasama 3 bidangMUHYIDDIN disambut Chee Hean semasa lawatannya di Singapura semalam. SINGAPURA - Malaysia dan Singapura sedia mempertingkatkan kerjasama dalam bidang pelancongan, pendidikan dan alam sekitar. Komitmen ke arah itu dinyatakan kedua-dua negara dalam pertemuan antara Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan rakan sejawatannya dari Singapura, Teo Chee Hean sempena lawatan dua hari pemimpin Malaysia itu ke republik berkenaan semalam. Pada sidang akhbar bersama selepas pertemuan itu, Muhyiddin berkata, terdapat potensi besar bagi meluaskan lagi kerjasama dalam tiga bidang berkenaan. "Singapura telah berjaya mempromosikan dirinya sebagai sebuah destinasi pelancongan yang utama dan Malaysia juga sedang berbuat demikian dan dalam bidang ini kita setuju untuk bekerjasama. "Malah, saya mencadangkan agar satu pakej diusahakan antara Singapura dan Malaysia khususnya Johor dalam pembangunan projek di Desaru," katanya. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan