Berita Harian: Mutakhir |
NATO tamat misi di Libya pada 31 Oktober ini Posted: 28 Oct 2011 03:40 AM PDT [unable to retrieve full-text content]BRUSSELS: NATO secara rasmi memutuskan untuk menamatkan misi tujuh bulan di Libya pada 31 Oktober ini walaupun pemerintah baru negara berkenaan meminta rondaan udara diteruskan sehingga akhir tahun ini, kata diplomat. |
4.8 juta rakyat Malaysia menghidap NCD Posted: 28 Oct 2011 03:33 AM PDT Mutakhir KUALA TERENGGANU: Kira-kira 4.8 juta rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas didapati menghidap penyakit tidak berjangkit (NCD) dan ia termasuklah penyakit hipertensi dan penyakit berkaitan jantung.Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata kajian mendapati hampir 70 peratus pesakit yang mendapatkan rawatan di klinik-klinik kesihatan milik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) beisiko menghidap NCD. "Peratusan ini amat membimbangkan kementerian memandangkan NCD boleh menyebabkan kematian awal dan pelbagai jenis ketidakupayaan serta kesengsaraan hidup. "Sehubungan itu, kementerian mengambil langkah proaktif dengan menggalakkan golongan muda terutamanya siswa dan siswi di negara ini supaya membudayakan amalan cara hidup sihat bagi mengelakkan NCD," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan program Siswa Sihat 1Malaysia Zon Timur 2011 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini hari ini. Turut hadir Penolong Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi (HEPI) UMT, Prof Dr Norhayati Mohd Tahir. Program kerjasama KKM dan UMT itu adalah yang ketiga membabitkan penuntut universiti selepas ia diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak ia dilancarkan pada 23 September lalu.
Dalam perkembangan lain, Rosnah berkata, kementerian merancang mengadakan konvensyen untuk `Kumpulan M10' iaitu penuntut-penuntut universiti yang menyertai program berkenaan selepas tamat edisi terakhir program itu di Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebelum penghujung tahun ini. Katanya, konvensyen itu bertujuan membentangkan hasil intervensi yang dijalankan menerusi projek `Cabaran Siswa Sihat' yang membabitkan penuntut di keempat-empat universiti terbabit. - BERNAMA Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan