Rabu, 26 Oktober 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


'Bom' kejutkan pemandu wanita

Posted:

'Bom' kejutkan pemandu wanita

'Bom' kejutkan pemandu wanita

26/10/2011 6:25pm

KUALA LUMPUR 26 Okt. — Seorang wanita terkejut apabila mendapati objek menyerupai sebutir bom dilekatkan pada tayar belakang kenderaan pacuan empat rodanya di Sri Hartamas di sini, hari ini.

Wanita itu, yang tidak mahu dikenali, berkata kewujudan 'bom' terbabit disedari seorang pencuci kereta ketika dia menghantar kenderaannya ke pusat mencuci kereta.

"Saya dimaklumkan mengenai 'bom' itu di belakang tayar kereta selepas dimaklumkan oleh tukang cuci kereta, semasa kereta saya hendak dicuci kira-kira 12 tengah hari tadi," katanya yang segera memaklumkan penemuan itu kepada polis.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Supt. Aida Abdul Hamid mengesahkan menerima aduan mengenai perkara itu dan Unit Pengesan Bom telah dipanggil bagi membantu melakukan pemeriksaan ke atas objek itu.

"Namun siasatan yang jalankan mendapati objek yang dilekatkan di tayar kenderaan pengadu bukan bom tetapi antena," katanya. — Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

PBNS dikecam gara-gara harga tiket naik

Posted:

PBNS dikecam gara-gara harga tiket naik

PBNS dikecam gara-gara harga tiket naik

26/10/2011 4:15pm

SEREMBAN — Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan melahirkan rasa kecewa selepas beliau dan pihak persatuan menjadi sasaran kecaman peminat dan penyokong pasukan Hoben Jang Hoben yang kecewa selepas harga tiket dinaikkan.

Mohamad yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan menjelaskan bahawa, PBNS sudah pun membantu penyokong bola sepak dengan membuat surat rayuan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tetapi tiada sebarang tindakan.

"Setakat hari ini baru lebih kurang 500 tiket terjual di Negeri Sembilan, kita harap penyokong memahami kerana ini bukan kuasa kita (penentuan harga tiket) jadi, janganlah sampai suruh presiden letak jawatan, tidak baik buat tuduhan melulu kerana orang yang kita tuduh itu berperasaan," katanya kepada pemberita di majlis rumah terbuka Deepavali Ahli Dewan Undangan Negeri Jeram Padang, Datuk Vs Mogan yang turut dihadiri oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin.

Katanya, perlawanan akhir pasukan Negeri Sembilan melawan Terengganu diuruskan oleh FAM dan beliau sendiri berasa terkejut apabila FAM menaikkan harga tiket. — Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

PLKN hulur bantuan untuk mangsa banjir Thai

Posted:

PLKN hulur bantuan untuk mangsa banjir Thai

PLKN hulur bantuan untuk mangsa banjir Thai

26/10/2011 3:54pm



Nuraisah Malik (kiri) dan Noorfarhana Shuhada Ahmad bersama pelatih-pelatih PLKN Kem Cemerlang Templer membungkus kain selimut dan pakaian untuk dihantar ke Thailand dalam misi bantuan banjir di Kem PLKN Templer, Rawang. - Utusan/ZULKARNAIN MOHD. SAIDIN


KUALA LUMPUR — Sekretariat Alumni Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan menghantar 3.5 tan barangan makanan serta keperluan lain ke Thailand bagi membantu mangsa banjir di negara gajah putih itu.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, ini merupakan penghantaran pertama dan bantuan seterusnya akan dihantar kemudian.

"Bantuan itu akan mula dihantar menerusi jalan darat ke Lapangan Terbang Tentera Udara Thailand di Hadyai Jumaat ini sebelum diagihkan kepada mangsa banjir," katanya kepada pemberita ketika meninjau persiapan bantuan itu di Kem PLKN Temasya Rimba Templer dekat sini hari ini.

Abdul Latiff berkata, barangan tersebut merupakan sumbangan syarikat swasta, persatuan dan individu yang bersimpati terhadap nasib penduduk Thailand terutamanya di Bangkok yang kini menghadapi banjir yang berpanjangan.

"Sebagai negara berjiran, Malaysia perlu menjawab panggilan kecemasan yang disuarakan oleh negara Thailand dan membantu mereka menghadapi bencana alam yang sedang melanda," katanya. — Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan