Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 29 Oct 2011 03:17 PM PDT GOMBAK: Majlis pertunangan Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 26, atau lebih dikenali sebagai Rita malam ini, dibuat secara tertutup dengan jemputan hanya di kalangan keluarga atau kenalan rapat. Ini kerana ramai jiran yang tinggal berhampiran kediaman itu tidak tahu menahu perkara itu, sebaliknya merasakan ada majlis tertentu di kediaman Rita berikutan beberapa khemah dipasang dalam pekarangan rumahnya.
Yang pasti, katanya, dia tidak menerima sebarang jemputan.
"Saya cuma nampak lori bawa kerusi dan meja, tetapi tak tahu apa tujuannya.
Sementara itu, peniaga gerai, Arifin Mohd Nor, 52, berkata dia juga tidak mendengar perkhabaran bahawa Rita bakal bertunang.
|
Posted: 29 Oct 2011 03:17 PM PDT TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba kita dikejutkan dengan berita hubungan cinta pasangan popular, Abby Abadi dan Zulkifli Ariffin atau Zul sudah berakhir. Perkhabaran ini mula tersebar selepas Abby meluahkan isi hati di blog peribadinya pada Selasa lalu. Kebetulan pada hari itu Zul menyambut ulang tahunnya ke-25. Abby secara terbuka mengakui sangat menyayangi aktor berdarah kacukan Melayu Belanda itu, namun apakan daya, keadaan dan nasib tidak menyebelahi mereka.
Ketika dihubungi kelmarin bagi mendapatkan penjelasan, Abby dengan rendah hati meminta supaya perkara ini tidak diperbesar-besarkan. Bukan tidak memahami tugas media, namun dia tidak tahu bagaimana untuk menceritakan keadaan yang sebenar.
"Macam yang saya jelaskan sebelum ini, biarlah dia bahagia dengan kehidupannya dan sebagai insan yang menyayanginya, saya tumpang gembira dengan apa yang dia ada kini. "Tidak mengapalah andai dia tidak sedar saya selalu berada di sisinya selama ini," katanya tenang.
"Setiap kali terkenangkan doa peminat yang mengharapkan kami melangkah ke jinjang pelamin, hati saya dihimpit rasa sayu. Itulah juga harapan yang pernah kami rencanakan sebelum ini tetapi sebagai manusia kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan