Jumaat, 28 Oktober 2011

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Idea perkasa Komanwel didebat

Posted: 28 Oct 2011 03:08 PM PDT

Nasional

CHOGM tangguh perbincangan cadangan tubuh Suruhanjaya Hak Asasi

NEGARA Komanwel berdepan ujian awal berikutan percanggahan pendapat berhubung cadangan menubuhkan Suruhanjaya Hak Asasi kumpulan 54 negara itu, walaupun perkara berkenaan secara amnya dianggap satu idea yang baik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) menangguhkan perbincangan mengenai isu itu dan jika tidak dapat diselesaikan, diserahkan untuk perbincangan lanjut oleh menteri luar.

Idea penubuhan suruhanjaya itu adalah baik namun pada peringkat ini ada beberapa percanggahan pendapat mengenainya dalam kalangan negara anggota, katanya. Cadangan berkenaan memerlukan persetujuan sebulat suara bagi dilaksanakan.

Mesyuarat CHOGM yang diadakan dua tahun sekali itu dirasmikan Ratu Elizabeth II di Pusat Konvensyen dan Pameran Perth di sini dalam upacara gilang gemilang semalam. Perdana Menteri Australia Julia Gillard dan pasangannya Tim Matherson menyambut setiap pemimpin dari anggota kumpulan negara bekas jajahan Britain
itu.

CHOGM tahun ini bertemakan Membina Ketahanan Nasional, Membina Ketahanan Global. Agenda terpentingnya ialah untuk menjadikan keluarga Komanwel lebih berdaya tahan serta progresif.
Najib berkata, ketua-ketua negara Komanwel yang mengadakan dua sesi mesyuarat eksekutif semalam, turut membincangkan laporan Kumpulan Tokoh Terkemuka (EPG) yang dipengerusikan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang mengemukakan 106 cadangan.

Cadangan yang dikemukakan berkisar kepada usaha untuk membuat Komanwel lebih relevan dengan perubahan zaman dan sesuai dengan tuntutan semasa, kata Najib.

Antara cadangan berkenaan termasuk draf Piagam Komanwel. Selain laporan EPG terbabit, mesyuarat ketua-ketua kerajaan turut meneliti laporan Kumpulan Tindakan Menteri Komanwel atau C-MAG yang bertujuan membuat perjalanan kumpulan itu lebih berkesan.

Najib berkata, laporan C-MAG itu diterima ketua-ketua kerajaan, manakala laporan EPG akan dibincangkan lebih mendalam hari ini.

Sementara itu Perdana Menteri mengadakan mesyuarat dua hala semalam sebagai acara sampingan, masing-masing dengan Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma dan Perdana Menteri Pakistan, Syed Yousaf Reza Gilani.

Najib berkata, pemimpin Afrika Selatan itu yang menghargai sokongan Malaysia terhadap perjuangan Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) pada era aparteid, mempelawa beliau menghadiri majlis sambutan ulang tahun ke-100 penubuhan parti kerajaan itu pada 8 Januari tahun depan.

Zuma turut menyatakan harapan agar suntikan baru diberi dalam hubungan dua hala kedua-dua negara.

Dalam pertemuan beliau dengan Gilani, Najib berkata Pakistan menganggap Malaysia sebagai sahabat lama dan juga mahu hubungan dipertingkatkan, selain ingin menyaksikan perdagangan dan penyertaan syarikat negara dalam industri perbankan Pakistan diperhebatkan lagi.

Gilani turut mempelawa Najib mengunjungi Pakistan.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

anastoner

is greattest to all cauntry of comenwel


Full content generated by Get Full RSS.

Agih projek MRT secara adil

Posted: 28 Oct 2011 03:06 PM PDT

Nasional

Kontraktor Melayu minta diberi ruang kongsi peruntukan RM8 bilion

KUALA LUMPUR: Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) mahu peruntukan sebanyak RM8 bilion daripada projek My Rapid Transit (MRT) diagihkan secara adil dan menyeluruh kepada kontraktor Melayu yang layak, bukan hanya tertumpu pada syarikat besar semata-mata.

Presidennya, Datuk Mokhtar Samad, berkata peruntukan sebanyak itu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi ruang dan peluang kepada kontraktor Melayu untuk terus bersaing dalam keadaan ekonomi global tidak menentu.

Jadi PKMM berharap agar RM8 bilion itu diagih sebaik mungkin kepada kontraktor Melayu. Kita mempunyai kontraktor berwibawa bagi melaksanakan projek berkenaan, namun kontraktor mana akan terpilih belum dikenal pasti. Kontraktor Melayu boleh dikatakan hampir keseluruhan bergantung pada projek kerajaan, ada kontraktor kelas A tak ada kerja sejak lebih dua tahun lalu. Jadi hasrat kerajaan untuk mengagihkan RM8 bilion daripada projek itu mampu membantu kontraktor Melayu, katanya ketika ditemui, di sini semalam.

Sementara itu, Mokhtar berkata, PKMM akan menganjurkan konvensyen Kontraktor Bumiputera: Hala Tuju Serta Cabaran Masa Hadapan pada 23 dan 24 November ini bagi membincangkan pelbagai isu semasa dan dijangka menghimpunkan kira-kira 1,000 kontraktor Bumiputera dari seluruh negara.

Katanya, konvensyen yang dijangka turut dihadiri Perdana Menteri itu akan mengundang beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) untuk membentang kertas kerja sebagai bimbingan kepada peserta.

Mengenai nasib kontraktor kelas F, beliau berkata, sejak pengeluaran lesen kelas itu dibekukan pada 2005, 7,000 kontraktor kelas F sudah gulung tikar kerana tiada kerja.
Bayangkan ada 38,000 kontraktor kelas F, namun selepas lesen dibekukan kerajaan, hanya 28,000 masih bertahan. Bagaimanapun, peruntukan tambahan RM500 juta yang diumumkan dalam Bajet 2012 bagi Projek Penyelenggaraan Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS) memberi nafas baru kepada mereka, katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

hasry

sedih juga mendengarnyer kontraktor melayu takde keja tapi bile diberi projek ambik duit pastu lesap atau kasi kat orang lain jalankan projek...macam mana nak kasi projek kat melayu yang tamak ini. pikirkan la


Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan