Jumaat, 28 Oktober 2011

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


BN terus bela kaum India

Posted:

BN terus bela kaum India

BN terus bela kaum India

Oleh KAMIL MASLIH
utusanjohor@utusan.com.my


MUHYIDDIN Yassin dan isteri, Noorainee Abdul Rahman menyalakan api pelita sebagai simbolik meraikan Sambutan Deepavali Parlimen Pagoh sambil oleh R. Ratnam (kiri) dan P. Subramaniam (dua dari kiri) di Bukit Pasir, Pagoh, malam tadi.


MUAR 28 Okt. - Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus membela nasib masyarakat India demi memastikan tiada kaum di negara ini yang ketinggalan dalam arus pembangunan negara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, untuk itu, tumpuan dalam segenap segi keperluan masyarakat India diberikan termasuk bidang pendidikan, ekonomi serta menaik taraf kehidupan masyarakat tersebut.

Sehubungan itu, beliau mengajak masyarakat India untuk terus bersama-sama BN atas semangat muafakat dan memelihara perpaduan serta keharmonian yang dinikmati selama ini.

"Kita tidak akan mengecewakan masyarakat India dan saya percaya anda semua akan bersama menyokong BN.

"Walaupun kita ada beberapa kekurangan dan tidak mampu memenuhi semua kehendak, namun kita ada iltizam untuk memajukan lagi masyarakat India dan saya yakin sokongan anda semua semakin hari semakin meningkat," katanya.

Beliau berucap merasmikan Sambutan Deepavali peringkat Parlimen Pagoh di Dewan Bola Keranjang Taman Bintang Emas, Bukit Pasir, di sini, hari ini.

Hadir sama isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Pengerusi MIC Johor, Datuk K. S. Balakrishan; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang, Tahir Taat dan ADUN Jorak, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh; Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP), R. Ratnam dan Ketua Cawangan MIC Pagoh P. Subramaniam.

Dalam majlis yang dihadiri kira-kira 1,000 orang masyarakat India itu, Muhyiddin turut menyampaikan bantuan kepada 250 orang miskin dan kurang upaya (OKU) kaum berkenaan di samping 50 orang Melayu dan Cina.

Jelas Muhyiddin, kerajaan BN menitikberatkan keperluan masyarakat India sehingga Jawatankuasa Kabinet bagi hal ehwal masyarakat India telah ditubuhkan.

"Kita perlu bersama-sama bekerja kuat, saling membantu supaya jangan ada kalangan kita yang ketinggalan, yang tidak dapat menikmati kemajuan, berhadapan kesusahan dan kemiskinan.

"Kita mahu keluar daripada kegelapan ke arah yang lebih cerah, lebih baik pada masa akan datang seperti sambutan Deepavali yang bermaksud keluar daripada kegelapan dan masuk ke cahaya," katanya.

Muhyiddin juga mengingatkan masyarakat India agar tidak terpedaya dengan dakyah pembangkang kerana dengan segala masalah dalaman yang berlaku, pakatan itu tidak menjamin perpaduan sebagaimana semangat kerjasama komponen BN.

Full content generated by Get Full RSS.

Agihan kerusi bergantung lokasi, situasi - Hishammuddin

Posted:

Agihan kerusi bergantung lokasi, situasi - Hishammuddin

Agihan kerusi bergantung lokasi, situasi - Hishammuddin

ALOR GAJAH 28 Okt. - Pengagihan semula kerusi di kalangan parti komponen Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 akan dibuat bergantung kepada lokasi dan situasi di kawasan tersebut.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pengagihan itu perlu mengambil kira pandangan daripada kepimpinan BN di peringkat negeri walaupun pada dasarnya semua parti komponen sudah menyatakan kesanggupan untuk menerima cadangan itu.

"Pengagihan semula kerusi banyak bergantung kepada lokasi dan situasi. Kita tidak boleh menyatakan satu formula yang boleh menyelesaikan pemilihan calon yang akan bertanding di seluruh negara kerana ada isu yang berbeza di sesetengah tempat.

"Perkara yang penting ialah kita perlu mencari formula untuk menang (dan) yang menjadi pertimbangan ialah rakyat.

"Semua itu banyak bersandar kepada kepimpinan tertinggi BN dan apa yang kita lihat dan dengar dan alu-alukan ialah kesanggupan semua pihak berbincang bagi memastikan kemenangan besar BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Bangunan UMNO Bahagian Alor Gajah dan melancarkan Bilik Gerakan Pilihan Raya BN Parlimen Alor Gajah di Selandar hari ini.

Tanpa mahu menyatakan tarikh perbincangan itu akan diadakan beliau menegaskan, sebarang perubahan kerusi akan menitikberatkan perkongsian kuasa selain keadilan menjadi asas semangat demokrasi yang terjalin dalam BN.

"Apa yang penting ialah semua pihak perlu melihat calon yang hendak diketengahkan mesti boleh diterima rakyat," katanya.

Terdahulu sewaktu berucap pada majlis itu, Hishammuddin meminta seluruh parti komponen BN berpegang kepada matlamat untuk menang dan memulakan gerakan mendekati rakyat.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan