Selasa, 25 Oktober 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


SPR pamer 42,051 senarai nama pemilih

Posted: 25 Oct 2011 03:05 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR: SPR akan mempamerkan senarai 42,051 nama pemilih yang rekodnya tidak dapat disahkan kesahihan maklumatnya selama seminggu mulai Khamis ini.

10 hari betarung nyawa

Posted: 25 Oct 2011 03:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang jururawat berusia 28 tahun yang bertarung nyawa selama 10 hari akibat melecur di hampir keseluruhan badannya menghembuskan nafas terakhir di wad Unit Kecemasan, Hospital Kuala Lumpur (HKL), pagi semalam.

Difahamkan, mangsa yang dikenali sebagai Suriani Yahaya meninggal pada kira-kira jam 4.30 pagi semalam akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Pihak hospital kemudian menghubungi waris kepada mangsa untuk datang menuntut mayat sebelum bedah siasat dilakukan pada jam 9 pagi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa ketika dihubungi berkata, polis masih menunggu laporan penuh bedah siasat daripada pihak hospital yang dijangka akan diterima selewat-lewatnya pagi ini.


"Suspek iaitu suami mangsa masih lagi ditahan reman sehingga kini dan dijadualkan tamat pada

hari esok (hari ini).

"Bagaimanapun, reman mungkin akan dilanjutkan selama seminggu bagi menyiapkan kertas siasatan sebelum dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya," katanya.

Kahiri berkata, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan bergantung kepada hasil laporan sama ada perlu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun keseksaan kerana membunuh.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan