Berita Harian: Nasional |
Posted: 29 Oct 2011 11:00 AM PDT Nasional Ketua kerajaan mahu pastikan negara Komanwel terus dinamik, relevanPERTH: Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) semalam bersetuju mewujudkan piagam dan secara prinsip bersetuju ke atas cadangan mewujud mekanisme pemantauan hak asasi, sekali gus menjadikan badan negara bekas jajahan British itu kembali relevan dan dinamik. Datuk Seri Najib Razak berkata, mesyuarat ketua-ketua kerajaan yang memasuki sesi retreat di sini semalam, menerima pakai cadangan Kumpulan Tokoh Terkemuka (EPG) yang dilantik untuk mengumpulkan nilai dan prinsip yang dipersetujui badan itu dalam satu piagam. Piagam ini penting bagi generasi akan datang dan dunia mengenali apa yang diperjuangkan oleh Komanwel, kata Perdana Menteri pada sidang akhbar, selepas menghadiri dua sesi mesyuarat retreat di Kings Park dekat sini. Berikutan keputusan ketua-ketua kerajaan itu, pegawai kanan negara anggota akan menghalusi draf piagam berkenaan sebelum mengemukakannya kepada mesyuarat Menteri Luar Komanwel di New York, September depan ketika mereka menghadiri sesi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).Selepas itu, draf berkenaan dirujuk kepada ketua-ketua kerajaan untuk pertimbangan selanjutnya. Mengenai pelantikan seorang pesuruhjaya hak asasi, demokrasi dan kedaulatan undang-undang bagi Komanwel, Najib berkata cadangan yang juga datang daripada EPG itu, dipersetujui secara prinsip oleh ketua-ketua kerajaan. Bagaimanapun cadangan itu perlu dirujuk kepada setiausaha agung dan Kumpulan Tindakan Menteri Komanwel (CMAG) untuk dibincangkan lebih lanjut. Walaupun ada pandangan berbeza, setiap negara anggota menyatakan komitmen kukuh terhadap aspek hak asasi, demokrasi dan kedaulatan undang-undang. Selain itu, Najib berkata ketua-ketua kerajaan juga membincangkan isu perubahan iklim, pembangunan mapan dan kepentingan negara-negara pulau. Ketua-ketua kerajaan memberi pandangan mengenai pentingnya mengambi langkah konkrit dan berkesan untuk menyelamatkan negara-negara pulau yang terancam. Dalam hubungan ini, negara besar juga terdedah kepada perubahan iklim, umpamanya Thailand dan Kemboja yang walaupun bukan negara Komanwel, mereka adalah negara jiran yang kini mengalami banjir dahsyat dalam sejarah. Ini menunjukkan tiada sebuah negara pun yang terkecuali daripada kesan perubahan iklim. Saya juga menegaskan agar CHOGM mengekalkan Pelan Bertindak Bali dan Protokol Kyoto. Protokol Kyoto menggariskan tanggungjawab ke atas negara maju melaksanakan komitmen mereka dalam mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau. Walaupun Protokol Kyoto akan tamat pada 2012, ia bukanlah alasan untuk negara maju menggubal satu syarat baru berkaitan dengan apa yang sudah dipersetujui, kata Perdana Menteri. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenFull content generated by Get Full RSS. |
Imigresen patut elak peminjam PTPTN bolos Posted: 29 Oct 2011 10:58 AM PDT Nasional Tingkat penguatkuasaan individu disenarai hitamPASIR GUDANG: Kementerian Pengajian Tinggi mahu Jabatan Imigresen memperketatkan penguatkuasaan bagi memastikan tiada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang disenarai hitam, bebas keluar dan masuk ke negara ini. Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kementeriannya setakat ini belum menerima laporan mahupun aduan mengenai dakwaan peminjam PTPTN yang disenarai hitam berbuat demikian, namun jika kes demikian wujud Jabatan Imigresen perlu meningkatkan penguatkuasaan mereka bagi mengelak keadaan itu berterusan. Kementerian setakat ini tidak menerima aduan mengenai peminjam PTPTN yang disenarai hitam, bebas ke luar negara menerusi pintu masuk dan keluar negara ini. Hanya peminjam yang bayar, bebas berbuat demikian. Memandangkan ada pihak yang sudah membuat dakwaan berlaku kes seperti ini di akhbar, kita harap Jabatan Imigresen memandang serius perkara ini dan bertindak mempertingkatkan penguatkuasaan mereka, katanya selepas majlis pelepasan Program Kembara Kelab Sahabat Melayu Pasir Gudang, di Masai, semalam.Mohamed Khaled mengulas laporan akhbar baru-baru ini mengenai wujudnya kes peminjam PTPTN yang disenarai hitam, bebas keluar masuk negara ini . Sementara itu, ketika ditanya isu pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Abdul Aziz Bari, Mohamed Khaled yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang, berkata sebarang tindakan kini terserah kepada universiti itu. Katanya, UIAM sedang menanti surat tunjuk sebab daripada Abdul Aziz untuk dikaji sebelum mengenakan tindakan lanjut.
Seterusnya universiti akan mengkaji sebelum membuat keputusan dan ini bergantung kepada universiti. Soal penggantungan khidmat Abdul Aziz pula, ia sudah ditarik balik UIAM, katanya.
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan