Harian Metro: Setempat |
Posted: 30 Sep 2011 10:58 AM PDT SUBANG JAYA: Dua kereta hangus terbakar manakala lapan lagi sengaja dirosakkan dipercayai perbuatan khianat di kawasan perumahan Flat PJS 7/15, di sini, awal pagi semalam. Menurut sumber polis, dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, polis menerima maklumat satu kebakaran membabitkan beberapa kenderaan sebelum pasukan polis dari Balai Polis Sunway bergegas ke tempat kejadian.
"Polis turut menemui lapan parang panjang di sekitar tempat kejadian dipercayai digunakan suspek untuk merosakkan semua kenderaan berkenaan," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata polis mengesan suspek yang terbabit dalam perbuatan berkenaan.
|
Posted: 30 Sep 2011 10:54 AM PDT PETALING JAYA: Sembilan mesin elektronik untuk pengeluaran wang automatik (ATM), deposit tunai dan cek di tingkat bawah sebuah bank di Jalan Tengah di sini, musnah dalam kebakaran, pagi semalam. Bagaimanapun, dalam kejadian 6 pagi itu, anggota bomba bertindak pantas memadamkan kebakaran berkenaan sebelum ia merebak ke bahagian lain.
"Sebanyak tiga jentera dikerahkan ke tempat kejadian iaitu dua dari Balai Bomba Petaling Jaya dan satu dari Balai Bomba Penchala dengan kekuatan 17 anggota serta seorang pegawai.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan