Kosmo Online |
- Mati ditembak ketika jamu selera
- Kanak-kanak dan bapa saudara lemas
- Kes tembak pelajar: 3 polis ditahan
Mati ditembak ketika jamu selera Posted: Mati ditembak ketika jamu selera01/09/2011 8:40pm SEREMBAN – Seorang penarik kereta yang sedang menjamu selera bersama tiga rakannya di sebuah restoran mati ditembak oleh dua lelaki sebelum mereka melarikan diri dengan sebuah motosikal dekat Taman AST di sini, tengah malam tadi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, ACP Hamdan Majid berkata, dalam kejadian pukul 12.15 tengah malam itu, mangsa P. Vickneswaran, 33, dari Rasah di sini, maut di tempat kejadian selepas ditembak dari jarak dekat. Katanya, mangsa terkena empat das peluru yang menembusi kepala dan badannya, manakala seorang lagi rakannya mengalami kecederaan kaki selepas dipercayai terkena peluru sesat. "Ketika mereka sedang makan, tiba-tiba dua lelaki yang menaiki motosikal kapcai jenis Honda EX5 menghampiri kedai makan itu sebelum seorang daripada mereka meluru ke arah mangsa dan melepaskan beberapa das tembakan sebelum melarikan diri," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri di sini hari ini. Katanya, rakannya yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Seremban untuk mendapatkan rawatan. Hamdan berkata, motif pembunuhan mangsa masih disiasat, tetapi tidak menolak kemungkinan kejadian itu disebabkan dendam. – Bernama |
Kanak-kanak dan bapa saudara lemas Posted: Kanak-kanak dan bapa saudara lemas01/09/2011 8:09pm GEORGETOWN – Seorang kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun dan bapa saudaranya dilaporkan lemas di pantai Pasir Panjang, Pulau Betong, Balik Pulau hari ini. Mayat Abdullah Mukmin Ahmad, murid Sekolah Kebangsaan Pulau Betong dan Abdul Razak Osman, 32, ditemui kira-kira 11.20 pagi tadi oleh anggota bomba dan penyelamat serta polis. Bapa kanak-kanak tersebut, Ahmad Nasser Osman, 42, berkata, Abdul Razak sedang cuba menyelamatkan anaknya yang sedang lemas, tetapi dia turut dihanyut arus deras. "Melihatkan Mukmin sedang tenggelam, Razak terjun ke dalam laut untuk menyelamatkannya, tetapi ombak terlalu kuat sehingga turut menenggelamkan dia," katanya di rumah mayat Hospital Balik Pulau. Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya Pulau Pinang, DSP Lai Fah Hin mengesahkan kejadian tersebut dan menasihati orang ramai agar tidak mandi di pantai berkenaan. "Ombak agak kuat daripada biasa dan sangat merbahaya. Orang ramai perlu berhati-hati semasa berada di pantai itu," katanya. – Bernama |
Kes tembak pelajar: 3 polis ditahan Posted: Kes tembak pelajar: 3 polis ditahan01/09/2011 2:56pm KUALA LUMPUR – Tiga anggota polis antara enam yang ditahan berhubung kejadian melepaskan tembakan yang mencederakan seorang pelajar kolej swasta di Taman Seri Rampai, Setapak, di sini semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, ketiga-tiga anggota itu berpangkat Koperal dan Lans Koperal. "Dua daripada mereka bertugas di Bukit Aman dan seorang lagi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada pergeseran kenderaan, namun siasatan masih lagi dijalankan. Selain tiga anggota polis itu, tiga lagi yang ditahan semalam adalah rakan mangsa berumur antara 20 dan 27 tahun. Kesemua suspek ditahan reman sehingga 4 Ogos bagi membantu siasatan. – Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan