Khamis, 8 Mac 2012

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


94.29 peratus calon lulus penuh

Posted:

94.29 peratus calon lulus penuh

94.29 peratus calon lulus penuh

Oleh SAFINA RAMLI
utusankedah@utusan.com.my


NUR Salimi Sharih Roslan Affendi (tiga dari kanan) bersama tujuh rakannya yang mengambil peperiksaan STPM di SMK Sultanah Bahiyah menunjukkan keputusan cemerlang yang diperoleh mereka di Alor Setar, semalam. - UTUSAN/KAMAL BASIR


ALOR SETAR 7 Mac - Sebanyak 94.29 peratus daripada keseluruhan 3,836 calon yang menduduki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 memperoleh keputusan lulus penuh dalam keputusan yang diumumkan di sini hari ini.

Timbalan Pelajaran Kedah, Roslee Ismail berkata, keputusan tersebut bagaimanapun didapati menurun sebanyak 1.01 peratus berbanding 2010 yang mencatatkan prestasi lulus penuh sebanyak 95.3 peratus.

"Di samping itu, sebanyak 26 sekolah telah mencapai keputusan mengatasi pencapaian peringkat nasional melebihi 93.96 peratus berbanding hanya 19 sekolah pada 2010," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 11 buah sekolah pula berjaya mencapai 100 peratus lulus penuh manakala seramai 25 calon berjaya memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00.

"Antara sekolah yang berjaya mendapat kelulusan penuh ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Serai, SMK Hosba Jitra, SMK Aman Jaya Sungai Petani, SMK Syed Ibrahim Pendang, SMK Sultanah Bahiyah Alor Setar, SMK Yan, SMK Sin Min Sungai Petani, SMK Sultan Badlishah Alor Setar,SMK Tunku Laksamana Alor Setar, SMK Kulim dan SMJK Keat Hwa Alor Setar," katanya.

Selain itu, katanya, sebanyak 15 buah sekolah telah mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) 2.67 iaitu SMK Sultanah Bahiyah Alor Setar, SMJK Keat Hwa Alor setar, SMJK Sin Min Sungai Petani, SMK Yan dan SMK Guar Chempedak.

"Pencapaian minimum GPS bagi Kedah ialah 2.30 daripada 3,345 calon yang hadir," ujarnya.

Seramai 529 calon di Perlis cemerlang

Posted:

Seramai 529 calon di Perlis cemerlang

Seramai 529 calon di Perlis cemerlang

KANGAR 7 Mac - Seramai 529 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 di negeri ini mendapat lulus penuh dengan sekurang-kurangnya memperoleh satu prinsipal dalam mata pelajaran yang diambil.

Pengarah Pelajaran Perlis, Dun Kasa berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 45 calon (7.65 peratus) telah lulus lima prinsipal, 179 (30.44 peratus) lulus empat prinsipal, 119 (20.24 peratus) lulus tiga prinsipal, 100 (17.01 peratus) lulus dua prinsipal dan 86 calon (14.63 peratus) lulus satu prinsipal.

''Hanya seorang calon yang telah mencapai Purata Gred Nilai Kumulatif (PGNK) 4.0 iaitu Muhamad Fadzli Daud dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Sulaiman manakala enam lagi mendapat empat prinsipal A," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, keputusan STPM 2011 bagi negeri ini menunjukkan penurunan berbanding tahun sebelumnya kerana daripada 19 mata pelajaran yang ditawarkan, hanya tiga sahaja yang naik prestasinya.

''Tiga mata pelajaran itu adalah Bahasa Cina yang naik 100 peratus, Perakaunan (40 peratus) dan Seni Visual (12.35 peratus)," katanya.

Dun berkata, jumlah calon STPM pada tahun 2011 adalah seramai 661 orang dengan 605 (91.54 peratus) calon adalah dari sekolah kerajaan dan 56 lagi (8.46 peratus) merupakan calon persendirian.

46 calon STPM Perak dapat PNGK 4.0

Posted:

46 calon STPM Perak dapat PNGK 4.0

46 calon STPM Perak dapat PNGK 4.0

IPOH 7 Mac - Seramai 46 orang daripada 4,506 calon sekolah kerajaan di negeri ini yang menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 berjaya memperoleh keputusan cemerlang Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0.

Timbalan Pengarah Pelajaran negeri, Mohd. Idris Ramli berkata, pencapaian tersebut merupakan peningkatan sebanyak 0.13 peratus daripada tahun sebelumnya yang menyaksikan 37 calon memperoleh PNGK 4.0.

"Daripada 46 calon itu, sembilan daripadanya adalah calon Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sam Tet, SMK St. Michael (lima calon) serta masing-masing empat calon dari SMK Raja Chulan, SMK Jalan Tasek, SMK Methodist ACS dan SMK Hua Lian, Taiping," katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar semasa mengumumkan keputusan peperiksaan STPM 2011 bagi negeri Perak di sini hari ini.

Menurut Mohd. Idris, daripada semua calon yang menduduki peperiksaan, seramai 4,317 calon atau 95.81 peratus telah mencatatkan kelulusan penuh dalam semua mata pelajaran.

Tambah beliau, sebanyak 20 sekolah turut mencatatkan pencapaian lulus keseluruhan pada STPM 2011.

"Secara keseluruhannya, seramai 177 calon atau 3.93 peratus mendapat kelulusan penuh lima prinsipal (5P); 2,123 calon atau 47.11 peratus (4P); 901 orang atau 20.00 peratus (3P); 625 atau 13.87 peratus (2P) dan 491 atau 10.90 peratus mendapat satu prinsipal," katanya.

Beliau juga memberitahu, daripada 22 mata pelajaran yang ditawarkan dalam peperiksaan STPM tahun lalu, sebanyak lima mata pelajaran telah mencatatkan peningkatan dari segi peratusan lulus.

"Lima mata pelajaran yang meningkat adalah Fizik yang naik kepada 3.65 peratus, Perakaunan (3.57 peratus), Bahasa Malaysia (2.92 peratus), Sejarah (2.01 peratus) dan Matematik S sebanyak 0.20 peratus," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan