Isnin, 5 Mac 2012

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Pas Kedah bergolak berpunca faktor kuasa

Posted:

Pas Kedah bergolak berpunca faktor kuasa

Pas Kedah bergolak berpunca faktor kuasa

ALOR SETAR 4 Mac - Faktor kuasa dilihat menjadi punca utama Pas Kedah bergolak sehingga mewujudkan pertelagahan di peringkat kepimpinan kanan parti itu ketika ini.

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, itu realiti yang berlaku dalam sesebuah parti politik kerana ketika Pas Kedah tidak menguasai pentadbiran kerajaan negeri, tidak timbul isu kepimpinan mereka berpecah.

Sebaliknya, kata beliau, apabila mereka diberi kuasa membentuk kerajaan negeri bersama sekutunya pada pilihan raya umum lalu, mula wujud percanggahan pendapat di peringkat pembuat keputusan sehingga membawa perpecahan.

"Saya melihat pokok pangkalnya adalah kuasa. Apabila sudah ada kuasa dan apabila hendak diuruskan kuasa itu, inilah yang berlaku pada hari ini," katanya di sini semalam.

Kepimpinan Pas Kedah dilaporkan bergolak sejak bulan lalu dan krisis dalaman parti itu semakin kritikal serta seolah-olah tersimpul mati apabila mesyuarat khas bagi membincangkan isu berkenaan di Kuala Lumpur kelmarin gagal menemui jalan penyelesaian.

Sebaliknya, parti itu terpaksa menunggu sehingga malam ini untuk mencari formula terbaru bagi menyelesaikan pertelagahan antara Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan kumpulan Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Mahdzir yang juga Ketua Pembangkang negeri berkata, pergolakan yang berlaku dalam Pas Kedah amat merugikan rakyat kerana banyak masa pemimpin parti itu yang turut terlibat dalam pentadbiran kerajaan negeri akan dihabiskan untuk memberi tumpuan terhadap urusan kepartian.

Katanya, ia sekali gus mengakibatkan keputusan untuk rakyat tergendala sedangkan perkara yang paling penting dalam sesebuah kerajaan ialah berkhidmat untuk rakyat.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohammad Radzhi Salleh berkata, sebarang keputusan yang dicapai pada mesyuarat khas malam ini tidak akan mampu menutup hakikat bahawa kepimpinan kanan parti itu di negeri ini sudah tidak sehaluan.

Menurutnya, sekalipun wujud persetujuan antara puak yang bertelagah, ia dibuat kerana terpaksa disebabkan kedua-dua belah pihak mempunyai pendirian dan agenda masing-masing.

Bagaimanapun, katanya, Azizan masih boleh meneruskan pentadbiran negeri ini kerana mempunyai bilangan Exco yang mencukupi biarpun tanpa puak yang tidak sehaluan dengan beliau.

Agama: Rakyat mesti saling hormati

Posted:

Agama: Rakyat mesti saling hormati

Agama: Rakyat mesti saling hormati

KANGAR 4 Mac - Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu mengingatkan rakyat negeri ini supaya saling hormat menghormati antara satu sama lain sekalipun mereka berbeza agama.

Beliau berkata, ini kerana semua agama menyuruh untuk berbuat kebaikan termasuk hidup dalam suasana harmoni tanpa mengganggu mana-mana pihak.

''Suasana yang tenang akan membolehkan rakyat dapat menjalankan aktiviti seharian tanpa sebarang gangguan," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung ke-25 Kuil Arulmigu Arumugaswamy Dhevasthanam di Dewan Serbaguna kuil berkenaan di sini hari ini.

Beliau juga menyampaikan replika cek berjumlah RM400,000 kepada Pengerusi kuil berkenaan, S. Arasu Kumaran bagi membaik pulih kuil berkenaan.

Selain itu, Md. Isa berkata, kerajaan di bawah Barisan Nasional (BN) juga tidak pernah mengenepikan mana-mana kaum termasuk dalam sebarang pemberian bantuan.

''Semuanya diberikan secara sama rata sebagai membuktikan kerajaan tidak pernah pilih kasih atas dasar kaum atau agama," katanya.

Md. Isa berharap dengan bantuan yang diberikan itu akan dapat membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh rakyat.

Bagaimanapun katanya, rakyat juga mesti menghargai niat baik kerajaan itu.

Wacana Pemikiran Datuk Hassan esok

Posted:

Wacana Pemikiran Datuk Hassan esok

Wacana Pemikiran Datuk Hassan esok

TANJONG MALIM 4 Mac - Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Persatuan Penulis Budiman (Budiman) akan mengadakan majlis Wacana Pemikiran Datuk Hassan Ahmad pada 6 Mac ini.

Majlis yang julung-julung kali itu akan diadakan di Bilik Serbaguna 1, Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI pada pukul 8 pagi.

Ketua Jawatankuasa Publisiti penganjur, Ghazali Din dalam satu kenyataan di sini baru-baru ini memberitahu, majlis perasmian wacana itu akan disempurnakan bekas Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk A. Aziz Deraman.

Menurutnya, antara tokoh yang dijangka membentangkan kertas kerja sempena seminar itu termasuklah Ketua Pengarah DBP, Dr. Awang Sariyan; Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan dan Pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Raja Masittah Raja Ariffin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan