Khamis, 1 Mac 2012

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Projek 'gajah putih' dipantau

Posted:

Projek 'gajah putih' dipantau

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN
muin.sapidin@utusan.com.my

IPOH 29 Feb. - Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir (gambar) mengarahkan penubuhan jawatankuasa khas bagi memantau projek-projek prasarana milik kerajaan Persekutuan di negeri ini yang menjadi 'gajah putih' sehingga membazirkan wang kerajaan.

Menurut beliau, langkah itu penting bagi memastikan mana-mana projek kemudahan yang dilaksanakan kerajaan Pusat dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat dan tidak terbiar begitu sahaja.

Setakat ini, katanya, hanya sebuah projek marina di Pulau Matanggor dekat Pulau Pangkor yang didapati terbiar dan tidak digunakan walaupun sudah siap sejak lima tahun lalu.

''Jawatankuasa ini akan memantau dan melihat semua projek-projek sedia ada sama ada ia digunakan atau tidak. Amat malang jika kemudahan-kemudahan ini tidak beroperasi kerana ia dibina untuk kemudahan rakyat.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini untuk berita penuh.

1,302 nelayan terima wang sara hidup

Posted:

1,302 nelayan terima wang sara hidup

HUTAN MELINTANG 29 Feb. - Seramai 1,302 nelayan di sekitar Parlimen Bagan Datoh menerima wang sara hidup sebanyak RM200 daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dalam satu majlis di Dewan Sumatkah di sini hari ini.

Mereka yang terdiri daripada nelayan sekitar Bagan Sungai Tiang, Bagan Pasir Laut dan Bagan Lipas menerima bantuan itu daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup, Datuk Shaarani Mohamad yang mewakili Ahli Parlimen Bagan Datoh, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Shaarani memberitahu, wang bantuan kepada kesemua nelayan terbabit keseluruhannya bernilai RM22,604.

"Selain wang sara hidup, kerajaan telah meluluskan bantuan membaik pulih 19 rumah nelayan sekitar kawasan ini yang menelan kos RM190,000 iaitu RM10,000 bagi setiap rumah.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini untuk berita penuh.

Nasib pemandu teksi bekas anggota ATM dibela

Posted:

Nasib pemandu teksi bekas anggota ATM dibela

SUNGAI PETANI 29 Feb. - Nasib lebih 50 pemandu kereta sewa yang terdiri daripada bekas anggota tentera mendapat perhatian Penyelaras Parlimen Merbok, Datuk Tajul Urus Md. Zain apabila beliau menyatakan komitmen untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.

Dalam pertemuan ringkas dengan pengusaha terbabit sempena program khidmat masyarakat Giat Mara di sini baru-baru ini, Tajul Urus menerima memorandum ringkas yang diserahkan oleh Gabungan Pengusaha Teksi Bekas Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Daerah Sungai Petani.

Menurut beliau, antara isu yang dibangkitkan ialah berhubung kadar tambang dan kebajikan kalangan pengusaha kereta sewa berkenaan.

"Kita akan panjangkan permintaan mereka kepada pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan agensi berkaitan lain.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini untuk berita penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan