Khamis, 1 Mac 2012

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Majoriti setuju penyenaraian FGVH

Posted:

Majoriti setuju penyenaraian FGVH

KUALA LUMPUR 29 Feb. - Cadangan Tawaran Awam Permulaan (IPO) Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGVH) mendapat persetujuan daripada majoriti peneroka selepas mereka diberi kepastian bahawa pemilikan penuh tanah serta faedah-faedah lain tidak diusik.

Pengerusi Kumpulan Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, sesi penerangan berhubung perkara tersebut akan dilakukan kepada semua peneroka termasuk anak-anak mereka dan pekerja Felda.

"Tanah-tanah yang dimiliki peneroka tidak akan diusik bagi tujuan penyenaraian sebaliknya hanya tanah yang dimiliki oleh Felda Holdings Bhd. pada ketika ini sahaja yang terlibat.

"Selain itu, pegangan peneroka di dalam Koperasi Pelaburan Felda (KPF) akan terus kekal tanpa diusik sesiapa dan terdapat satu syarikat yang ditubuh khas (SPV) akan menyalurkan semua hasil daripada cadangan penyenaraian itu terus kepada peneroka Felda. Ia tidak akan melalui KPF sebalik terus daripada syarikat kepada peneroka," katanya dalam satu kenyataan bagi mengulas mengenai laporan media asing terhadap isu itu.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini untuk berita penuh.

Dr. M: Akses dokumen harta wajar

Posted:

Dr. M: Akses dokumen harta wajar

PUTRAJAYA 29 Feb. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan keputusan kerajaan memberi kuasa kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapatkan dokumen perisytiharan harta anggota pentadbiran kerajaan termasuk menteri dan keluarga mereka sebagai sesuatu yang wajar.

Menurutnya, perkara itu sememangnya wajar dilakukan oleh semua menteri Kabinet malah amalan mengisytiharkan harta oleh anggota pentadbiran telah dilaksanakan ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

''Baguslah. Dulu ahli Kabinet isytihar aset dekat saya, dulu semua orang kena.

''Jadi tak tahulah dulu barangkali semua miskin belaka kerana tidak ada yang memiliki aset berlebihan, melainkan Tun Daim Zainuddin, semasa dia sertai Kabinet dia sudah jadi jutawan, jadi banyaklah duit dia," katanya.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini untuk berita penuh.

Isteri dikait khalwat dalam proses cerai

Posted:

Isteri dikait khalwat dalam proses cerai

Oleh M. SHAHRINNAHAR ABD. LATIB
pengarang@utusan.com.my

KUANTAN 29 Feb. - Wanita yang dikaitkan dalam kes khalwat dengan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron telah mengemukakan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Rompin pada pertengahan Januari lalu.

Difahamkan, alasan permohonan cerai yang dinyatakan oleh wanita berusia 28 tahun itu adalah kerana sudah tidak mempunyai persefahaman dengan suaminya.

Menurut jurucakap mahkamah, sebutan pertama kes berkenaan telah dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abu Kassim Pilus di dalam kamarnya Isnin lalu sebelum wanita itu memberi keterangan di Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Kuantan berhubung kes khalwat dengan pemimpin PKR berkenaan.

''Permohonan dilakukan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Pahang Darul Makmur," kata jurucakap itu ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini untuk berita penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan