Jumaat, 9 Mac 2012

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Program Outreach dekati rakyat

Posted:

Program Outreach dekati rakyat

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 8 Mac - Program Outreach yang dilaksanakan oleh agensi-agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bertujuan mendekatkan kementerian itu dengan masyarakat di negeri ini.

Pengarah MITI Cawangan Kelantan, Azran Deraman berkata, melalui program tersebut pihaknya dapat menyampaikan maklumat, fungsi dan peranan yang dimainkan oleh agensi-agensi di bawah kementerian.

"Terdapat tujuh agensi di bawah MITI iaitu Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Malaysian Industrial Development Finance Bhd. (MIDF), Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), SME Bank dan Halal Devoplment Copration (HDC).

"Kesemua agensi yang berada di bawah MITI ini akan membantu memperkasakan bidang perusahaan domestik yang ada di negeri ini dengan menyediakan pelbagai bantuan dan peluang perniagaan kepada para usahawan," katanya.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

BERTAHLIL DI PUSARA

Posted:

BERTAHLIL DI PUSARA


TENGKU Muhammad Fa-iz Petra (depan, dua dari kanan) berkenan ke majlis tahlil di pekarangan makam Tok Kenali di Kota Bharu, Kelantan, semalam.


TENGKU Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra berkenan meluangkan masa kira-kira setengah jam menghadiri majlis tahlil dan ziarah pusara tokoh ulama terkenal Kelantan, Muhd. Yusoff Ahmad atau Tok Kenali di Kota Bharu, semalam.

Majlis itu yang berlangsung di pekarangan pusara Tok Kenali turut dihadiri oleh kira-kira 100 pegawai dan kakitangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) serta anggota keluarga terdekat ulama terkenal itu.

Tok Kenali merupakan antara ulama yang bertanggungjawab dalam penubuhan MAIK selain Nik Mahmud Nik Ismail (Datuk Perdana Menteri Paduka Raja) dan Muhammad Khatib Muhammad Said (Datuk Laksamana).

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Karnival Belia 1Malaysia, hari ini

Posted:

Karnival Belia 1Malaysia, hari ini

KOTA BHARU 8 Mac - Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri dan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kok Lanas akan mengadakan Karnival Belia 1Malaysia bermula esok.

Karnival dua hari itu akan berlangsung di Padang Pavilion 16 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas dekat sini dan dijangka dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Pengarah Belia dan Sukan Negeri, Md. Sulji Zakaria berkata, pelbagai program menarik disediakan sepanjang karnival itu, antaranya forum perdana, pertandingan bola sepak sembilan sebelah, daftar pemilih, pertunjukan payung terjun serta kempen derma darah.

"Selain itu, pemeriksaan kesihatan dan pergigian turut disediakan kepada para pengunjung sepanjang karnival berlangsung," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan