Khamis, 8 Mac 2012

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Terengganu terus catat peningkatan

Posted:

Terengganu terus catat peningkatan

Oleh Siti Airunnisa Alaui
utusanterengganu@utusan.com.my


KANAN: Pelajar SMK Bukit Besar meraikan kecemerlangan mereka yang sekali gus membantu sekolah itu menjadi antara sekolah terbaik di Terengganu menerusi keputusan STPM 2011 di SMK Bukit Besar, Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 7 Mac - Terengganu terus mencatatkan peningkatan dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) apabila 2,679 atau 95.34 peratus daripada 2,810 calon peperiksan itu tahun lalu memperoleh lulus penuh sekurang-kurangnya dalam satu mata pelajaran.

Timbalan Pengarah Pelajaran negeri, Hashim Mohd. Zin berkata, ia meningkat 0.65 peratus berbanding tahun sebelumnya (94.69 peratus) dan peratusan yang dicatatkan mengatasi 1.38 peratus pencapaian peringkat kebangsaan (93.96 peratus).

Katanya, Terengganu turut mengatasi peratusan kebangsaan sebanyak 0.38 peratus apabila calon yang layak mendapat sijil STPM meningkat kepada 99.43 peratus berbanding peratusan kebangsaan (99.05 peratus).

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Kelantan catat 95.99% lulus penuh

Posted:

Kelantan catat 95.99% lulus penuh

KOTA BHARU 7 Mac - Seramai 5,838 orang atau 95.99 peratus daripada 6,082 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 di seluruh negeri ini mendapat kelulusan penuh.

Pengarah Pelajaran negeri, Hussain Awang berkata, daripada jumlah itu, 3,321 orang atau 54.61 peratus mendapat empat dan lima prinsipal, turun sedikit berbanding 3,365 orang tahun lalu.

Beliau berkata, dengan keputusan tersebut, peratusan calon STPM di Kelantan yang lulus penuh telah mengatasi keputusan peringkat nasional iaitu 95.99 peratus berbanding 92.18 peratus.

Katanya, peratusan kecemerlangan pelajar yang memperoleh keputusan empat dan lima prinsipal juga berjaya mengatasi peringkat nasional iaitu 54.61 peratus berbanding 45.82 peratus.

"Pada tahun ini, sekali lagi Kelantan mengulangi pencapaian tahun-tahun lepas di mana turut mempunyai pelajar terbaik peringkat nasional.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

STPM: Menteri Besar harap Terengganu kekal teratas

Posted:

STPM: Menteri Besar harap Terengganu kekal teratas

KUALA TERENGGANU 7 Mac - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yakin Terengganu masih berada pada kedudukan terbaik dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) untuk empat tahun berturut-turut walaupun keputusan tahun lalu agak merosot.

Beliau memberitahu, kesahihan mengenai rekod pencapaian negeri itu hanya akan diketahui dalam tempoh seminggu dua ini, sebaik sahaja selesai semakan dibuat termasuk membandingkan pencapaian negeri lain.

"Kita ucapkan tahniah kepada para pelajar yang berjaya dan begitu juga kepada guru serta Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu yang memastikan kejayaan ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mazlan Ngah.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan