Jumaat, 2 Mac 2012

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Kerajaan Pusat pacu pembangunan

Posted:

Kerajaan Pusat pacu pembangunan

Oleh YULPISMAN ASLI
utusankelantan@utusan.com.my


BANGUNAN baru Wisma Audit bernilai RM13.7 juta di kawasan pertumbuhan baru Bandar Baru Tunjong.


KOTA BHARU 1 Mac - Tahun ini merupakan Tahun Melawat Kelantan. Bagi pengunjung yang pertama kali menjejakkan kaki ke Negeri Cik Siti Wan Kembang ini, pasti kagum dengan pembangunan yang ada, di sebalik tuduhan pelbagai pihak kononnya Kelantan dianaktirikan oleh Kerajaan Pusat.

Hakikatnya, Kerajaan Pusat tidak pernah menganaktirikan jauh sekali meminggirkan Kelantan serta rakyatnya daripada menikmati arus pembangunan sebagaimana negeri lain.

Komitmen dan kesungguhan Kerajaan Pusat ini dapat dilihat dengan terbinanya bangunan baharu agensi-agensi kerajaan di Bandar Baru Tunjong, kawasan pertumbuhan baharu di Kelantan.

Antaranya, bangunan Terminal Agribisnes Negara (Teman) berharga RM143.7 juta; Jabatan Pelajaran Negeri (RM31.5 juta); Jabatan Audit Negeri Kelantan (RM13.7 juta); Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (RM9.7 juta); Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Negeri (RM13.2 juta) dan Kompleks Ibu Pejabat Mahkamah Syariah Kelantan (RM21 juta).

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini untuk berita penuh.

Kunjungan bakal catat sejarah

Posted:

Kunjungan bakal catat sejarah

Oleh HAPIZAH AZIZ
utusankelantan@utusan.com.my

PASIR MAS 1 Mac - Seramai 15,000 penduduk Pasir Mas akan bersama-sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Teknik Bunut Susu, Tendong esok.

Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Datuk Hanafi Mamat berkata, kunjungan Perdana Menteri itu bakal mencatat sejarah tersendiri bagi penduduk Bunut Susu kerana ia akan mengimbau kembali majlis semasa Allahyarham Tun Abdul Razak mengunjungi kawasan itu pada 1974.

Katanya, pada kunjungan itu, Allahyarham Tun Abdul Razak telah merasmikan peletakan batu asas pembinaan Masjid Teliar dekat sini.

"Sehubungan itu, kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib ke kawasan itu menimbulkan kembali nostalgia manis kepada penduduk setempat.

"Sewajarnya kita meraikan kunjungan Perdana Menteri bagi melahirkan rasa kasih dan sayang terhadap pemimpin tertinggi itu," katanya pada Majlis Penyampaian Sijil dan Pakaian Seragam Kor Tani Pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di Pertubuhan Peladang Kawasan Kubang Sepat, Tendong di sini, hari ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini untuk berita penuh.

Projek udang RM1 bilion bermula pertengahan tahun

Posted:

Projek udang RM1 bilion bermula pertengahan tahun

KUALA TERENGGANU 1 Mac - Projek penternakan udang di Marang yang melibatkan pelaburan mencecah RM1 bilion dijangka dimulakan pertengahan tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, projek yang bakal melonjakkan bidang akuakultur negeri itu dijangka membuka peluang pekerjaan kepada kira-kira 1,000 penduduk setempat.

"Saya bersyukur kerana hasil lawatan ke China tahun lepas telah berjaya menarik pelaburan dari negara itu yang telah dimuktamadkan semalam.

"Kita harap projek ini nanti akan berjalan lancar," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini semalam.

Projek itu akan diusahakan oleh syarikat tempatan, Ocean Aquatic Marine (Malaysia) Sdn. Bhd. dengan kerjasama Zhanjiang Guolian Aquatic Products Co. Ltd. dari China.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini untuk berita penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan