Berita Harian: Mutakhir |
Tun Mahathir gesa DRB-HICOM transformasikan PROTON Posted: 02 Mar 2012 01:40 AM PST Mutakhir KUALA LUMPUR: DRB-Hicom Bhd disaran supaya mengubah Proton Holdings Bhd dan meninjau cara-cara untuk memulihkan kerugian fiskal semasa syarikat berkenaan.Ketika membuat saranan berkenaan, bekas Perdana Menteri dan penasihat kepada pembuat kereta nasional itu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pengurusan baru selepas pengambilalihan, yang dijadualkan siap bulan ini, perlu membawa syarikat automotif negara itu ke era kegemilangannya. "Jelas sekali, anda (DRB-Hicom) perlu meningkatkan organisasi, meneliti semua kerugian untuk melihat bagaimana anda boleh memulih kerugian. "Secara umumnya, syarikat baru perlu melihat semua aspek pengurusan Proton kerana ia lemah dalam semua sudut," kata Dr Mahathir kepada Bernama dalam satu temu bual.Kerugian sebelum cukai pembuat kereta nasional meningkat kepada RM84.054 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Disember, 2011 berbanding dengan kerugian sebelum cukai sebanyak RM51.535 juta pada tempoh yang sama pada 2010. Pendapatan untuk tempoh berkenaan juga berkurangan kepada RM1.432 bilion daripada RM1.833 bilion sebelumnya. Perolehan bagi tempoh sembilan bulan pertama juga susut kepada RM5.92 bilion daripada RM6.36 bilion berdasarkan kepada kerugian sebelum cukai sebanyak RM36.530 juta daripada keuntungan pra-cukai sebanyak RM134.3 juta yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun kewangan sebelumnya.
Semasa ditanya sama ada Proton boleh mencapai semula era kegemilangannya dengan pengurusan lama di bawah induk baharu, Dr Mahathir berkata: "Jelas sekali, mungkin terdapat beberapa input baru daripada DRB-Hicom. Yang pasti ia bukan membeli Proton dan membiarkannya begitu sahaja. " Beliau berkata aspek keuntungan kurang daripada pengurusan semasa di bawah kepimpinan Pengerusi Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh dan Pengarah Urusan kumpulan Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed. "Mereka (Proton) tidak membuat keuntungan. Perniagaan mesti membuat keuntungan. Jadi kita mesti mengetahui mengapa mereka tidak meraih untung," kata Dr Mahathir. Pada Januari 2012, DRB-Hicom berjaya membeli 42.7 peratus pegangan Khazanah Nasional Bhd dalam Proton pada RM1.29 bilion atau RM5.50 sesaham. DRB-Hicom dijangka menjadikan Proton syarikat persendirian secara rasmi hujung bulan ini, selepas selesai peraturan pengambilalihan tertentu. - BERNAMA |
Mayat warga asing ditemui dengan kesan tikaman di Mambau Posted: 02 Mar 2012 01:21 AM PST Mutakhir SEREMBAN: Mayat seorang lelaki warga asing ditemui dengan kesan tikaman di Taman Angsamas, Mambau dekat sini, hari ini.Mayat dilaporkan ditemui di tepi longkang kira-kira jam 8 pagi dengan kesan tikaman di bahagian perut mangsa. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamarudin, berkata siasatan awal mendapati mangsa dibunuh, berdasarkan penemuan dua sarung parang di lokasi kejadian. Bagaimanapun belum dapat disahkan, sama ada parang digunakan untuk membunuh mangsa."Polis percaya mangsa dibunuh dalam tempoh 24 jam berdasarkan keadaan kecederaan di bahagian badannya. Polis tidak menolak kemungkinan mangsa diserang lebih daripada seorang sebelum dibunuh," katanya. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan