Ahad, 4 Mac 2012

Utusan Online - Rencana

Utusan Online - Rencana


Wajah sebenar Pas terdedah

Posted:

Wajah sebenar Pas terdedah

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

DALAM perjalanan politik Pas, mereka sentiasa berusaha untuk memaparkan parti merekalah paling sempurna, parti merekalah yang paling aman dan damai serta parti merekalah yang tidak pernah ada konflik dalaman yang serius.

Tetapi apa yang berlaku di Kedah sudah membuktikan bahawa politik tetap politik, dalam politik tidak ada musuh dan kawan yang kekal, dalam sekelip mata musuh boleh menjadi kawan, kawan boleh menjadi musuh.

Walau apa pun keputusan yang dicapai oleh perjumpaan khas Jawatankuasa Pas pusat dengan barisan kepimpinan Pas Kedah malam tadi, ia sama sekali tidak boleh menutupi segala yang terdedah akibat konflik yang berlaku antara Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Selain itu, ia juga sudah pasti tidak akan mampu meredam kegelojohan sesetengah puak di dalam Pas Kedah untuk menjatuhkan Azizan daripada kerusi Menteri Besar. Apa yang lebih hebat, krisis yang berlaku juga jelas membuktikan negeri itu sudah berpuak-puak, masing-masing mahu menjatuhkan antara satu sama lain sehingga menggugat pentadbiran Azizan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 PM untuk artikel penuh.

Politik Cina ala 'feng shui'?

Posted:

Politik Cina ala 'feng shui'?

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

DI Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur yang sebelumnya dikenali Hotel Legend pada hari lompat hujung bulan lalu agak sibuk sekali. Belum pernah dirasai penulis akan respons untuk program melibatkan Jabatan Hal Ehwal Khas atau dikenali JASA. Jika dahulu, kelibat JASA ini kurang dikenali.

Tapi minggu sudah, keadaannya jauh berbeza sekali. Seakan-akan sudah tersemat iltizam dan tekad yang tinggi dilaungkan oleh kira-kira 1,200 petugasnya untuk menggalas tanggungjawab dan cabaran getir Barisan Nasional (BN) mengharungi Pilihan Raya Umum ke-13.

Juga, sesuatu yang agak menarik untuk dikongsi bersama ialah penyertaan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) dari MCA, MIC dan Gerakan ke perhimpunan kebangsaan pegawai-pegawai JASA 2012 tersebut. Mereka tidak 'takut-takut lagi' keluar menunjukkan sokongan kepada program itu yang barangkali pada tanggapan ramai 'lebih keMelayuannya'

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 PM untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan