Ahad, 4 Mac 2012

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Segera beri geran hak milik

Posted:

Segera beri geran hak milik

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanktn@gmail.com


MOHD. Khairun Pauji (duduk, kanan sekali) bersama peneroka asal dan generasi kedua peneroka yang menuntut geran hak milik tetap daripada kerajaan negeri di Felda Kota Gelanggi 4, Jerantut kelmarin.


JERANTUT 4 Mac - Seramai 129 peneroka Felda Kota Gelanggi 4 di sini berharap kerajaan negeri dapat menyelesaikan isu geran hak milik yang dinanti-nantikan oleh mereka sejak empat tahun lalu.

Kesemua mereka yang menjadi peneroka sejak 33 tahun lalu kecewa kerana penantian untuk mendapatkan geran tersebut belum mendapat jawapan daripada kerajaan negeri.

Seorang peneroka Felda Kota Gelanggi 4, Zakaria Darus, 60, berkata, hanya beberapa orang peneroka asal sahaja yang masih menetap di tanah rancangan itu manakala yang lain adalah generasi kedua dan ketiga.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 PM untuk artikel penuh.

MPK bertegas isu tapak sampah haram

Posted:

MPK bertegas isu tapak sampah haram

KUANTAN 4 Mac - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) tidak teragak-agak untuk menangkap dan mengenakan tindakan tegas terhadap pihak yang dikesan membuang sampah di tapak sampah haram di bandar ini.

Yang Dipertuanya, Datuk Zulkifli Yaakob berkata, langkah tegas tersebut perlu diambil bagi menangani mereka yang berbuat demikian kerana tindakan mereka itu ternyata menyusahkan banyak pihak.

Menurutnya, pelbagai langkah dan usaha sudah dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) itu bagi mengatasi masalah sampah haram dan sebanyak 50 lokasi telah dikenal pasti mempunyai tapak sampah haram seperti di Semambu, Alor Akar, Indera Mahkota, Balok dan Gambang.

"Situasi itu masih tidak dapat diselesaikan walaupun ia kini di bawah seliaan Perbadanan Pengurusan Sistem Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) dan aktiviti pembersihan dilaksanakan oleh Alam Flora Sdn. Bhd. kerana selepas tapak tersebut dibersihkan, pihak tidak bertanggungjawab itu kembali membuang sampah di lokasi yang sama.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 PM untuk artikel penuh.

Kerajaan negeri beri tumpuan Bio-ICT

Posted:

Kerajaan negeri beri tumpuan Bio-ICT


ADNAN Yaakob (tengah) dan Mohd. Sharkar Shamsuddin ketika menyempurnakan majlis perasmian Bio-ICT Pahang 2012 di Kuantan, baru-baru ini.


KUANTAN 4 Mac - Kerajaan negeri akan memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap Bio-teknologi maklumat dan komunikasi (Bio-ICT) bagi membolehkan Pahang menjadi destinasi utama bidang itu di kawasan Pantai Timur.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin berkata, bagi tujuan itu, kerajaan negeri akan menyediakan kemudahan kepada pelabur untuk membuat pelaburan di sini.

"Apa sahaja pelaburan yang ada kaitan dengan Bio-ICT kita akan bantu, bukan sahaja dalam bidang itu tetapi juga yang berkaitan dengannya," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Bio-ICT Pahang 2012 oleh Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob di sini kelmarin.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 PM untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan