Isnin, 12 Mac 2012

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Shahrizat pemimpin berjiwa besar - TPM

Posted:

Shahrizat pemimpin berjiwa besar - TPM

KUALA LUMPUR 12 Mac - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletakkan jawatan tersebut April ini membuktikan beliau seorang pemimpin berjiwa besar.

Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan yang didorong oleh rasa tanggungjawab bagi menyempurnakan tugas serta kepercayaan untuk meneraju kementerian dalam tempoh ditetapkan, harus dihormati semua pihak.

Menurut beliau, Shahrizat selama ini komited dalam mengangkat kedudukan wanita di negara ini dan sentiasa prihatin merangka program untuk golongan memerlukan, sesuai dengan portfolio tersebut.

"Saya ucapkan tahniah kepada Shahrizat kerana telah membuat satu keputusan berani yang hakikatnya sukar untuk dilaksanakan oleh sesiapa jua yang berada dalam kedudukan beliau.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Keputusan lepaskan jawatan adalah tepat, mulia

Posted:

Keputusan lepaskan jawatan adalah tepat, mulia

KUALA LUMPUR 12 Mac - Pengumuman Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang akan melepaskan jawatan disifatkan sebagai tepat dan mulia serta perlu dijadikan contoh teladan kepada pemimpin-pemimpin lain.

Pensyarah Program Hubungan Antarabangsa Sekolah Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Madya Dr. Mohd. Noor Yazid memberitahu, tindakan Shahrizat itu memang tepat pada masanya kerana ia akan memberi kesan positif kepada kerajaan dan UMNO pada pilihan raya umum akan datang.

''Keputusan tersebut telah memberikan kelebihan besar kepada Barisan Nasional (BN) kerana ia mampu menarik kembali keyakinan rakyat.

''Jika pilihan raya umum diadakan dalam tempoh terdekat, tidak mustahil BN akan kembali mendapat majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan