Isnin, 12 Mac 2012

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Tertusuk kaca: Chun meninggal dunia

Posted:

Tertusuk kaca: Chun meninggal dunia

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my


ANGIE Ng Lai Kean (kanan) dan Foong Kwok Mun (kiri) menunggu mayat anak mereka, Foong Chun Yuan di rumah mayat Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, semalam.


ALOR SETAR 12 Mac - Empat hari selepas dirawat akibat cedera parah terlanggar dinding kaca di Jeti Kuala Kedah di sini, kanak-kanak berusia 5 tahun yang terlibat dalam kejadian Jumaat lalu itu akhirnya meninggal dunia hari ini.

Foong Chun Yuan yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sejak hari kejadian disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 6.30 pagi ini.

Menurut ibunya, Angie Ng Lai Kean, 38, pihak hospital menghubunginya kira-kira pukul 6 pagi untuk memaklumkan keadaan anaknya yang semakin kritikal.

"Saya, suami dan anak-anak terus ke hospital namun sebaik sahaja kami tiba, Chun Yuan telah meninggal dunia," katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat HSB di sini hari ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Geng kongsi gelap sertai NGO untuk kelirukan polis

Posted:

Geng kongsi gelap sertai NGO untuk kelirukan polis

KUALA LUMPUR 12 Mac – Polis mengesan terdapat anggota kumpulan kongsi gelap menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berdaftar yang terkenal di negara ini, semata-mata bagi mengaburi pihak berkuasa tentang kegiatan haram mereka.

Malah, tindakan mereka menggunakan 'tiket' pertubuhan itu untuk merekrut anggota baru bagi menyokong mereka melakukan aktiviti jenayah seperti peras ugut langsung tidak diketahui oleh pemimpin pertubuhan berkenaan.

Bagi mengelak aktiviti mereka dikesan, kumpulan kongsi gelap tersebut memilih lokasi berbeza untuk menjalankan upacara angkat sumpah bagi mengumpul ahli baru.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, pihaknya mendapati wujud individu tertentu menyalahgunakan keahlian sebagai ahli NGO yang terkenal dengan aktiviti kebajikan untuk mendapatkan pengaruh dan mengumpul penyokong.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan