Sabtu, 3 Mac 2012

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Manifesto tawan Kedah

Posted:

Manifesto tawan Kedah

Oleh OPAT RATTANACHOT
utusankedah@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak mengibarkan Jalur Gemilang bersama orang ramai pada Majlis Perasmian Pemukiman BN BBC dan Jamuan Rakyat di Padang Awam Taman Ria, Sungai Petani, Kedah, semalam. - MINGGUAN/KAMAL BASIR


SUNGAI PETANI 3 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) akan memasukkan kehendak rakyat Kedah dalam manifesto pilihan raya untuk menawan semula negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Sehubungan itu kata Perdana Menteri, satu tinjauan berhubung keperluan di kalangan penduduk negeri itu akan dilakukan dalam tempoh terdekat.

Kata beliau, BN juga akan mendapatkan maklum balas dan laporan bersesuaian daripada semua pihak termasuk di kalangan Ahli Dewan Undangan (ADUN) berhubung masalah yang dihadapi untuk diselesaikan.

"Kita akan baca semua kehendak rakyat Kedah, 'hangpa' nak apa? Saya insya-Allah akan beri apa yang kerajaan patut dan mampu.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6.00PTG untuk artikel penuh.

Pemimpin BN jangan angkuh, elak berebut jadi calon

Posted:

Pemimpin BN jangan angkuh, elak berebut jadi calon

BALING 3 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengajak rakyat di negeri yang ditadbir oleh pembangkang khususnya Kedah melakukan perubahan politik dengan memberi kemenangan besar kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Perdana Menteri berkata, BN berjanji akan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dengan perancangan teliti untuk membawa negara ke taraf maju dan berpendapatan tinggi.

"Kalau dahulu sedikit sebanyak kita buat silap, maka, saya hendak menyatakan bagi pihak BN, kita minta maaf kepada semua, yang menang minta maaf dan yang kalah pun minta maaf.

"Kita berjanji untuk belajar daripada kesilapan itu dan akan melaksanakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat," katanya ketika berucap pada Program Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat 1Malaysia di Padang Awam Kuala Ketil, di sini hari ini.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6.00PTG untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan