Isnin, 5 Mac 2012

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


YP beri peruntukan RM80 juta

Posted:

YP beri peruntukan RM80 juta

Oleh Ali Mahmood
utusanpahang@utusan.com.my


Shahiruddin Ab. Moin mengagihkan beg sekolah kepada pelajar di DUN Dong dan Teras, Raub, semalam.


RAUB 5 Mac - Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM80 juta tahun ini bagi membiayai pendidikan pelajar miskin dan cemerlang serta pemberian biasiswa bagi mereka yang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, peruntukan itu yang disalurkan melalui Yayasan Pahang (YP) membuktikan kerajaan prihatin bagi memastikan semua rakyat mendapat pendidikan.

Tambahnya, melalui bantuan tersebut, kerajaan berharap para pelajar terutamanya dari keluarga miskin belajar bersungguh-sungguh bagi mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan.

''Tahun lalu sahaja YP membelanjakan lebih RM60 juta untuk membantu pelajar miskin dan cemerlang melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah dan sekolah rendah.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 PM untuk artikel penuh.

Masalah buruh asing di ladang sayur selesai

Posted:

Masalah buruh asing di ladang sayur selesai

CAMERON HIGHLANDS 5 Mac - Masalah kekurangan pekerja asing di ladang sayur di sini dijangka selesai tidak lama lagi apabila kemasukan semula buruh berkenaan secara berperingkat dengan bantuan Kementerian Dalam Negeri.

Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk S. K. Devamany berkata, masalah itu memberi impak kepada pengeluaran di sektor ladang, khususnya sayur-sayuran untuk pasaran domestik serta dieksport ke Singapura dan tempat lain.

Tambahnya, pelaksanaan program 6P itu menyebabkan segelintir pekerja asing melarikan diri dengan bekerja di tempat lain, selain kelewatan proses untuk mendapatkan tenaga buruh yang baru di sini.

"Saya yakin proses penyelesaian kemasukan semula pekerja asing menerusi program 6P itu akan berjalan dengan baik menerusi bantuan Jabatan Imigresen Pahang yang turun padang ke Cameron Highlands baru-baru ini," katanya.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 PM untuk artikel penuh.

Kesiapsiagaan JPAM Pahang

Posted:

Kesiapsiagaan JPAM Pahang

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanktn@gmail.com


Latihan bersama anggota JPAM Pahang dengan petugas hospital serta pasukan bomba dan penyelamat diadakan untuk menajamkan kemahiran menyelamat mangsa kemalangan di Kuala Lipis, baru-baru ini.


KUALA LIPIS 5 Mac - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) merupakan satu agensi yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas menyelamat tidak kira bencana alam, kemalangan, kebakaran ataupun kes kecil melibatkan masyarakat.

JPAM mempunyai pegawai dan anggota yang dilatih dalam aspek kemahiran menyelamat.

Berbanding pada awal penubuhannya 59 tahun lalu, pelbagai bentuk transformasi serta penjenamaan semula dilaksanakan menjadikan JPAM bukan lagi sekadar sebuah jabatan yang menawarkan perkhidmatan sokongan.

Dengan kekuatan anggota lebih 300,000 orang di seluruh negara, tidak salah menyatakan agensi itu kini merupakan pasukan sukarela di barisan hadapan dalam menangani krisis, kecemasan dan bencana.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 PM untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan