Isnin, 5 Mac 2012

Utusan Online - Mahkamah

Utusan Online - Mahkamah


Kes Nirmala Bonat: Majikan jalani rawatan psikiatri

Posted:

Kes Nirmala Bonat: Majikan jalani rawatan psikiatri

PUTRAJAYA 5 Mac - Buat kali kedua, Mahkamah Rayuan menolak permohonan pendakwa raya agar waran tangkap dikeluarkan terhadap Yim Pek Ha ekoran kegagalan suri rumah itu hadir pada prosiding rayuan kerana kesalahan mencederakan bekas pembantu rumahnya, Nirmala Bonat, lapan tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk K.N. Segara yang bersidang bersama Datuk Azahar Mohamed dan Datuk Linton Albert hari ini sebulat suara memutuskan demikian selepas berpuas hati bahawa keadaan kesihatan wanita itu tidak membenarkannya hadir ke mahkamah.

Sehubungan itu, kuorum berkenaan menerima dan menghormati penjelasan Pakar Perunding Psikiatri, Profesor Madya Dr. Subash Kumar Pillai yang merawat Pek Ha bahawa wanita itu memerlukan rawatan berterusan kerana sering mengalami gangguan fikiran menyebabkannya mempunyai ingatan secara pasif untuk membunuh diri.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 PM untuk artikel penuh.

Kg. Medan: 7 gagal rayu keputusan mahkamah

Posted:

Kg. Medan: 7 gagal rayu keputusan mahkamah

PUTRAJAYA 5 Mac - Tujuh individu yang cedera dalam pergaduhan di Kampung Medan 11 tahun lepas, gagal memperoleh kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk merayu keputusan Mahkamah Tinggi menolak saman mereka terhadap polis dan kerajaan yang didakwa cuai serta melanggar kewajipan statutori.

Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria, sebulat suara menolak permohonan R. Suresh, A. Anbalakan Aynan, A. Velappan, B. Janakan, P. Tamil Selbam, V.Subramaniam dan V. Muniandy, tanpa kos.

Turut bersidang ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum serta Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Hashim Yusoff, Datuk Ahmad Maarop dan Datuk Hasan Lah.

Pada 12 Mei 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman yang difail tujuh perayu itu selepas mendapati mereka gagal membuktikan bahawa polis tidak memenuhi tanggungjawabnya mengikut Akta Polis 1967.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 PM untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan