Jumaat, 2 Mac 2012

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Mansuh tol Bt. Tiga, Sg. Rasau

Posted:

Mansuh tol Bt. Tiga, Sg. Rasau

SHAH ALAM 2 Mac – Pejabat Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Shah Alam akan mengemukakan memorandum kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mempertimbangkan permintaan penduduk agar kutipan tol di Plaza Batu Tiga dan Sungai Rasau, Lebuh Raya Persekutuan dimansuhkan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13.

Langkah itu diambil berikutan memorandum pertama yang dihantar kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor sebelum ini tidak mendapat maklum balas positif selain mahu mengelakkan parti pembangkang cuba memainkan isu tersebut.

Penyelarasnya, Datuk Ahmad Nawawi Md. Zin berkata, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan akan mengadakan demonstrasi aman sebagai jalan terakhir sekiranya masih tiada reaksi positif diberikan mengenai desakan pemansuhan kutipan tol di kedua-dua plaza berkenaan yang sudah beroperasi hampir 20 tahun.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini untuk berita penuh.

Tonjol ketelusan kerajaan – Syed Ali

Posted:

Tonjol ketelusan kerajaan – Syed Ali


Syed Ali Alhabshee menyampaikan watikah kepada Abdul Halim Samad sambil disaksikan Roselan Abdul Rahman pada majlis pelancaran Persatuan Ikatan Masyarakat Sivik 1Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 2 Mac – Langkah membenarkan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai akses terhadap dokumen aset anggota-anggota pentadbiran Persekutuan dilihat mampu menonjolkan ketelusan kerajaan dalam mentadbir negara.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, transformasi yang digerakkan Perdana Menteri itu wajar memandangkan semua pegawai kerajaan bergaji tetap.

Katanya, dengan menjawat jawatan awam, perbelanjaan mereka adalah terhad dan sekiranya kehidupan mereka dilihat berlebih-lebihan, ia pasti menimbulkan keraguan di mata rakyat.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini untuk berita penuh.

Lampu isyarat punca jalan Taman Melawati sesak

Posted:

Lampu isyarat punca jalan Taman Melawati sesak

KUALA LUMPUR 2 Mac - Sistem lampu isyarat yang mula diaktifkan bermula hari ini di persimpangan masuk Taman Melawati dekat sini menjadikan keadaan di sekitar kawasan itu kelam-kabut dan sesak.

Penduduk mendakwa, keadaan lalu-lintas di kawasan itu yang sudah agak sibuk kini bertambah sibuk dan sesak sehingga menimbulkan kesulitan kepada pengguna dan penduduk.

Sehubungan itu, mereka menggesa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengkaji semula pelaksanaan sistem lampu isyarat itu yang dipasang berhampiran pejabat Telekom Malaysia itu.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, MPAJ perlu segera turun padang untuk melihat sendiri situasi yang dihadapi oleh pengguna jalan raya di kawasan itu.

"Mengapa MPAJ tidak mengkaji terlebih dahulu keperluan lampu isyarat di situ kerana sebelum ini pengguna jalan raya di sini tidak menghadapi masalah kesesakan seteruk ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini untuk berita penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan