Jumaat, 2 Mac 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Aleya, Ashraf sah bercerai talak satu

Posted:

Aleya, Ashraf sah bercerai talak satu

Aleya, Ashraf sah bercerai talak satu

Oleh SOFIATUL SHIMA WAN CHIK dan TENGKU SUZANA RAJA HAMAT
berita@kosmo.com.my

LEYA (kiri) dan Muhammad Ashraf bersama anak kembar mereka ketika saat bahagia.


KUALA LUMPUR – Tanpa sebarang desas-desus mahupun gosip mengenai keretakan rumah tangga mereka, penyampai radio popular Hot FM, Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid, 29, atau Leya sah bercerai talak satu dengan suaminya, Muhammad Ashraf Aasimudin, 32.

Pasangan berkenaan bercerai secara baik dan mendapat persetujuan bersama dalam satu proses tertutup pada pukul 10 pagi 29 Februari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Shah Alam.

Leya yang mengesahkan perkara tersebut berkata, walaupun sudah bercerai, mereka tetap berhubungan sebagai kawan baik.

"Ya, kami sudah bercerai talak satu pada 29 Februari lalu. Saya tidak boleh mengulas lanjut tentang perceraian kami. Doakan yang baik-baik sahaja," katanya.

Pasangan yang bernikah pada 8 Disember 2007 itu dikurniakan sepasang anak perempuan kembar, Aza Ameena dan Asha Ameena, yang kini berusia dua tahun setengah.

Sementara itu, Ashraf yang merupakan seorang komposer ketika dihubungi turut mengakui perceraian mereka.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Bukan perbuatan khianat – TNB

Posted:

Bukan perbuatan khianat – TNB

Bukan perbuatan khianat – TNB

Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my


BEBERAPA anggota bomba dan kakitangan TNB memeriksa keadaan di luar pencawang elektrik di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi semalam.


KAMPAR – Kebakaran pencawang elektrik di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi, Selangor yang menyebabkan sebahagian besar Bandar Baru Bangi dan Putrajaya bergelap selama hampir sejam malam kelmarin bukan disebabkan perbuatan khianat.

Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata, siasatan awal pihaknya mendapati gangguan teknikal menjadi punca kejadian berkenaan.

"Beberapa komponen dalam pencawang elektrik tersebut telah meletup sehingga menyebabkan sebahagian pencawang terbakar.

"Bagaimanapun, ia berjaya diatasi dan bekalan elektrik dipulihkan di kawasan terlibat secara berperingkat-peringkat dalam tempoh kurang sejam," katanya selepas merasmikan projek Baiti Jannati TNB peringkat Perak di sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan sebahagian besar kawasan di Bandar Baru Bangi dan Putrajaya bergelap kira-kira sejam apabila pencawang elektrik di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi terbakar pukul 9.20 malam.

Gangguan tersebut turut melibatkan kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana, di Putrajaya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Masalah selesai jika BN memerintah

Posted:

Masalah selesai jika BN memerintah

Masalah selesai jika BN memerintah


NAJIB bersalaman dengan orang ramai ketika hadir pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat 1Malaysia di Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Jeli semalam.


JELI – Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat Kelantan memberi mandat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memerintah negeri itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 bagi membolehkan BN menyelesaikan masalah dihadapi rakyat selama di bawah pemerintahan Pas.

Perdana Menteri berkata, kerajaan BN mampu menyelesaikan masalah rakyat termasuk masalah bekalan air, ladang rakyat, kemudahan asas dan perumahan rakyat.

"Di bawah kerajaan Barisan Nasional, insya-Allah jika diberi mandat nanti, kita jamin masalah air selesai, kita akan jamin masalah ladang rakyat selesai, kita akan jamin kemudahan asas selesai, kita jamin perumahan rakyat akan kita laksanakan," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat 1Malaysia di Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Jeli di sini semalam.

Ucapan Perdana Menteri itu disambut dengan tepukan gemuruh oleh kira-kira 20,000 orang yang hadir pada majlis itu.

Perdana Menteri yang dalam lawatan kerja sehari ke negeri itu turut melaungkan slogan 'Gelombang Merah' dalam mengajak rakyat Kelantan membuat perubahan dengan memberi mandat kepada BN untuk kembali memerintah negeri itu.

Najib berkata, kerajaan BN akan mengubah landskap negeri itu dengan pelbagai pembangunan yang menjadikan Kelantan membangun dan maju.

"Insya-Allah landskap Kelantan akan berubah tetapi tetap berpaksikan kepada Islam, ilmu akhlaknya tetap kita pertahankan," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan