Sabtu, 3 Mac 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Usahawan baru: Simbiosis MTDC, NCIA, USM

Posted:

Usahawan baru: Simbiosis MTDC, NCIA, USM

Usahawan baru: Simbiosis MTDC, NCIA, USM

03/03/2012 8:43pm

GEORGETOWN – Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) menjalin kerjasama dengan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan Universiti Sains Malaysia (USM) untuk melahirkan lebih ramai usahawan muda melalui Program Simbiosis.

Program yang diperkenalkan oleh MTDC itu bertujuan untuk menggalakkan siswazah universiti menceburi bidang pengkomersialan teknologi daripada universiti dan institusi penyelidikan tempatan.

Ia juga memberi peluang kepada para siswazah untuk memasarkan produk-produk mereka ke pasaran tempatan dan juga antarabangsa.

Ketua Eksekutif MTDC, Norhalim Yunus berkata, seramai 20 usahawan bakal dilahirkan menjelang 2014 bagi fasa pertama untuk mengkomersialkan 10 teknologi yang disediakan oleh USM.

Beliau berkata, Program Simbiosis yang diperkenalkan dua tahun lalu sebagai program perintis bertujuan untuk membantu usahawan mencapai pertumbuhan dengan cepat dan mengurangkan risiko. – BERNAMA

Dipukul dalam tahanan: Kertas siasatan dibuka

Posted:

Dipukul dalam tahanan: Kertas siasatan dibuka

Dipukul dalam tahanan: Kertas siasatan dibuka

03/03/2012 8:37pm

SEREMBAN – Polis telah membuka kertas siasatan berhubung seorang remaja yang mendakwa dipukul seorang anggota polis semasa ditahan reman antara 27 Februari hingga semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, remaja berusia 13 tahun itu membuat laporan polis berhubung kejadian itu semalam, dan polis telah mengambil keterangannya untuk siasatan lanjut.

"Mangsa mendakwa dipukul oleh anggota polis berbadan gemuk semasa dalam tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sri Jempol, dan laporan polis telah dibuat bersama ayahnya semalam.

"Rakaman percakapan mangsa menyatakan dia telah dipukul anggota polis terbabit menggunakan paip getah di bahagian kepala hingga mencederakan matanya," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan, di sini hari ini.

Beliau berkata, remaja terbabit ditahan di rumahnya di Ladang St Helier, Bahau pada 26 Februari dan direman lima hari bermula 27 Februari hingga 2 Mac bagi membantu siasatan berhubung kes curi.

Osman berkata, pada 29 Februari remaja itu mengadu sakit di bahagian mata dan dihantar ke Hospital Bandar Sri Jempol dan menerima rawatan sebagai pesakit luar. – BERNAMA

Kereta diguna seludup minyak terbakar

Posted:

Kereta diguna seludup minyak terbakar

Kereta diguna seludup minyak terbakar

03/03/2012 7:11pm

PASIR MAS – Sebuah kereta yang dipercayai digunakan untuk menyeludup petrol ke negara jiran, terbakar dalam kejadian di Kampung Kerdap di Rantau Panjang dekat sini, hari ini.

Ketua Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Ghani Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira 10.40 pagi dan bergegas ke tempat kejadian bersama lima anggota dan sebuah jentera.

"Ketika pihak kami tiba di tempat kejadian tersebut mendapati kereta berkenaan telah pun musnah, bagaimana pun pemilik kenderaan itu sempat melarikan diri.

"Kejadian tersebut dipercayai berlaku ketika penyeludup sedang memindahkan petrol dari stor sementara di kampung itu untuk diangkut ke Selatan Thailand," katanya ketika dihubungi hari ini.

Ghani berkata, petrol itu diisi dalam tong plastik yang menyebabkannya mudah terbakar. – BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan