Selasa, 6 Mac 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Taubat nabi palsu sudah terlambat

Posted:

Taubat nabi palsu sudah terlambat

Taubat nabi palsu sudah terlambat

Oleh WAZIHA WAHID
waziha@kosmo.com.my

ABDUL KAHAR diiring keluar selepas Mahkamah Rayuan Syariah di Shah Alam menolak rayuannya semalam.


SHAH ALAM – Rayuan terakhir lelaki yang mendakwa 'Rasul Melayu', Abdul Kahar Ahmad untuk mengetepikan hukuman penjara 10 tahun, denda RM16,500 serta enam kali sebatan ditolak oleh Mahkamah Rayuan Syariah di sini semalam.

Tiga panel Hakim Syarie diketuai Tan Sri Ibrahim Lembut, Datuk Md. Yusop Che Teh dan Datuk Aidi Mokhtar sebulat suara memutuskan bahawa hakim bicara Mahkamah Tinggi Syariah di sini tidak terkhilaf dalam mengenakan hukuman tersebut terhadap perayu.

Sehubungan itu, hukuman yang dikenakan ke atas Abdul Kahar pada 16 September 2009 selepas dia ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika menonton televisyen di rumah sewanya di Sungai Long, Hulu Langat, Kajang pada pukul 9.45 pagi kekal.

Tertuduh kini ditahan di Penjara Kajang.

Abdul Kahar, 62, kelihatan tenang mendengar keputusan tersebut namun ahli keluarga termasuk anak-anak tertuduh yang hadir sepanjang prosiding menangis teresak-esak.

Pada 21 September 2009, Hakim Abu Zaky Mohammad mensabitkan bekas pekerja Zoo Negara itu bersalah selepas menerima pengakuan salah terhadap lima tuduhan menyebarkan ajaran sesat yang diasaskannya tujuh tahun lalu.

Selain hukuman berkenaan, Abdul Kahar turut diperintah dihantar ke Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman, Hulu Yam bagi tempoh enam bulan terakhir daripada hukuman penjara.

"Secara keseluruhan mahkamah bersetuju dengan responden (Ketua Pendakwa Syarie) bahawa kesalahan ini melibatkan akidah yang serius dan sesuatu hukuman perlu bergantung pada berat kesalahan yang dilakukan," katanya.

Selain itu, merujuk kepada hujah perayu yang mendakwa sudah bertaubat dan insaf, Ibrahim berkata, taubat hanya boleh dibuktikan dengan amal soleh dan hakim bicara memutuskan hukuman berdasarkan apa yang dilihat secara zahir.

"Perlu diingat, hukuman adalah serampang dua mata: Satu untuk menyedarkan pesalah dan satu lagi adalah untuk memberi peringatan kepada yang lain supaya tidak berbuat yang sama," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Denda logo halal mulai 1 Julai

Posted:

Denda logo halal mulai 1 Julai

Denda logo halal mulai 1 Julai


PEMILIK restoran akan dikenakan tindakan jika masih menggunakan logo halal yang bukan dikeluarkan oleh Jakim mulai 1 Julai ini.


BERA – Semua pemilik premis makanan diberi tempoh sehingga akhir Mei ini untuk memastikan logo halal yang dipamerkan adalah keluaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ini kerana mulai 1 Jun, pengusaha yang mempamerkan logo halal selain daripada yang dikeluarkan oleh Jakim akan diberi amaran sebelum tindakan denda dan penjara dikuatkuasakan bermula 1 Julai di bawah Seksyen 16 Akta Perdagangan Dalam Negeri 2011.

Di bawah akta itu, pesalah individu boleh didenda RM250,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali manakala syarikat atau premis pula boleh didenda RM500,000.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hanya logo halal diiktiraf manakala logo yang lain termasuk yang dikeluarkan oleh pihak swasta dalam dan luar negara tidak dibenarkan.

"Kementerian saya bersama Jakim telah menubuhkan satu jawatankuasa pemantauan berhubung penggunaan logo halal itu di mana anggotanya akan bertindak tegas ke atas premis perniagaan yang tidak mengikuti arahan," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada 1,109 penduduk Parlimen Bera di Kompleks Rakan Muda Kerayong di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tren komuter SCS beroperasi minggu ini

Posted:

Tren komuter SCS beroperasi minggu ini

Tren komuter SCS beroperasi minggu ini

Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA
kamilah.mustapha@kosmo.com.my


TREN baharu SCS (kanan) mampu membawa hampir dua kali ganda lebih ramai penumpang berbanding tren lama (kiri) dan sekali gus menyelesaikan masalah pengguna komuter di Lembah Klang.


KUALA LUMPUR – Masalah kesukaran penumpang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menggunakan perkhidmatan tren komuter khususnya pada waktu puncak dijangka diatasi mulai hujung minggu ini menerusi operasi set tren baharu yang berkemampuan membawa 1,118 penumpang pada satu-satu masa berbanding 400 orang pada masa ini.

Perkhidmatan tersebut sebahagian daripada program menambah baik operasi KTMB menerusi pembelian 38 set tren enam gerabak (SCS) setiap satu dari China dengan kos keseluruhan RM1.9 bilion.

Pengurus Besar Perkhidmatan Komuter KTMB, Mohd. Hider Yusoff berkata, sebanyak 16 set tren SCS telah tiba dengan empat unit dijadual beroperasi mulai hujung minggu ini di laluan Pelabuhan Klang, Seremban dan Rawang.

"Selepas 17 tahun komuter beroperasi dengan tiga gerabak bagi setiap perjalanan, kini kapasiti perkhidmatan ini bertambah dua kali ganda dengan memuatkan 1,118 penumpang dalam satu masa," ujarnya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau sebelum itu membawa wakil media buat pertama kali merasai perjalanan dari KL Sentral ke Kajang menggunakan tren baharu itu yang bakal dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin esok.

Mohd. Hider memberitahu, baki 12 set tren komuter itu akan selesai dipandu uji tidak lama lagi sebelum memulakan operasi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan