Selasa, 6 Mac 2012

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Penduduk tuntut tapak rumah

Posted:

Penduduk tuntut tapak rumah

Oleh HELMI MOHD. FOAD
kota@utusan.com.my


Sebahagian penduduk mengadakan demonstrasi aman bagi permohonan tanah kepada kerajaan negeri di hadapan bangunan SUK Shah Alam, semalam.


SHAH ALAM 6 Mac - Seramai 350 keluarga di Sungai Tengar Utara, Sabak Bernam dekat sini kecewa dengan tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menolak permohonan mereka untuk mendapatkan tapak rumah bagi penempatan baru di kawasan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Suara Anak Jati Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Ayer Tawar (Sejasat), Ishak Basiran, 43, berkata, lebih menyedihkan tapak tanah yang mereka pohon itu diberikan pula kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

Malah katanya, sehingga kini mereka masih gagal mengadakan pertemuan dengan Abdul Khalid bagi membincangkan permohonan tersebut sedangkan ia membabitkan nasib rakyat miskin yang masih tidak mempunyai tanah untuk membina rumah.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Peniaga Uptown risau MPSJ belum keluar lesen

Posted:

Peniaga Uptown risau MPSJ belum keluar lesen


SAHARUDDIN Awang Yahya meneliti dokumen perjanjian sewa tapak di Uptown Bazaar Heritage yang ditunjukkan oleh Sariffah Mat Noor Rashid (kanan) dan dua rakannya di Puchong, semalam.


PUCHONG 6 Mac - Peniaga di Uptown Bazaar Heritage di Taman Permai di sini mula dihantui rasa bimbang ekoran perniagaan yang mereka jalankan sejak Julai tahun lalu masih tidak memiliki lesen sehingga ke hari ini.

Peniaga berkata, mereka berasa seperti ditipu dan diperdaya oleh syarikat pengurusan bazar tersebut yang mengatakan lesen kelompok yang perlu dibayar RM30 sebulan bagi setiap peniaga masih diproses.

Tambah mereka, kadangkala pihak pengurusan memberi alasan berbeza pula iaitu lesen sudah dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan kini berada di pejabat pihak tersebut.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Sejuta penduduk terjejas

Posted:

Sejuta penduduk terjejas

Oleh syukri shaari
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 6 Mac - Kira-kira sejuta penduduk di ibu kota dan Selangor akan mengalami gangguan bekalan air pada 14 dan 15 Mac ini berikutan pemberhentian tugas sementara Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa Satu.

Pengarah Eksekutif, Bahagian Hal Ehwal Korporat, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Abdul Halem Mat Som berkata, sebanyak 153 kawasan di lima wilayah termasuk Klang, Petaling, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Langat akan terjejas pada tarikh berkenaan.

Katanya, kawasan-kawasan penting seperti Zon Bebas Cukai Pelabuhan Klang dan hospital juga dijangka terjejas.

"Syabas telah dimaklumkan oleh Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor bahawa pemberhentian sementara tugas loji rawatan berkenaan perlu dijalankan segera sebagai persediaan awal sebelum kerja-kerja penambahbaikan pam air bersih dilaksanakan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan