Khamis, 8 Mac 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Anak tertimbus

Posted: 07 Mar 2012 03:01 PM PST

KUALA LUMPUR: "Tolong, tolong! Anak saya tertimbus!," jerit seorang lelaki yang panik apabila melihat anak lelakinya tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kuarters Kerani Polis, Jalan Belfield off Jalan Maharajalela di sini, malam tadi.

Akibat kejadian itu, Raja Mohd Irfan Raja Mohd Azlan, 13, yang tertimbus separuh badan termasuk bahagian kepala selama lebih 10 minit meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur beberapa jam selepas dikeluarkan dari kawasan runtuhan.


Menceritakan kejadian, seorang jiran, Zaharah Hashim, 54, berkata pada mulanya dia menyangka bunyi bising yang didengari dari belakang rumah kerana dipecah masuk pencuri tetapi selepas terdengar jeritan meminta tolong, dia keluar melihat apa yang berlaku.

"Pagar dan sebahagian atap rumah mangsa roboh ditimpa tanah, kami dengan segera membantu mengeluarkan mangsa yang tertimbus," katanya.


Dia berkata mereka menggunakan pintu dan serpihan kayu untuk menahan tanah yang masih bergerak manakala jiran lain segera menelefon bomba.


Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata anggota bomba yang berkejar ke lokasi mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk menyelamatkan mangsa yang masih hidup ketika dikeluarkan.

"Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia akibat kecederaan serius kira-kira jam 11.50 malam ketika menerima rawatan di HKL," katanya ketika dihubungi semalam.





Bahagia kaya anak

Posted: 07 Mar 2012 02:52 PM PST

KOTA BHARU: Suami pantang 'tersentuh', manakala isteri tidak pernah menolak. Itu antara rahsia kebahagiaan rumah tangga Isa Hassan, 56, dan Mek Jah Yusof, 52, yang layak digelar 'pasangan super' apabila memiliki 18 anak sejak berkahwin 40 tahun lalu.

Selain itu, kehidupan sukar pasangan berkenaan yang menetap di rumah usang di Kampung Pantai Pulau Kundor, dekat sini, turut menjadikan mereka individu yang 'subur' kerana tidak terdedah makanan tidak sihat seperti makanan ringan dan minuman berkarbonat.

Menurut Isa, dia tidak pernah minum minuman berais, manakala makanan utama mereka kebiasaannya nasi berlaukkan ulam-ulaman dan bunga nipah dicecah dengan budu.

"Saya orang susah, tak dapat makan seperti makanan segera atau minuman berkarbonat. Makanan saya hanya nasi berlaukkan ulam-ulaman serta bunga nipah dicecah budu. Jika memancing dapat ikan, maka bertambah lauk.


"Pada masa sama pekerjaan sebagai pencari buah dan bunga nipah memerlukan saya bangun seawal jam 6 pagi dan menggunakan sepenuhnya kudrat untuk memotong pokok nipah serta menghiris bunganya. Pekerjaan itu membuatkan tubuh saya sentiasa bertenaga dan sihat," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan