Khamis, 29 September 2011

Utusan Online - Politik

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Hudud: Muslihat Pas tarik semula sokongan

Posted:

Hudud: Muslihat Pas tarik semula sokongan

Hudud: Muslihat Pas tarik semula sokongan

PONTIAN 29 Sept. - Tindakan Pas membangkitkan kembali isu hudud hanya muslihat bagi memenangi semula hati penyokongnya berikutan sokongan terhadap parti itu semakin merosot sejak akhir-akhir ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, isu hudud bukan perkara baru dan sengaja dibangkitkan semula apabila ramai penyokong Pas tidak puas hati apabila parti itu berganjak perjuangan menubuhkan negara Islam kepada negara berkebajikan.

"Perlembagaan Pas pun tidak dipinda dan untuk tujuan politik kerana tekanan rakan-rakannya dalam pakatan pembangkang yang tidak mahu istilah negara Islam digunakan, mereka menukar kepada negara berkebajikan menyebabkan ramai penyokongnya tidak puas hati," katanya.

Beliau mengulas keputusan yang dicapai Majlis Pimpinan Pakatan (MPP) pembangkang malam tadi bahawa hudud yang dicadangkan Pas tidak akan dilaksanakan kerana ia tidak menepati dasar bersama, Perlembagaan Persekutuan dan agenda Buku Jingga.

Muhyiddin ditemui selepas menghadiri Majlis Jalinan Mesra Rakyat anjuran Persatuan Ahli-Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Negeri Johor di pekarangan Masjid Jamek Kampung Sungai Bunyi dekat sini hari ini.

Pada majlis yang dihadiri kira-kira 2,000 penduduk, Timbalan Perdana Menteri dijamu dengan hidangan 'nasi ambeng', makanan terkenal masyarakat Jawa yang dimakan sambil bersila bersama penduduk kampung.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup, Datuk Md. Othman Yusof dan Speaker DUN Johor, Datuk Mohd. Ali Hassan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau tidak terkejut dengan tindakan Pas itu.

"Bagi saya ini juga satu hijab (tidak laksanakan hudud) untuk menutup perbezaan yang ketara dalam pakatan pembangkang. Dalam kalangan pemimpin Pas tidak akan berganjak kerana mereka nak terus wujudkan hudud. Kalau nak laksanakan, ia akan dapat tentangan daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Saya dimaklumkan tiada kata sepakat dalam pakatan pembangkang kerana Pas masih bertegas untuk laksanakan hudud ikut cara Pas di Kelantan. Bermakna pakatan pembangkang tiada persefahaman," katanya.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, MPP pembangkang tidak akan melaksanakan hukum hudud seperti yang dicadangkan Pas kerana ia tidak menepati dasar bersama, Perlembagaan Persekutuan dan agenda Buku Jingga.

Setiausaha Agung DAP dedahkan kelemahan sendiri - Shahrir

Posted:

Setiausaha Agung DAP dedahkan kelemahan sendiri - Shahrir

Setiausaha Agung DAP dedahkan kelemahan sendiri - Shahrir

JOHOR BAHRU 29 Sept. - Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memburuk-burukkan Johor sebenarnya mendedahkan kelemahan dirinya sebagai seorang pemimpin sebuah negeri.

Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Seri Shahrir Abdul Samad berkata, sikap itu menunjukkan beliau bukan seorang pemimpin yang bijaksana.

"Setiausaha Agung DAP itu sebenarnya terlupa yang dia mewakili rakyat Pulau Pinang. Dia cuba bergurau dan membodek 'orang putih' (media asing) dengan memburuk-burukkan negara khususnya Johor, tetapi tanpa disedari ia turut mengaibkan dirinya ibarat 'tepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri'.

"Dia ke luar negara dalam lawatan rasmi dan mewakili DAP dengan jawatan Setiausaha Agung. Jadi, apa jua tindak tanduk atau fiil (perangai) pasti mengundang persepsi negatif sama ada terhadap kepimpinan atau parti yang diwakili," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Guan Eng yang didakwa memburuk-burukkan Johor dalam satu temuramah dengan media asing di Singapura baru-baru ini.

Shahrir yang juga Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru berkata, kecintaan Guan Eng terhadap negara boleh dipersoalkan kerana sanggup memburuk-burukkan negara sendiri kepada orang asing dan semua rakyat negara ini terutama penduduk Johor boleh menilai sendiri kewibawaan dan tahap kebijaksanaannya.

Sementara itu, Exco kerajaan negeri, Datuk Zainal Abidin Othman berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang itu perlu menjaga negeri sendiri dan jangan 'sibuk menjaga tepi kain orang' kerana sejak DAP mentadbir negeri itu rakyat yang tidak puas hati mengadakan pelbagai demonstrasi.

"Cukup-cukuplah Guan Eng buat tohmahan terhadap Johor, jika negeri ini tidak selamat kenapa warga Singapura boleh datang dan kembali semula ke negeri mereka dengan selamat.

"Cakap sahaja apa yang mereka (warga Singapura) mahu? Melabur, berhibur, membeli-belah dan menziarahi keluarga, di Johorlah mereka dapat menikmati kepuasan yang dikehendaki," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau.

0 ulasan:

Catat Komen