Rabu, 28 September 2011

Berita Harian: Wilayah

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: Wilayah


Warden trafik DBKL boleh saman

Posted: 27 Sep 2011 03:10 PM PDT

Wilayah

KAKITANGAN Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada Majlis Pelancaran Kempen Senyum peringkat DBKL di Menara DBKL.

KAKITANGAN Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada Majlis Pelancaran Kempen Senyum peringkat DBKL di Menara DBKL.

KUALA LUMPUR: Mulai 1 Oktober ini, warden trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) boleh mengeluarkan saman terhadap pemandu yang melakukan kesalahan melanggar lampu isyarat, berhenti di petak kuning, memotong barisan dan melanggar isyarat lalu lintas di bandar raya ini.

Sebelum ini, mereka hanya boleh mengambil tindakan untuk mengeluarkan saman kepada kenderaan yang statik (tidak bergerak) manakala bagi empat kesalahan di atas, ia terletak di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sehubungan itu, DBKL akan menempatkan 20 warden trafik bersama anggota polis di 10 persimpangan jalan utama di bandar raya ini bagi mengawal dan mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas pemandu yang melanggar peraturan lalu lintas. Antara jalan terbabit ialah Jalan Raja Laut, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Pudu, Jalan Dang Wangi, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Jalan Tun Ismail, Jalan Gereja, Jalan Parlimen, Jalan Leboh Ampang dan Jalan Raja Muda Abdul Aziz.

Datuk Bandar, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail, berkata langkah itu diambil bagi memastikan pergerakan lalu lintas di sekitar Kuala Lumpur berjalan lancar terutama pada waktu puncak.

Beliau berkata, pada masa ini, warden trafik DBKL hanya mengambil tindakan untuk mengeluarkan saman kepada kenderaan yang statik (tidak bergerak) manakala bagi kenderaan yang sedang bergerak, ia terletak di bawah bidang kuasa PDRM.

Melalui satu mesyuarat yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan pada 9 September lalu, kami memutuskan anggota warden trafik DBKL boleh mengeluarkan saman terhadap pemandu yang melakukan empat kesalahan ketika kenderaan bergerak.
Antara kesalahan itu ialah melanggar lampu isyarat, berhenti di petak kuning, memotong barisan dan melanggar isyarat lalu lintas, katanya pada sidang media selepas melancarkan Kempen Senyum Peringkat DBKL di sini, semalam.


Rantau Panjang lengang

Posted: 27 Sep 2011 03:07 PM PDT

Wilayah

RANTAU PANJANG: Zon Bebas Cukai Rantau Panjang yang sebelum ini menjadi lokasi tumpuan pelancong untuk membeli-belah kini semakin sepi dan kurang mendapat sambutan.

Keadaan itu menyebabkan peniaga kebimbangan berikutan kemerosotan pengunjung menyebabkan barangan seperti pakaian, tudung, kelengkapan dapur, barang hiasan dan makanan ringan tidak lagi laris.

Tinjauan Berita Harian mendapati pelancong tempatan dan asing semakin berkurang biarpun pada hari cuti umum dan kebanyakan peniaga mengalami kemerosotan jualan sehingga 80 peratus berbanding sedekad lalu. Kekurangan bilangan pengunjung didakwa semakin merosot sejak cuti sambutan perayaan Tahun Baru Cina lalu berikutan kebanyakan mereka beralih membeli-belah ke Mundok di Selatan Thailand.

Peniaga, Aini Musa, 42, berkata punca utama pengunjung kurang mengunjungi pekan Rantau Panjang itu disebabkan kawalan ke Mundok lebih longgar, selain tiada sebarang cukai dikenakan ke atas setiap pembelian barangan berbanding membeli-belah di Rantau Panjang.

Pembeli akan dikenakan cukai oleh kastam apabila membeli-belah di Rantau Panjang, tetapi sebaliknya apabila ke Mundok biarpun terpaksa membahayakan nyawa menyeberangi sungai untuk ke sana, katanya.

Katanya, pembeli lebih berminat mengunjungi Mundok bagi mengelak dikenakan cukai 10 peratus ke atas setiap barangan dibeli di Rantau Panjang sedangkan urusan jual beli di Mundok hanya memerlukan pengunjung membayar tambang perahu sebanyak RM2 untuk pergi dan balik.
Harga ditawarkan di Mundok lebih murah kerana tiada cukai yang dikenakan ke atas barangan jualan itu, katanya.

Aini berkata, berikutan kemerosotan pengunjung tempatan dan rombongan pelancong yang ketara ke pekan Rantau Panjang menyebabkan segelintir peniaga terpaksa berniaga ke Mundok bagi menampung bayaran sewa kedai di Rantau Panjang.

"Hasil jualan bukan saja hanya cukup untuk perbelanjaan harian, malah ada di antara mereka yang tidak dapat menambah barangan baru berikutan tidak balik modal.

Dulu, saya memperoleh pendapatan minimum lebih RM1,000 bagi tempoh tiga hari, tetapi sekarang, mahu dapatkan RM100 sehari pun payah, katanya yang sudah berniaga sejak 24 tahun lalu.

Sementara itu, Che Mazhar Che Mat, 37, pula meminta pihak berkuasa meningkatkan penguatkuasaan ke Mundok yang kini terlalu longgar menjadikan peniaga di Rantau Panjang kehilangan pelanggan secara mendadak.

Jika dulu, rombongan pelancong dari luar negeri Kelantan akan dibawa ke sini, tetapi tidak lagi sekarang kerana pemandu bas pelancong membawa mereka ke Mundok, katanya.


0 ulasan:

Catat Komen