Isnin, 26 September 2011

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


PM hargai sumbangan swasta

Posted:

PM hargai sumbangan swasta

PM hargai sumbangan swasta

NAJIB (tengah) bergambar bersama sebahagian daripada 34 wakil sekolah-sekolah yang menerima bantuan kewangan pada majlis pelancaran dana pendidikan Community Chest di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah sektor swasta mengambil inisiatif untuk memajukan bidang pembelajaran di negara ini amat dialu-alukan kerana kerajaan semata-mata tidak mampu memenuhi semua keperluan pendidikan.

Kata beliau, walaupun kerajaan menyediakan sejumlah besar peruntukan, ia masih tidak mencukupi kerana bidang pendidikan memerlukan perbelanjaan yang amat tinggi.

"Meskipun kerajaan sudah menyediakan peruntukan yang besar (untuk pendidikan), namun keperluannya lebih besar lagi dan tidak mungkin apa yang dibelanjakan kerajaan selama ini ditakrifkan sebagai mencukupi.

"Banyak lagi peruntukan yang perlu disediakan di semua peringkat jika mahu menjadikan bidang pendidikan kita yang terbaik. Tidak ada kerajaan di mana-mana negara sekalipun yang mampu menyediakan peruntukan bagi sektor pendidikan secara bersendirian tanpa bantuan pihak lain," katanya pada majlis pelancaran dana pendidikan Community Chest di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Confucion di Sungai Besi di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Kerajaan tidak bercadang ganti pesawat MiG-29

Posted:

Kerajaan tidak bercadang ganti pesawat MiG-29

Kerajaan tidak bercadang ganti pesawat MiG-29

Oleh RAIS YEOP JOHARI
rais.johari@kosmo.com.my


PESAWAT MiG-29 akan terus digunakan kerana kerajaan tidak bercadang menggantikannya dengan pesawat lain. - Gambar hiasan


GEMAS – Pesawat pejuang MiG-29 tidak akan ditukar dengan pesawat lain dalam tempoh terdekat ekoran kekangan kewangan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan akan menggantikan pesawat itu apabila keadaan mengizinkan dan ada keperluan berbuat demikian.

"Kita sedar tempoh perkhidmatan 10 pesawat MiG-29 buatan Rusia yang dipakai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sudah tamat, namun tiada cadangan bagi menukarnya dalam masa terdekat.

"Di pihak kementerian, kita memahami kerajaan perlu mengutamakan perkara lain buat masa ini dalam RMK-10 berbanding isu penambahan aset pertahanan," katanya selepas merasmikan Kompleks Mutiara Perwira Niaga Malaysia (Pernama) di Kem Syed Sirajuddin di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Cemas dua minit diacu pistol

Posted:

Cemas dua minit diacu pistol

Cemas dua minit diacu pistol

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa.lakawa@kosmo.com.my

KUALA TERENGGANU - Kelmarin mungkin menjadi hari yang paling mencemaskan buat seorang Timbalan Pendakwa Raya apabila dia diacukan sepucuk pistol oleh seorang lelaki berserban ketika berada di persimpangan lampu isyarat di Jalan Sultan Ismail dekat sini.

Kejadian yang disyaki bermotifkan dendam atau tidak puas hati pukul 11 pagi itu berlaku terhadap wanita berusia lingkungan 30-an tersebut ketika dia sedang memandu kereta jenis Kia Spectra miliknya untuk ke sebuah farmasi di situ. Kejadian itu turut disaksikan oleh anak perempuan mangsa berusia 14 tahun.

Difahamkan, wanita yang telah lama berkecimpung dalam arena pendakwaan terhadap penjenayah dipercayai menjadi mangsa lelaki misteri itu kerana dia sering mengendalikan kes-kes berprofil tinggi termasuk melibatkan hukuman gantung.

Ketua Polis Negeri, Datuk Jamshah Mustafa (gambar) berkata, ketika berhenti, mangsa didatangi seorang penunggang motosikal yang memakai serban dan kemeja lengan panjang cerah lalu mengetuk cermin keretanya. Mangsa tidak menurunkan cermin itu.

Katanya, suspek berusia lingkungan 50-an itu kemudian mengambil sepucuk pistol seakan-akan jenis Walter berwarna kelabu dari dalam raga motosikal.

"Suspek kemudian mengacukan pistol ke arah muka mangsa. Wanita itu yang cemas telah bergerak beberapa meter ke hadapan tetapi tidak diekori suspek.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan