Jumaat, 30 September 2011

Kosmo Online - Negara

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


3,000 murid tidak mampu belajar

Posted:

3,000 murid tidak mampu belajar

3,000 murid tidak mampu belajar

Oleh ZULKIFLI MANZOR
zulkifli.manzor@kosmo.com.my

MOHD. FAZLI (tengah) merupakan antara murid sekolah rendah di Baling yang dihalang daripada menduduki peperiksaan UPSR baru-baru ini.


KUALA LUMPUR - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendakwa terdapat lebih 3,000 murid sekolah rendah di seluruh negara tidak berupaya mendalami pelajaran yang diajar meskipun status kesihatan mereka disahkan normal oleh doktor.

Hal tersebut menyebabkan guru dan pihak pentadbiran sekolah berada dalam keadaan tertekan kerana kegagalan pelajar terbabit dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) menjejaskan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sekolah secara keseluruhan.

Justeru, Presiden NUTP, Hashim Adnan ketika dihubungi Kosmo! semalam meminta kerajaan memberi kelonggaran kepada pihak sekolah untuk mengecualikan pelajar terlibat daripada menduduki UPSR dengan mewujudkan sistem penilaian tersendiri buat pelajar berkenaan.

"Golongan pelajar ini walau bagaimana cara kita ajar, mereka tidak dapat menerima dan memahami hingga ada ke tahap tidak mampu menulis, membaca atau mengira sedangkan mereka akan menduduki UPSR.

"Mereka tiada kecacatan dan disahkan sihat dari segi fizikal tetapi mempunyai masalah pemikiran menyebabkan mereka tidak berupaya menyerap ilmu dipelajari. Satu sistem penilaian lain perlu diwujudkan untuk golongan ini," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Nabil selamat diijab kabul dengan kekasih lama

Posted:

Nabil selamat diijab kabul dengan kekasih lama

Nabil selamat diijab kabul dengan kekasih lama

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
saphilla.isa@kosmo.com.my


NABIL dan isterinya, Nazirah Ayub ceria selepas majlis akad nikah mereka di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA – Juara Raja Lawak musim ketiga, Ahmad Nabil Ahmad atau lebih dikenali sebagai Nabil semalam selamat diijabkabulkan dengan Nazirah Ayub di sini selepas mereka menjadi pasangan kekasih selama enam tahun.

Pernikahan tersebut sekali gus menutup kontroversi percintaan Nabil sebelum ini bersama pelakon, Irma Hasmie Ibrahim selain tersebarnya gambar-gambar intimnya bersama pelakon drama Sultan Alauddin Riayat Shah terbitan TV Al-Hijrah, Qasha.

Tepat pukul 5.15 petang, dengan dua kali lafaz dan mas kahwin sebanyak RM300, Nazirah, 23, sah menjadi milik Nabil, 28.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Putrajaya, Mohd. Redza Ahmad di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3.

Nabil menafikan perkahwinannya dengan Nazirah bertujuan untuk menutup kontroversi yang timbul sebelum ini berkaitan hubungannya dengan gadis lain.

"Kami kenal sudah lama iaitu enam tahun tetapi hanya enam bulan yang lalu, barulah hubungan kami menjadi lebih serius.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Gubal standard pengurusan Islam - PM

Posted:

Gubal standard pengurusan Islam - PM

Gubal standard pengurusan Islam - PM


NAJIB (tengah) mencuba robot yang dihasilkan oleh pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sambil disaksikan Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Muhammad Muda (kanan) dan Penasihat Agama Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin (tiga dari kanan) selepas merasmikan Karnival Transformasi Sistem Pengurusan Islam di Malaysia di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Satu standard pengurusan Islam perlu digubal untuk menjadi penanda aras dalam amalan dan perkhidmatan Islam di kalangan pentadbir hal ehwal Islam di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perkara itu amat penting dalam meningkatkan fungsi pegawai hal ehwal Islam sebagai pentadbir, pengurus, pakar rujuk dan penasihat dalam bidang keagamaan.

"Kerajaan amat komited dalam pembangunan Islam sejak merdeka sehingga kini dan sentiasa melihat struktur pentadbiran agama perlu diperkasa sesuai dengan perkembangan semasa," katanya ketika merasmikan Karnival Transformasi Sistem Pengurusan Islam di Malaysia 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini semalam.

Najib berkata, penjawat awam dalam bidang jabatan agama dan guru-guru agama seharusnya berfikiran kritis dan konstruktif dalam menunaikan tanggungjawab serta amanah dengan mencari penyelesaian kreatif dan inovatif di luar kelaziman.

Katanya, perkara itu perlu agar jabatan agama dan institusi yang berkaitan terus cemerlang dalam perkhidmatan kepada rakyat.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

0 ulasan:

Catat Komen