Selasa, 27 September 2011

Utusan Online - Timur

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Elak berkunjung ke selatan Thai

Posted:

Elak berkunjung ke selatan Thai

Elak berkunjung ke selatan Thai

Oleh TOREK SULONG
utusankelantan@utusan.com.my

PASIR PUTEH 26 Sept. - Lebih 32,000 guru dan kakitangan sokongan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) diingatkan supaya mematuhi arahan Kementerian Luar yang tidak menggalakkan rakyat negara ini berkunjung ke selatan Thailand yang sedang bergolak bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Pengarah Pelajaran Negeri, Hussain Awang berkata, langkah itu bagi memastikan tidak ada guru, kakitangan JPN mahu pun pelajar yang tinggal di sempadan, terbabit dalam sebarang kejadian buruk ketika berkunjung ke sana terutama pekan Sungai Golok.

"Larangan yang dibuat JPN adalah selaras dengan arahan Kementerian Luar selepas berlakunya kejadian berdarah di pekan berkenaan," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri peringkat Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Pasir Puteh, di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kamil di sini, hari ini.

Lebih 1,000 guru dan kakitangan sokongan memeriahkan program berkenaan yang turut dihadiri Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Pasir Puteh, Zawawi Othman dan Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Pasir Puteh, Ismail Ghazali.

Pada 16 September lepas seorang kanak-kanak antara tiga rakyat Malaysia yang terbunuh manakala 60 rakyat tempatan cedera dalam kejadian tiga letupan bom di Sungai Golok, selatan Thailand.

Terdahulu, dalam ucapannya, beliau berkata, guru-guru sepatutnya mengambil iktibar kejadian tersebut dan bersyukur di atas keamanan negara berikutan kestabilan politik sehingga kerajaan berupaya menjaga kebajikan rakyat.

Beliau berkata, keamanan berjaya dikekalkan hasil kebijaksanaan pemimpin-pemimpin yang ada pada hari ini yang mampu mentadbir rakyat daripada pelbagai keturunan dan agama.

"Saya menyeru guru dan kakitangan sokongan supaya meneruskan perjuangan menyokong dasar-dasar kerajaan yang sedia ada demi mengekalkan keamanan dan keharmonian negara.

"Kewibawaan dan keupayaan kerajaan sedia ada perlu dikekalkan dan tidak seharusnya mencuba untuk menyokong pihak lain yang belum tentu dapat membela nasib dan kesejahteraan keseluruhan rakyat sejak sekian lama," katanya.

2,400 pelajar PKB derma darah

Posted:

2,400 pelajar PKB derma darah

2,400 pelajar PKB derma darah

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my


Sebahagian pelajar Politeknik Kota Bharu yang menjayakan program derma darah di Kota Bharu, baru-baru ini.


KOTA BHARU 26 Sept. – Ketika segelintir masyarakat masih takut-takut untuk mendermakan darah, situasi agak berbeza dengan pelajar Politeknik Kota Bharu (PKB), Kok Lanas apabila mereka tampil mendermakan darah bagi membantu golongan yang memerlukan.

Meskipun sibuk dengan tugasan harian sebagai seorang pelajar, namun tidak sedikit pun menghalang lebih 2,400 penuntut PKB untuk menjayakan program murni tersebut yang dapat membantu menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan bekalan darah.

Menyedari sumbangan yang diberikan cukup bermakna kepada golongan yang memerlukan, penuntut PKB sanggup meluangkan masa mereka dengan tampil menjayakan program Kempen Derma Darah Mega Kali Keempat yang berlangsung di Dewan Jubli Perak PKB, di sini, baru-baru ini.

Bagaimanapun daripada jumlah tersebut, hanya 1,782 penuntut sahaja yang mampu memberikan sumbangan bakti itu, manakala selebihnya tidak layak atas faktor kesihatan.

Apa yang membanggakan, program anjuran PKB dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) itu telah menarik penyertaan terbesar dalam sejarah penganjuran program tersebut dengan berjaya memperoleh sebanyak 1,782 pek darah.

Sebagai tanda sokongan yang diberikan oleh para pelajar dan kakitangan PKB yang terlibat dalam program ini, Pengarahnya, Nor Azaham Othman turut meluangkan masa beramah mesra dengan para pelajar dan kakitangan, selain turut sama menderma darahnya.

Noor Azham berkata, program tersebut bertujuan memberikan pendedahan kepada para pelajarnya tentang nilai-nilai murni dalam membantu mereka yang memerlukan bekalan darah.

"Ini merupakan sebahagian daripada bentuk pembangunan modal insan dalam melahirkan generasi pelajar yang hebat selaras dengan hasrat kerajaan.

"Untuk makluman, pihak kami ada seramai 60 pelajar yang bersiap sedia untuk mendermakan darah sekiranya diperlukan. Bagi saya ini adalah salah satu contoh yang patut menjadi ikutan para pelajar di sini," katanya.

Turut hadir Timbalan Pengarah (Perubatan) HRPZ II, Dr. Salasawati Ghazali; Ketua Penolong Pengarah Kesihatan Bahagian Perubatan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Dr. Mohd. Azman Yaacob dan Ketua Perkhidmatan Darah Negeri, Dr. Ilunihayati Ibrahim.

Dalam pada itu, pihak HRPZ II menyambut baik jalinan kerjasama yang dihulurkan oleh PKB dalam membantu pihaknya mengatasi kekurangan bekalan darah di hospital berkenaan.

Dr. Salasawati berkata, kerjasama tersebut amat diperlukan dalam memastikan bekalan darah di hospital berkenaan sentiasa mencukupi bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

"Kita sememangnya mengalu-alukan jalinan kerjasama sebegini dan ia merupakan satu kesedaran sosial di mana PKB tampil kehadapan membantu pihak kami. Apa yang dilakukan oleh PKB wajar dicontohi oleh semua pihak. Saya bangga dan berterima kasih dengan apa yang dilakukan oleh mereka," katanya.

Seorang pelajar semester satu Diploma Pengurusan Perniagaan, Siti Nor Marilissa Shahrol, 18, berkata, dia gembira kerana berpeluang menyertai program berkenaan seterusnya membantu mereka yang memerlukan bekalan darah.

"Ini merupakan pengalaman baru buat diri saya kerana buat kali pertama tampil menderma darah. Walaupun banyak saya dengar cerita yang mengatakan derma darah ini sakit, namun bila saya cuba sendiri, ia tidaklah seperti yang digembar-gemburkan.

"Saya harap kepada mereka di luar sana tidak terpengaruh dengan cerita-cerita negatif tentang derma darah. Selain dapat membuat kebajikan, derma darah juga dapat menjadikan badan kita lebih sihat dan kuat serta tidak mudah diserang penyakit yang berbahaya," ujarnya.

Tambahnya, kejayaan menderma darah buat kali pertama ini menguatkan lagi semangatnya untuk terus menabur bakti melalui kaedah ini yang memberi manfaat kepada banyak pihak.

Turut senada dengan kenyataan itu, Sheikh Muhd. Farhan Sheikh Abu Bakar, 25, pelajar tahun akhir Diploma Pengurusan Perniagaan menyatakan, orang ramai tidak perlu takut untuk menderma darah kerana banyak memberikan kebaikan bukan sahaja kepada penderma malah golongan yang memerlukan bantuan darah.

Katanya, tanggapan negatif mengenai derma darah perlu ditangkis kerana ia membantutkan bekalan darah di hospital-hospital yang cukup diperlukan pada setiap masa.

"Alhamdulillah saya sudahpun tampil menderma darah sebanyak 21 kali, malah badan saya menjadi lebih sihat setiap kali menderma darah. Ini membuktikan bahawa derma darah dapat membantu kita menjadi lebih sihat.

"Sebelum derma darah dilakukan, doktor akan menjalankan pemeriksaan ke atas penderma untuk melihat tahap kesihatan seterusnya memastikan sama mereka layak atau tidak untuk menjalani proses derma darah," ujarnya.

Sheikh Muhd. Farhan memberitahu, kesedaran untuk menderma darah berlaku selepas dia terlibat dalam kemalangan jalan raya dan memerlukan bekalan darah yang banyak untuk menyelamatkan nyawanya.

"Ketika itu doktor memberitahu saya memerlukan bekalan darah yang banyak akibat kemalangan tersebut. Jadi doktor telah menggunakan bekalan darah yang didermakan oleh orang ramai untuk merawat saya. Bertitik-tolak dari situlah saya terpanggil untuk mendermakan darah saya sebagai balasan membantu golongan yang memerlukan bekalan darah ini," katanya.

Sementara itu, seorang pelajar yang tidak dapat mendermakan darahnya Nurul Arina Ridwan, 18, meluahkan rasa terkilan kerana tidak dapat membantu golongan yang memerlukan.

"Saya cukup bersemangat untuk menderma darah, namun selepas membuat pemeriksaan doktor memberitahu saya sebelum layak untuk menderma darah. Walaupun tidak dapat menderma darah, ia sedikit pun tidak menjejaskan semangat saya menderma di masa akan datang," jelasnya.

Pertandingan Kibar Jalur Gemilang akan diperluas

Posted:

Pertandingan Kibar Jalur Gemilang akan diperluas

Pertandingan Kibar Jalur Gemilang akan diperluas


Awang Adek Hussein (dua, kanan) menyampaikan hadiah kepada wakil KRT Kampung Rekang, Bachok yang menjadi johan peringkat daerah pada Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Peringkat KRT Negeri Kelantan, kelmarin.


KOTA BHARU 26 Sept. - Pertandingan Kibar Jalur Gemilang peringkat Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang berjaya meningkatkan semangat patriotisme dan cintakan negara di kalangan masyarakat, akan diperluaskan ke seluruh negara dengan melibatkan lebih banyak pihak.

Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Datuk Azman Amin Hassan berkata, sejak pertandingan itu dilaksanakan beberapa tahun lalu, ia terbukti berjaya dalam meningkatkan semangat patriotisme rakyat.

Justeru katanya, pihaknya tidak menolak kemungkinan akan turut melibatkan penyertaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi-agensi kerajaan lain pada pertandingan akan datang supaya dapat memberi impak yang lebih menyeluruh.

"Peruntukan untuk mengadakan pertandingan memang ada dan tempoh pertandingan tahun hadapan akan dipanjangkan mengambil kira sambutan Hari Kemerdekaan turut jatuh pada musim perayaan Hari Raya," katanya kepada pemberita di sini kelmarin.

Beliau ditemui pada Majlis Penyampaian hadiah Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Peringkat KRT Kelantan dan sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri 2011 di Dewan Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Padang Kala dekat sini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri; Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Makhtar Mustapha dan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional negeri, Abd. Hadi Mohd. Salleh.

Pada majlis itu, Awang Adek turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang dengan johan bagi setiap daerah ialah KRT Taman Wangi bagi Gua Musang, KRT Manek Urai Lama (Kuala Krai), KRT Bukit Jering (Jeli), KRT Pangkal Petai (Machang), KRT Kemahang 2 (Tanah Merah), KRT Mukim Telipot (Pasir Puteh), KRT Kampung Rerang (Bachok), KRT Taman Seri (Kota Bharu), KRT Sri Air Dingin (Tumpat) dan KRT Kubang Chenok (Pasir Mas) yang menerima hadiah wang sebanyak RM2,000 dan sijil penghargaan.

Sementara itu, Awang Adek dalam ucapannya berkata, rakyat Malaysia bertuah kerana negara ini sentiasa dalam keadaan aman hasil usaha semua pihak di peringkat kerajaan mahupun KRT yang menjaga keamanan di kampung-kampung.

Beliau sehubungan itu mengingatkan rakyat agar tidak terpengaruh dengan dakyah pihak tertentu yang cuba mencetuskan keadaan tidak aman menerusi pendekatan 'bermain politik yang merosakkan.'

"Kita nak kepada politik yang sihat, politik yang matang. Kita kena jaga jangan ada politik pecah-belah," katanya.

0 ulasan:

Catat Komen