Selasa, 27 September 2011

Utusan Online - Pahang

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Tanah baru ala Felda suatu gimik politik

Posted:

Tanah baru ala Felda suatu gimik politik

Tanah baru ala Felda suatu gimik politik

TEMERLOH 27 Sept. - Dakwaan pembangkang tanah baru ala Felda akan dibuka semula di negeri ini jika pakatan pembangkang berkuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti adalah suatu gimik politik bagi meraih undi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jenderak, Datuk Mohamed Jaafar berkata, janji pembangkang itu adalah mimpi pada siang hari.

Katanya, bukan semudah itu untuk membuka sesuatu kawasan tanah baru apatah lagi membabitkan kawasan tanah yang luas seperti rancangan tanah Felda kerana negeri ini sudah tidak mempuyai tanah mencukupi.

"Rakyat jangan mudah terperangkap dan terpengaruh dengan janji janji manis pembangkang kerana ia hanya janji kosong dan itu hanya muslihat semata-mata.

"Mereka sudah tidak ada modal untuk meraih sokongan rakyat, malah tembelang dan temberang mereka semakin hari semakin terbongkar," kata Mohamed.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri Jenderak, Kuala Krau, semalam.

Hadir sama Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said.

Menurut Mohamed, kononnya dengan menawarkan membuka tanah baru merupakan sebagai strategi untuk meraih sokongan rakyat pada pilihan raya nanti.

Hadir sama Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said.

Tambah Mohamed, bukan mudah untuk membuka tanah rancangan seperti Felda yang memerlukan perancangan terperinci sebelum membuka sesuatu kawasan tanah rancangan dan ia tidak boleh dibuat sesuka hati.

Katanya, sebarang pembangunan yang tidak terancang termasuk membuka kawasan tanah baru yang luas hanya akan menghadapi kegagalan.

Dalam perkembangan lain, beliau memberi jaminan kerajaan negeri akan terus menyalurkan bantuan kepada golongan miskin di negeri itu.

"Kerajaan tidak akan mengurangkan peruntukan bagi membantu golongan miskin dan yang memerlukan bantuan seperti ibu tunggal, warga emas, anak-anak yatim dan orang kelainan upaya (OKU)," katanya.

Suami isteri leka lepas gian

Posted:

Suami isteri leka lepas gian

Suami isteri leka lepas gian

Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM
utusanktn@gmail.com


Yap Toon Khuan (kanan) melihat sebahagian penagih yang ditahan dalam Ops Tapis di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, di Kuantan, kelmarin.


KUANTAN 27 Sept. - Sepasang suami isteri berumur sekitar 30-an antara 31 penagih dadah termasuk dua pengedar berjaya ditahan polis dalam Ops Tapis Khas di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sini malam semalam.

Dalam operasi selama sejam yang berakhir pukul 10.30 malam itu, pasangan tidak mempunyai anak terbabit ditahan ketika leka melepaskan gian dadah jenis heroin bersama penagih lain di kawasan tersebut.

Wanita itu semasa ditahan mengaku menagih sejak berkahwin pada 1998 dan datang dengan suaminya ke kompleks pendaratan ikan tersebut setiap malam hanya semata-mata mahu melepaskan gian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang, Supritendan Yap Toon Khuan berkata, turut diberkas ialah dua pengedar berumur 45 dan 41 tahun disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Beliau berkata, penahanan itu dibuat selepas pihaknya memeriksa 39 individu dan lapan daripada mereka negatif manakala 31 lagi positif ujian air kencing.

"Semua yang ditahan berumur 24 hingga 45 tahun. Seramai 24 orang positif opiat (heroin) dan tujuh lagi metamfetamin (syabu) termasuk seorang wanita serta empat nelayan warganegara Myanmar.

"Polis juga memberkas dua pengedar selepas mereka didapati masing-masing memiliki kira-kira 30 gram dadah dipercayai heroin dan seorang lagi memiliki 25 gram dadah jenis sama serta 0.8 gram dipercayai syabu.

"Turut dirampas ialah wang RM641 dipercayai hasil jualan dadah kepada penagih yang datang melepaskan gian di sini," katanya.

Kata beliau, nilai dadah yang dirampas daripada dua pengedar tersebut dianggar bernilai RM5,550 manakala para penagih yang ditahan pula terdiri daripada buruh dan nelayan dari sekitar daerah ini.

Tambahnya, lokasi tersebut merupakan tempat popular dalam kalangan penagih dan pihaknya membuat intipan selama dua minggu sebelum melakukan serbuan dengan kekuatan 45 anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.

"Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 12 (2) manakala dua pengedar itu disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Sistem maklumat ibu tunggal akan dilaksana

Posted:

Sistem maklumat ibu tunggal akan dilaksana

Sistem maklumat ibu tunggal akan dilaksana

KUANTAN 27 Sept. - Kerajaan negeri akan melaksanakan sistem maklumat ibu tunggal di negeri ini untuk mengumpul data golongan berkenaan bagi memudahkan penyelarasan program berkaitan mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif berkata, golongan berkenaan perlu mengisi borang yang disediakan Jabatan Pembangunan Wanita supaya maklumat mereka diselaraskan.

"Setakat ini, hanya 5,000 ibu tunggal yang dikenal pasti di negeri ini melalui Persatuan Ibu Tunggal Mutiara.

"Kerajaan mahu senarai ibu tunggal diselaraskan agar ia dapat memudahkan pengurusan dan bukan bertujuan untuk diberikan bantuan," katanya selepas Dialog Memperkasa Ibu Tunggal Peringkat Negeri Pahang di Gambang yang dihadiri kira-kira 200 ibu tunggal, baru-baru ini.

Program anjuran Jabatan Pembangunan Wanita itu turut mendapat kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi golongan itu.

Shafik Fauzan berharap penyelarasan maklumat dapat membantu semua ibu tunggal menerima bantuan secara sama rata dan adil.

Sementara itu, seorang ibu tunggal, M.Saraswathy, 69, berkata, majlis dialog seumpama itu perlu diteruskan agar semua ibu tunggal mendapat pengetahuan dan tidak dipinggirkan.

0 ulasan:

Catat Komen