Khamis, 29 September 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


PAS cadang adakan muzakarah mengenai hudud

Posted: 29 Sep 2011 05:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: Selepas cadangan untuk melaksanakan hukum hudud ditolak rakan pakatan pembangkang, PAS hari ini cuba mencadangkan agar diadakan muzakarah yang melibatkan Umno dan para mufti.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, cadangan yang diutarakan itu bagi memberi kesedaran kepada seluruh rakyat selain untuk mengatasi kekeliruan yang timbul.

"Isu hudud merupakan satu isu yang seringkali dihebahkan terutama menjelang pilihan raya. Isu hudud bukan isu politik, tapi ia seringkali dipolitikkan untuk menimbulkan polemik dalam masyarakat, sehingga golongan yang bukan ahli dan golongan bukan Islam turut campurtangan dalam membahaskannya.

"Sedangkan isu hudud merupakan isu yang menyentuh umat Islam secara langsung, dan ia adalah tuntutan syarak bagi pemerintah untuk melaksanakannya," katanya menerusi kenyataan yang disiarkan di laman web parti itu hari ini. - Bernama

Kelindan lori didapati bersalah bunuh bayi dihukum gantung sampai mati

Posted: 29 Sep 2011 03:41 AM PDT

SHAH ALAM: Seorang kelindan lori dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah atas pertuduhan membunuh seorang bayi lelaki berusia 18 bulan K.Harresvaran, Mac tahun lepas.

Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap Rajamorgan Marimuthu, 34, setelah mendapati pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffrey Ong berjaya membuktikan kes tanpa sebarang keraguan munasabah.

Rajamorgan didakwa melakukan kesalahan itu di taman permainan kanak-kanak, Pangsapuri Vista Damansara, Jalan Kenanga, Kampung Sungai Kayu Ara di sini antara pukul 9.40 malam dan 10.10 malam, 3 Mac 2010.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan