Selasa, 27 September 2011

Berita Harian: Wilayah

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: Wilayah


Penguat kuasa diminta tegas

Posted: 26 Sep 2011 02:57 PM PDT

Wilayah

Pelanggan medan selera letak kereta di bahu jalan punca sesak

KUANTAN: Pengguna jalan raya di Jalan Tanjung Lumpur, di sini, tidak berpuas hati dengan sikap segelintir pemandu yang suka meletakkan kenderaan di bahu jalan berhampiran medan selera di sepanjang laluan berkenaan hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Tinjauan Berita Harian mendapati, keadaan itu berlaku apabila pemandu terbabit meletakkan kenderaan di situ ketika menjamu selera walaupun pemilik kedai sudah menyediakan ruangan khas bagi tempat letak kereta pelanggannya.

Kesesakan jalan menjadi teruk apabila kenderaan diletak di bahu jalan iaitu di laluan berselekoh atau garisan berkembar dalam tempoh melebihi 30 minit, sekali gus mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain. Walaupun papan tanda Dilarang Meletak Kenderaan banyak dipasang di situ, ia tidak memberi kesan kepada mereka degil dan melanggar peraturan.

Mekanik, Nazri Hussin, 33, berkata beliau bimbang setiap kali berulang-alik dari rumahnya di Tanjung Lumpur ke tempat kerjanya di pusat bandar.

"Setiap kali melalui jalan dua lorong berselekoh ini, saya perlu lebih berhati-hati kerana kenderaan yang banyak diletakkan di sepanjang laluan lebih satu kilometer, menyukarkan pemandangan di jalan bahagian depan.

"Keadaan bertambah buruk selepas jam 3 petang setiap hari kerana lebih ramai pengunjung datang menjamu selera makanan laut goreng yang terkenal di pusat bandar ini," katanya.
Suri rumah, Sabrina Yassin, 38, berkata masalah lalu lintas di laluan berkenaan sudah berlarutan sejak sekian lama dan seolah-olah tiada penyelesaian disebabkan sikap degil pemandu, selain tiada tindakan tegas pihak berkuasa.

"Walaupun banyak papan tanda larangan meletak kenderaan dipasang di laluan itu, tetapi ia seperti tidak wujud kerana pemandu tidak mengendahkan langsung larangan itu.

"Ini membuktikan pemandu terbabit hanya mementingkan diri mereka tanpa memikirkan kesan tindakan itu yang boleh mengundang kemalangan hingga membahayakan nyawa orang lain," katanya.

Kerani swasta, Norlela Daud, 26, berkata beliau berharap pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap pemandu degil terbabit kerana mereka berani melanggar undang-undang disebabkan tiada penguatkuasaan.

"Meletakkan papan tanda larangan saja tidak menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di laluan berkenaan yang berlarutan sejak bertahun lalu kerana kedegilan segelintir pemandu terbabit menyusahkan pemandu lain.

"Perlu ada tindakan tegas daripada pihak berkuasa berkaitan dengan melakukan rondaan lebih kerap, selain mengambil tindakan saman kenderaan pemandu yang masih degil," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Ibarat nyawa di hujung tanduk

Posted: 26 Sep 2011 02:56 PM PDT

Wilayah

PUCHONG: Penduduk Bandar Puteri 9 di sini, tidak dapat tidur lena setiap malam selepas menyedari rumah mereka dibina di atas aliran air yang ditambak pemaju tanpa mengikut spesifikasi ditetapkan.

Penduduk mendakwa nyawa mereka ibarat di hujung tanduk kerana aliran air itu masih wujud sehingga menyebabkan keadaan tanah di situ sentiasa lembap.

Bagi membuktikan dakwaan mereka, media turut dibawa melihat sendiri masalah itu dan mendapati ada salur air yang terletak di tengah jalan yang mengalirkan air jernih dari atas bukit berhampiran kawasan perumahan itu. Lebih membimbangkan, terdapat banyak tanda berlaku pergerakan tanah dan tanah mendap berdasarkan keadaan jalan yang merekah baru-baru ini, selain ada rumah yang retak di sana sini.

Penduduk juga bimbang kejadian tembok tebing runtuh pada Mei lalu berulang sekali lagi.

Seorang penduduk, M Nathan, 47, berkata kawasan perumahan itu sebelum ini adalah lembah yang turut terdapat air terjun di situ dan pemaju dikatakan hanya menambak sedalam 80 meter itu dengan tanah tanpa sebarang sistem cerucuk dan konkrit bagi memastikan ia padat.

Projek perumahan ini bermula pada 2005 tetapi sebahagian 160 rumah yang terdiri daripada rumah berkembar dan banglo didapati retak di sana sini.
Saya perasan terdapat rekahan di atas jalan bersebelahan tembok yang pernah runtuh sebelum ini. Ini menunjukkan terdapat pergerakan tanah dan tidak mustahil kejadian yang sama akan berulang.

Setiap malam kami tidur dalam kebimbangan kerana rumah kami juga retak, terutama di bahagian halaman bermula dari dalam kolam ke tembok yang saya bina dengan harga hampir mencecah setengah juta.

Beberapa titisan air turut keluar dari celah rekahan batu marmar di ruang meletak kereta, katanya.

Penduduk turut mendedahkan tidak banyak dilakukan oleh pihak pemaju selepas kejadian tanah runtuh sebelum ini membabitkan tembok tebing melainkan membina salur air dan mengalirkannya keluar dari tembok menggunakan paip PVC.

Seorang lagi penduduk yang enggan dikenali, berkata pihak pemaju hanya membina dinding penahan sedangkan bahagian lembah di sebelahnya kosong.

Sebaiknya mereka membina kolam bagi menampung air yang mengalir dari atas bukit serta longkang untuk menurunkan air secara perlahan-lahan ke bawah. Oleh kerana semua ini tiada, air mengalir laju dan membawa sekali tanah menyebabkan tanah semakin mendap dan tidak lagi padat menyebabkan sebarang struktur di atasnya retak.

Rumah kami umpama sedang terapung menyebabkan kami semua tidak dapat tidur malam. Berdasarkan pengalaman saya sebagai jurutera, banyak perkara yang mereka bina tidak dilakukan dengan sempurna. Kami bimbang dengan keselamatan keluarga terutama anak-anak semasa keluar bekerja, katanya.


0 ulasan:

Catat Komen