Rabu, 28 September 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Dana Ainuddin Wahid ditubuhkan

Posted:

Dana Ainuddin Wahid ditubuhkan

Dana Ainuddin Wahid ditubuhkan

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak ceria ketika melancarkan buku Ainuddin: Pejuang Degil Melayu di Dewan Besar Universiti Teknologi Mara (UTM), Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir, Zaini Ujang (kiri), Fatini Yaacub (kanan) dan Ahli Lembaga Pengarah UTM, Tan Sri Ramli Khusairi (dua kanan). – BERNAMA


KUALA LUMPUR 27 Sept. – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan penubuhan Dana Kebajikan Ainuddin Wahid sebagai mengenang jasa dan sumbangan besar bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu dalam membangunkan modal insan bumiputera.

Menurut Perdana Menteri, dana kebajikan tersebut yang berjumlah RM10 juta akan diagih-agihkan secara berperingkat dengan peruntukan sebanyak RM2 juta setahun, untuk membiayai kos pengajian lima pelajar di peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di UTM.

"Dana ini adalah sebagai mengenang jasa besar beliau. Ia akan diagih secara berperingkat-peringkat untuk tempoh lima tahun dan pelajar PhD yang akan dibiayai melalui dana ini terdiri daripada kumpulan lima pelajar terbaik di kalangan yang terbaik.

"Pelajar yang dibiayai ini juga akan ditempatkan selama enam bulan semasa pengajian mereka di salah sebuah universiti tersohor di dunia seperti Oxford, Cambridge dan Imperial College," katanya semasa melancarkan buku biografi Tan Sri Ainuddin Abdul Wahid, di sini hari ini.

Hadir sama, Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Ir. Dr. Zaini Ujang dan penulis buku biografi 'Ainuddin: Pejuang Degil Melayu', Datin Seri Fatini Yaacub.

Menurut Najib, Ainuddin seorang tokoh yang memiliki kegigihan luar biasa dalam usahanya memastikan anak bangsa berjaya dan atas kewibawaan tersebutlah Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak melantik beliau sebagai Pengetua Maktab Teknik pada 1968.

Jelas Perdana Menteri, keyakinan bapanya terhadap Ainuddin begitu tinggi meskipun ketika itu tokoh berkenaan masih muda dan ia terbukti apabila Maktab Teknik dinaik taraf kepada Institut Teknologi Kebangsaan (1972) sehinggalah akhirnya dijenamakan sebagai UTM.

"Saya ucapkan syabas kepada Ainuddin. Kegigihan, kerajinan, nilai integriti serta jasanya wajar kita raikan. Penghargaan ini bukan kita beri sekadar untuk memuji tetapi lebih daripada itu. Ini kerana beliau telah banyak berkorban demi agama, bangsa dan tanah air," ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Perdana Menteri sekali lagi mengingatkan kepada seluruh rakyat Malaysia agar menghargai sejarah dan pengorbanan tokoh terdahulu seperti Ainuddin, bukannya bertindak mentafsir sejarah mengikut kepentingan sendiri.

Program UNESCO mungkin tidak tercapai

Posted:

Program UNESCO mungkin tidak tercapai

Program UNESCO mungkin tidak tercapai

Azman Anuar


MUHYIDDIN Yassin ketika menyampaikan ucapan dasar pada Mesyuarat Lembaga Eksekutif UNESCO ke-187 di Paris, semalam. – BERNAMA


PARIS 27 Sept. – Satu daripada cabaran besar dihadapi oleh dunia khususnya menerusi keanggotaan dalam Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) ialah sasaran Education For All (EFA) atau 'Pendidikan Untuk Semua' yang ditetapkan 2015.

Bagaimanapun menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengikut unjurannya, kemungkinan besar ia tidak akan tercapai.

Dalam pertemuan ringkas Muhyiddin dengan Ketua Pengarah UNESCO, Irina Bokova pada Majlis Resepsi anjuran Malaysia semalam, Irina menyatakan dengan situasi dunia menghadapi banyak masalah seperti krisis kewangan, peperangan dan sebagainya, banyak negara mungkin tidak dapat mencapai sasaran EFA 2015 itu.

Merujuk ketidakcapaian program UNESCO itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran memberitahu, Malaysia tidak menghadapi masalah untuk mencapai sasaran tersebut kerana kerajaan memperuntukkan 26 peratus belanjawan untuk bidang pelajaran setiap tahun.

"Syukur kita tidak hadapi masalah seperti negara membangun lain yang berdepan isu kepakaran, masalah kemiskinan dan sebagainya. Jadi ia tidak menghalang kita untuk mencapai sasaran UNESCO itu,'' katanya kepada wartawan Malaysia, di sini, hari ini.

Sementara itu, ketika berucap di Mesyuarat Lembaga Eksekutif UNESCO ke-187 hari ini, Muhyiddin menggesa negara-negara anggota UNESCO memperkukuhkan hubungan kalangan serantau, dengan wilayah lain dan global untuk mendukung program EFA.

Beliau berkata, perkara ini penting dibincangkan di antara agensi kebangsaan negara-negara anggota supaya perkongsian sumber, keberkesanan kos, pembinaan kapasiti dan ilmu pengetahuan dapat dimaksimumkan.

Untuk tujuan tersebut, kata Muhyiddin, cadangan wakil serantau dalam membentuk semula pencapaian EFA global pada akhir 2011 ini mesti diperkukuhkan untuk memastikan kepemimpinan serantau mempunyai kemampuan untuk menggerakkan semua inisiatif EFA pada peringkat wilayah dan melaporkannya ke peringkat global.

Ini kata beliau, tidak terkecuali melibatkan penyertaan negara kecil serta bermasalah yang biasanya berkemungkinan gagal dan memerlukan sokongan untuk mencapai matlamat EFA.

"Menjelang 2015, kita berhadapan kenyataan bahawa beberapa negara tidak akan mencapai sasaran yang ditetapkan. Ini kerana kita semua maklum perbezaan kemampuan dan keadaan yang kian meluas.

"Malaysia bersetuju dengan UNESCO dan negara lain bahawa bagi negara tersebut, kita perlu berusaha keras memulakan kerja untuk program EFA menjelang 2015.

''Namun, kita juga perlu mengetahui cabaran sebenar yang mereka hadapi dalam membantu keadaan mereka," kata Muhyiddin yang menyampaikan ucapan dasar pada sesi Debat Pleno Lembaga Eksekutif UNESCO.

Menurut beliau, Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang menumpukan pendidikan sebagai salah satu Bidang Keberkesanan Utama Negara (NKRA) telah memberi manfaat.

Muhyiddin berkata, ini dapat dilihat pencapaian murid sekolah rendah dalam kadar membaca dan mengira yang mencapai sasaran 95 peratus.

Di samping menumpukan pencapaian pelajar, Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan Malaysia juga berterusan meningkatkan motivasi guru dan pengurusan sekolah.

Baru-baru ini kata Muhyiddin, Malaysia menyerahkan lebih RM26 juta kepada pengetua dan kakitangan sekolah berprestasi tinggi di bawah program dasar baru Kementerian Pelajaran.

Dalam menggabungkan konsep Pembangunan Berterusan Pendidikan (ESD) UNESCO, Muhyiddin berkata, masa depannya bukan hanya bergantung kepada menyediakan pelajar dengan ilmu pengetahuan tetapi juga kemahiran untuk peralihan dari alam sekolah ke dunia pekerjaan.

Malaysia kini dalam proses menyemak dan mengkaji semula dasar pelajaran, oleh itu Muhyiddin meminta UNESCO memastikan pembaharuan kurikulum dan pedagogi bersama nilai moral dan etika bukan hanya dilaksanakan tetapi mengekalkan budaya keamanan dalam fikiran remaja.

Dalam ucapan terakhir Malaysia sebagai anggota Lembaga Eksekutif, Muhyiddin mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pengarah UNESCO kerana sokongan berterusan kepada Malaysia.

Dan Malaysia kata Muhyiddin, akan memberi sokongan penuh kepada beliau untuk memperkukuhkan keberkesanan badan dunia itu.

Penggal perkhidmatan empat tahun Malaysia akan berakhir pada Persidangan Agung UNESCO bulan hadapan.

Malaysia berharap salah satu kerusi Lembaga Eksekutif akan diisi oleh anggota ASEAN. Indonesia dan Thailand adalah negara yang menawarkan diri untuk dicalonkan merebut kerusi tersebut. – UTUSAN

SPR teruskan pembersihan Daftar Pemilih

Posted:

SPR teruskan pembersihan Daftar Pemilih

SPR teruskan pembersihan Daftar Pemilih

PUTRAJAYA 27 Sept. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan supaya pembersihan Daftar Pemilih dijalankan secara berterusan sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, keputusan tersebut dibuat pada mesyuarat bulanan SPR hari ini.

Menurutnya, dalam proses pembersihan tersebut, SPR telah membuat semakan dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Arah Rekod dan Pencen (JRP), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Hasil daripada semakan itu, SPR mendapati ada rekod-rekod pemilih yang perlu dikeluarkan daripada Daftar Pemilih atas pelbagai sebab antaranya pemilih telah meninggal dunia, dilucut warganegara, bersara daripada polis dan tentera.

"Ia juga melibatkan pertukaran status pasangan tentera atau polis daripada pengundi tidak hadir (PTH) kepada pengundi awam," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kamaruddin berkata, ia juga disebabkan perubahan status pengundi pos di kalangan pengundi yang telah kembali dari luar negara dan perubahan status pemilih awam kepada pemilih pos kerana pergi ke luar negara.

"Berhubung pemilih yang meninggal dunia dari Julai hingga 15 September tahun ini, sebanyak 69,293 rekod pemilih telah dipotong setelah mendapat pengesahan daripada JPN.

"Pada tempoh itu juga, SPR telah memotong sebanyak 1,068 rekod pemilih kerana telah disahkan dilucut warganegara," katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, SPR juga sedang menjalankan siasatan lanjut terhadap 50,000 rekod pemilih agar tidak berlaku kesilapan semasa pemotongan rekod dijalankan.

Menurutnya, siasatan tersebut memerlukan SPR mendapat pengesahan kerjasama daripada JPN, JRP dan PDRM mengenai status warganegara, nombor kad pengenalan dan status perkhidmatan.

0 ulasan:

Catat Komen