Khamis, 29 September 2011

Utusan Online - Jenayah

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Tragedi tayar treler tercabut

Posted:

Tragedi tayar treler tercabut

Tragedi tayar treler tercabut

Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my


MUATAN treler bertaburan di atas jalan dalam kemalangan yang berpunca daripada tayar treler berkenaan tercabut di Kilometer 410.5 Lebuhraya Utara-Selatan di Hulu Selangor, kelmarin.


HULU SELANGOR 28 Sept. - Seorang lelaki maut akibat cedera parah setelah treler dipandunya merempuh belakang sebuah treler lain yang terbabas ke lorong kecemasan gara-gara tayarnya tercabut dalam kejadian di Kilometer 410.5 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Lembah Beringin di sini malam tadi.

Kemalangan berlaku pukul 9.30 malam itu turut mengakibatkan seorang lagi pemuda mengalami cedera parah selepas tercampak dari motosikal yang ditunggangnya ketika cuba mengelak daripada melanggar tayar treler yang tercabut itu.

Mangsa, Wong Chon Lam, 49, yang memandu treler membawa minyak pelincir gagal mengelak daripada merempuh belakang treler membawa muatan penyejuk radiator yang terbabas ke lorong kecemasan setelah tayar belakang sebelah kanannya tercabut.

Rempuhan kuat itu menyebabkan Chon Lam mengalami cedera parah dan maut akibat tersepit di tempat duduk.

Sebelum itu, seorang pemuda, Mohd. Razi Hassan, 30-an, tercampak dari motosikalnya semasa mahu mengelak daripada melanggar tayar treler yang tercabut dan terjatuh atas jalan.

Mohd. Razi yang ketika itu dalam perjalanan dari Petaling Jaya dekat sini ke kampungnya di Trolak Timur, Perak, mengalami kecederaan parah termasuk patah kedua-dua belah kakinya.

Mayat Chon Lam dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat, manakala Mohd. Razi dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

Suami isteri mati ditetak

Posted:

Suami isteri mati ditetak

Suami isteri mati ditetak

Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my

HULU SELANGOR 28 Sept. – Sepasang suami isteri ditemui mati dalam keadaan mengerikan dengan kesan tetakan di kepala, leher dan lengan dalam kebun getah di Kampung Batu 30, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Hulu Yam di sini, awal pagi ini.

Sebelum membunuh, suspek yang tidak dikenali dipercayai dengan sengaja menghalang jalan tanah merah yang dilalui oleh motosikal dinaiki penoreh getah, L. Ramasandram, 57, bersama isterinya, A. Bakiam, 51, dengan sebatang besi panjang menyebabkan mereka tercampak dari kenderaan dan tidak dapat melarikan diri.

Kesempatan itu digunakan oleh suspek untuk menyerang mangsa dengan menetak mereka bertubi-tubi menggunakan senjata tajam di kepala, badan dan lengan menyebabkan kedua-duanya mengalami pendarahan teruk dan maut di tempat kejadian.

Difahamkan, Ramasandram turut putus kelima-lima jari tangan kanan manakala tangan kanan Bakiam hampir putus ditetak.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, insiden menimpa suami isteri itu dimaklumkan kepada polis oleh adik lelaki Ramasandram setelah dihubungi seorang rakannya pada kira-kira pukul 5.40 pagi.

"Sebaik sahaja dimaklumkan berita mengenai kematian abangnya, adik mangsa terus membuat laporan dan polis yang menyiasat tempat kejadian menemui mayat pasangan itu dalam keadaan terlentang di atas jalan tanah merah.

"Terdapat kesan tetakan pada bahagian kepala, badan dan kedua-dua tangan mangsa," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Adnan, polis turut menemui sebuah motosikal jenis Honda EX5 berwarna biru milik mangsa berhampiran tempat kejadian.

Beliau berkata, motif suspek menyerang dan membunuh suami isteri itu belum dikenal pasti tetapi menolak ia ada kaitan dengan unsur samun kerana pembunuh tidak melarikan telefon bimbit dan subang emas milik mangsa.

Katanya, polis kini menyiasat kemungkinan kejadian itu mempunyai unsur dendam.

"Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh," katanya.

0 ulasan:

Catat Komen