Selasa, 27 September 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Pesawat MiG-29 tidak ditukar

Posted:

Pesawat MiG-29 tidak ditukar

Pesawat MiG-29 tidak ditukar

Oleh FARABI SHEIKH SAID ALJABRI
utusanN9@utusan.com.my


DR. AHMAD Zahid Hamidi menandatangani plak sempena perasmian Kompleks Mutiara Pernama di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan, semalam. Turut hadir, Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin (kiri), Pengerusi Pernama, Jeneral (B) Tan Sri Mohamed Hashim Ali serta Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin (empat, kanan).


TAMPIN 26 Sept. - Rancangan pembelian aset baru bagi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) termasuk menggantikan pesawat pejuang MiG-29 belum dapat diputuskan dalam tempoh terdekat ekoran masalah kekangan kewangan yang dihadapi oleh kerajaan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan untuk menukar pesawat ketenteraan itu dan juga aset pertahanan lain hanya akan dapat dilakukan apabila keadaan ekonomi mengizinkan.

"Kita menyedari tempoh perkhidmatan 10 pesawat MiG-29 buatan Rusia yang diguna oleh TUDM sudah tamat tempohnya, namun tiada cadangan bagi menukarnya dalam masa terdekat.

"Bagi pihak kementerian, kita memahami kerajaan perlu mengutamakan perkara lain. Namun buat masa ini kita melihat ada keperluan lain dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) berbanding isu penambahan aset," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kompleks Mutiara Pernama di Kem Syed Sirajuddin di sini hari ini.

Bagi mengatasi perkara itu, beliau menjelaskan, TUDM dan kementerian sedang menjalankan kajian terperinci mengenai pesawat tempur pelbagai guna (MRCA) yang sesuai untuk menukar MiG-29.

Namun katanya, kementerian tidak meletakkan sasaran tempoh masa terhadap proses penukaran aset pertahanan berkenaan.

Mengenai Kompleks Pernama, Ahmad Zahid memberitahu, pembukaan kompleks berharga RM10 juta yang dibina di atas tapak seluas 0.65 hektar di kem tersebut bakal memberi keselesaan kepada warga kem mendapatkan barangan keperluan pada harga lebih murah.

Kompleks itu menyediakan 22 ruang meliputi tapak perniagaan termasuk pasar raya Pernama, kedai gunting rambut, kedai jahit serta kedai basikal.

Kata Ahmad Zahid, rangkaian kedai Pernama menjual 370 barangan pada harga lebih murah berbanding harga pasaran ekoran subsidi RM5 juta yang diperuntukkan kerajaan setiap tahun.

Peguam Negara perlu siasat isu dua transaksi

Posted:

Peguam Negara perlu siasat isu dua transaksi

Peguam Negara perlu siasat isu dua transaksi

KUALA LUMPUR 26 Sept. - Peguam Negara perlu menyiasat sama ada berlaku transaksi dalaman berhubung isu pembelian saham Eastern & Oriental (E&O) oleh Sime Darby Bhd. (Sime Darby) dan Malaysia Airlines (MAS) dengan Air Asia.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, sekiranya transaksi dalaman itu benar-benar wujud, tindakan segera perlu diambil memandangkan perkara itu kini menjadi perhatian umum.

"Tindakan itu perlu bagi menjaga kepentingan dan kredibiliti syarikat-syarikat senaraian awam dan Suruhanjaya Sekuriti (SC), selain menjadi perhatian pelabur asing kerana melibatkan tokoh korporat tempatan," katanya dalam entri terbaru di blognya di http://umnobahagiancheras.blogspot.com/ hari ini.

Syed Ali berkata, Pengerusi E&O, Datuk Azizan Abd. Rahman juga wajar melepaskan jawatan dalam semua syarikat senaraian awam bagi mengelak timbulnya konflik kepentingan.

Azizan kata beliau, wajar berbuat demikian memandangkan isterinya, Tan Sri Zarinah Anwar adalah Pengerusi SC.

"Adalah tidak munasabah Azizan dilantik dalam mana-mana syarikat yang tersenarai kerana ia pastinya mencetuskan konflik kepentingan peribadi," ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali turut mempersoalkan tindakan Datuk Seri Kalimullah Masheerul Hassan dan Datuk Azman Yahya yang didakwa meminta Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim menutup mulut dalam isu tersebut.

Katanya, Kalimullah dan Azman perlu menjelaskan tindakan itu memandangkan Zaid serta Pengerusi KITA Kedah, Zamil Ibrahim adalah individu yang bertanggungjawab membangkitkan perkara tersebut.

"Selain memberikan penjelasan, mereka juga perlu meminta maaf kepada Zaid dan Zamil," katanya.

E&O: Ambil serius pandangan Salleh Majid - Perdasama

Posted:

E&O: Ambil serius pandangan Salleh Majid - Perdasama

E&O: Ambil serius pandangan Salleh Majid - Perdasama

KUALA LUMPUR 26 Sept. - Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) meminta Sime Darby memandang serius dengan kenyataan bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia), Datuk Salleh Majid yang mempersoalkan alasan Sime Darby bagi memiliki 30 peratus saham Eastern & Oriental (E&O) Bhd.

Presidennya, Datuk Moehamad Izat Emir bersetuju dengan kenyataan Salleh yang melihat Sime Darby sanggup membayar 60 peratus lebih mahal daripada harga pasaran bagi memiliki saham tersebut.

"Mereka seharusnya lebih berhati-hati dalam membuat pelaburan sedangkan setahun dua sebelum ini Sime Darby telah mengalami kerugian ekoran kelemahan pengurusan dan beberapa individu telah diambil tindakan.

"Pada waktu ini, Sime Darby masih dalam tahap pemulihan. Ekonomi dunia juga menunjukkan permasalahan dan kelemahan, namun Alhamdulillah langkah-langkah yang diambil Perdana Menteri dan kerajaan bagi pengurusan ekonomi cara baru berjaya membantu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kontroversi pembelian 30 peratus saham syarikat E&O oleh Sime Darby dengan kos RM776 juta secara tunai, iaitu 60 peratus lebih mahal daripada harga pasaran sehingga menimbulkan pelbagai keraguan orang ramai.

Tambah Moehamad, mungkin tindakan Sime Darby atas alasan untuk lebih berkembang, tetapi mereka tidaklah perlu berbelanja melebihi daripada sepatutnya.

Sementara itu, Yang Dipertua Perdasama Perak, Ariffin Zun berkata, jawatankuasa dalaman khas yang telah dibentuk oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) harus memberi perhatian dalam soal ini bagi memastikan apa yang berlaku sebenarnya kerana implikasinya akan menyebabkan keraguan kepada pelabur asing.

0 ulasan:

Catat Komen