Isnin, 26 September 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


PDRM sedia timbang heret pemain mesin

Posted:

PDRM sedia timbang heret pemain mesin

PDRM sedia timbang heret pemain mesin

KUALA LUMPUR 25 Sept. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia mempertimbangkan cadangan untuk mengheret orang ramai yang ditangkap kerana terlibat dalam kegiatan perjudian di premis kafe siber ke muka pengadilan jika mendapati aktiviti menyalahi undang-undang itu sukar dikawal di seluruh negara.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, polis ketika ini, memang mempunyai kuasa untuk mendakwa di mahkamah penganjur, penjaga premis dan pemain judi mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Perjudian 1953.

Namun, ujarnya, bertindak atas budi bicara, kebiasaannya hanya penganjur dan pemilik premis akan didakwa, manakala para pemain judi dibebaskan selepas keterangan diambil memandangkan mereka diperlukan sebagai saksi.

"Kita bagaimanapun bersedia untuk mempertimbangkan sepenuhnya undang-undang ini iaitu mengheret ke mahkamah semua pihak yang terlibat dalam aktiviti perjudian termasuk para pemain jika mendapati aktiviti tidak sihat ini semakin sukar dikawal.

"Buat masa ini, kita tidak bercadang melakukan perkara tersebut kerana aktiviti perjudian di negara ini masih lagi terkawal dan tidak serius," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Meskipun tindakan mengheret kaki judi di premis kafe siber ke muka pengadilan belum pernah dilaksanakan di negara ini, namun Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob dalam sidang akhbar di pejabatnya di Pulau Pinang hari ini mengumumkan akan melaksanakan undang-undang tersebut.

Mengulas keputusan Ayub itu, Khalid berkata, beliau menyokong tindakan tersebut kerana tujuannya adalah untuk membendung kegiatan perjudian daripada terus berleluasa.

"Saya secara dasarnya bersetuju dan jika dilaksanakan boleh menakutkan golongan terbabit. Memang sudah sampai masanya kita mengheret sekali pemain judi ke muka pengadilan jika mendapati ia sukar ditangani di negeri itu.

"Kita memang sentiasa memantau aktiviti haram itu dan akan bekerjasama dengan banyak pihak untuk membendungnya seperti pihak berkuasa tempatan, kerajaan negeri dan media massa," katanya.

Satelit disah jatuh di Lautan Pasifik, timur Afrika

Posted:

Satelit disah jatuh di Lautan Pasifik, timur Afrika

Satelit disah jatuh di Lautan Pasifik, timur Afrika

KUALA LUMPUR 25 Sept. - Agensi Angkasa Negara (Angkasa) hari mengesahkan satelit milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) telah jatuh di dua laluan utama yang dikenalpasti.

Koordinator Observatori Negara Langkawi (ONL), Mhd. Fairos Assillam berkata, dua laluan tersebut ialah di Lautan Pasifik dan timur Afrika.

"Satelit yang pecah kepada 26 bahagian itu dipercayai telah terbakar dan bertaburan di dua kawasan tersebut semalam, tetapi waktu sebenar belum dapat dipastikan.

"Kita cuma boleh mengesahkan waktu satelit tersebut memasuki atmosfera bumi iaitu di antara jam 11.23 pagi dan 1.09 tengah hari (waktu Malaysia) semalam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, setakat hari ini belum ada mana-mana laporan serpihan satelit itu dijumpai atau mengorbankan orang awam dan mengalami kerosakan harta benda.

Pada 21 September, Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) dan NASA mengesan Satelit Penyelidikan Atmosfera Atas (UARS) seberat enam tan yang berisiko untuk jatuh ke bumi dan diramalkan jatuh pada hari Jumaat lalu.

Tambah Mhd. Fairos, Malaysia antara negara yang terselamat daripada terkena serpihan itu kerana negara berada di laluan selamat.

Mengulas tentang orang ramai diingatkan tidak mengambil dan menyentuh objek pelik berhubung serpihan satelit, beliau memberitahu, serpihan tersebut dikhuatiri sangat panas disebabkan terbakar.

Selain itu, katanya, menurut Standard Operating Procedur, serpihan satelit itu mungkin mempunyai radiasi yang tidak dikenalpasti memandangkan sudah lebih 15 tahun di angkasa lepas.

Wajibkan subjek Sejarah di IPT

Posted:

Wajibkan subjek Sejarah di IPT

Wajibkan subjek Sejarah di IPT

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my

KUBANG PASU 25 Sept. - Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini menyarankan agar mata pelajaran Sejarah turut diwajibkan di institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini.

Titah baginda, pengajian tentang sejarah negara bukan wajib dipelajari di peringkat sekolah kerana subjek itu penting dalam kehidupan berbangsa dan bernegara.

''Sejarah itu adalah 'guru kehidupan'. Di dalamnya mengandungi pelbagai pengajaran dan perkara penting yang boleh dijadikan panduan dalam perancangan dan kemajuan sesebuah negara bangsa.

''Sebagai contoh, pelajar dalam bidang Sains, Perdagangan dan Kejuruteraan perlu didedahkan dengan kursus sejarah, falsafah atau pengajian perbandingan agama,'' titah baginda ketika menyampaikan titah ucapan pada Majlis Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (Polimas) di Jitra dekat sini, hari ini.

Turut berangkat Sultanah Kedah, Tuanku Haminah Hamidun.

Majlis itu juga dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul yang mewakili Menteri Besar Kedah; Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, Md. Nor Yusof dan Pengarah Polimas, Kamaruzaman Ismail.

Konvokesyen tiga hari bermula hari ini melibatkan 2,309 graduan yang menerima sijil dan diploma.

Mereka terdiri daripada graduan Jabatan Perdagangan seramai 283 orang, Jabatan Kejuruteraan Elektrik (599), Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (722), Jabatan Kejuruteraan Awam (594) dan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (133).

Sultan Kedah bertitah, mempelajari sejarah sangat signifikan bagi melahirkan generasi muda yang menghargai erti kemerdekaan dan kedaulatan bangsa dan negara.

''Justeru, sejarah bangsa itu perlu diketahui, difahami dan diserapkan ke seluruh lapisan masyarakat.

''Mempelajari sejarah bukan semata-mata mendapat pengetahuan, tetapi boleh dijadikan iktibar kepada sesuatu bangsa tentang apa yang telah berlaku,'' titah baginda.

Baginda turut bertitah, agar institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini berusaha keras meningkatkan keupayaan dan sistem institusi masing-masing.

''Di rantau ini, negara seperti Jepun, Korea Selatan, Singapura dan China terus gigih berusaha mencipta nama.

''Negara kita tidak boleh ketinggalan dalam perkara ini. Oleh itu suatu nilai tambah perlu disuntik dalam kurikulum pendidikan tinggi kita agar mampu melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi dan mempunyai personaliti unggul,'' titah baginda.

0 ulasan:

Catat Komen