Khamis, 29 September 2011

Berita Harian: Wilayah

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: Wilayah


Ribut landa Kuala Terengganu

Posted: 28 Sep 2011 02:44 PM PDT

Wilayah

Harta awam, premis niaga musnah dan perlawanan bola ditangguh

KUALA TERENGGANU: Ribut dan hujan lebat melanda bandar raya ini selama kira-kira 10 minit malam kelmarin, memusnahkan pelbagai harta benda awam, premis perniagaan, kedai dan gerai makan serta kediaman mengakibatkan kerugian dianggarkan ratusan ribu ringgit.

Malah, kejadian ribut pada jam 8.45 malam itu menyebabkan perlawanan bola sepak Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, yang menyaksikan Terengganu menentang Negeri Sembilan terpaksa ditangguhkan kira-kira 40 minit selepas enam minit perlawanan bermula, berikutan angin kencang dan hujan lebat menjejaskan aksi pemain.

MBKT sudah bersih kawasan terjejas supaya peniaga boleh memulakan perniagaan semula. - Zakaria Yusoff, Timbalan Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Terengganu

Tinjauan Berita Harian mendapati, antara kawasan terjejas teruk kesan ribut ialah Dataran Shahbandar, Jalan Sultan Zainal Abidin, Jalan Pejabat dan jeti bot penambang bersebelahan pasar payang serta beberapa lokasi yang terdedah sekitar bandar.

Kejadian ribut itu memusnahkan jeti Shahbandar yang baru siap dibina awal tahun ini apabila bumbungnya runtuh, selain bumbung beberapa kedai di Pasar Besar Kedai Payang (PBKP) tercabut, cermin pusat beli-belah Astaka musnah, pintu gerbang Dataran Shahbandar tumbang dan khemah peniaga di Dataran Shahbandar dan Medan Selera Tanjung roboh dibadai angin kencang.

Timbalan Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Terengganu, Zakaria Yusoff, berkata kejadian ribut itu memusnahkan lapan unit kedai di PBKP yang bumbungnya tercabut, menyebabkan peniaga kain sutera dan songket, kedai cenderamata dan tembaga mengalami kerugian apabila barang jualan rosak akibat terkena serpihan bumbung dan hujan.

"Kejadian ini turut menjejaskan 30 peniaga lain apabila premis mereka rosak. Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) membantu membersihkan kawasan terjejas supaya peniaga boleh memulakan perniagaan semula," katanya.
Peniaga kedai makan di Medan Selera Tanjung, Samad Ali, 31, berkata, kejadian sekelip mata itu menyebabkan pelanggan dan pekerja yang menjamu selera di situ lari bertempiaran menyelamatkan diri apabila bumbung kanopi runtuh.

"Mujur tiada kemalangan jiwa. Namun, ada pelanggan dan pekerja cedera ringan ketika masuk ke dapur untuk berlindung," katanya.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengarahkan semua rumah yang rosak akibat kejadian ribut malam kelmarin dibaiki segera.

"Saya mendapat laporan kira-kira 100 rumah di Kampung Seberang Takir rosak teruk selepas bumbung rumah berkenaan diterbangkan ribut," katanya selepas mesyuarat Exco, semalam.

Ahmad berkata antara daerah yang teruk terjejas akibat kejadian ribut itu ialah Kuala Terengganu, Besut dan Dungun.

"Jumlah kerugian belum diketahui dan kerajaan negeri masih menunggu laporan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat," katanya.

Jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia ketika dihubungi berkata, kejadian ribut itu bukan kesan daripada taufan Nesat yang melanda Filipina, sebaliknya disebabkan penumpuan angin yang menyebabkan berlaku pergolakan di kawasan terbabit.


Kerajaan, penyewa bincang kadar sewa

Posted: 28 Sep 2011 02:39 PM PDT

Wilayah

Isu diteliti semua perkara sebelum tindakan lanjut

SHAH ALAM: Kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan dengan penyewa lot kedai di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di sini mengenai kadar baru sewa antara 30 hingga 100 peratus yang akan bermula Januari tahun depan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata pihaknya juga akan membuat kajian perbandingan kadar sewa antara kompleks itu dengan pemilik bangunan lain di sekitar kawasan berkenaan.

Saya sebagai ahli lembaga pengarah PKNS akan masuk campur dalam hal ini dan saya bercadang berjumpa penyewa untuk beri penerangan perkara yang sesuai dan munasabah. - Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor

"Saya sebagai ahli lembaga pengarah PKNS akan masuk campur dalam hal ini dan saya bercadang berjumpa penyewa untuk beri penerangan mengenai perkara yang sesuai dan munasabah.

"Perkara ini perlu diteliti terlebih dulu dalam semua perkara sebelum tindakan lanjut diambil," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenaikan kadar baru sewa lot kedai Kompleks PKNS.

Kebanyakan peniaga yang sudah berniaga berpuluh-puluh tahun di kompleks berkenaan turut mempertikaikan kenaikan kadar baru sewa dan berpendapat perkara berkenaan hanya akan membebankan mereka yang kebanyakannya Bumiputera.
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) turut menyelar tindakan itu yang disifatkan tidak wajar, apatah lagi majoriti peniaga di kompleks itu adalah Bumiputera.

Sebelum ini, sebuah laman blog, http://darulehsantoday.blogspot.com mendakwa tiga bangunan yang menjadi kebanggaan PKNS dan rakyat Selangor yang dibangunkan di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini akan diambil alih oleh sebuah syarikat pelaburan amanah bermula Januari 2012.

Selain pengambilalihan itu, PKNS juga melalui satu surat bertarikh 12 September 2011 kepada penyewa Kompleks PKNS Shah Alam akan menaikkan kadar sewa premis di pusat komersial itu termasuk menamatkan sewaan kepada peniaga yang kurang berdaya saing.

Berdasarkan surat itu, kadar baru sewa premis adalah antara RM4 hingga RM5.20 sekaki persegi bagi tingkat bawah berbanding ketika ini, RM2.50 hingga RM3.50 sekaki persegi.

Bagi tingkat satu, kadarnya ialah RM2.50 hingga RM3.50 sekaki persegi berbanding RM2 hingga RM2.20 sekaki persegi ketika ini.

Selain itu, kadar sewa kios turut dinaikkan kepada RM1,000 seunit berbanding RM500 seunit.


0 ulasan:

Catat Komen