Selasa, 27 September 2011

Utusan Online - Kota

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Rumah: Syarat baru lebih ketat

Posted:

Rumah: Syarat baru lebih ketat

Rumah: Syarat baru lebih ketat

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusan.com.my


Chor Chee Heung (dua dari kanan) menyaksikan Abu Bakar Hassan menyerahkan kunci replika kepada Pengerusi Wakil Persatuan Pembeli Flat Prima Hijau, Yee Pon Yoon sambil diperhatikan oleh Lee Mok Fong dalam majlis di Taman Prima Hijau, Rawang, Selangor, semalam.


RAWANG 26 Sept. – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sudah bersedia untuk membentangkan di Dewan Rakyat cadangan syarat-syarat baru yang lebih ketat bagi mengurangkan kes projek perumahan terbengkalai

Menterinya, Datuk Chor Chee Heung berkata, ia sebagai usaha penambahbaikan Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966 yang akan turut merangkumi penyeliaan dan penguatkuasaan terhadap pemaju perumahan bagi menjamin dan melindungi kepentingan pembeli rumah.

Katanya, antara lain, pihaknya akan mencadangkan agar pemaju meletakkan wang deposit tiga peratus dari keseluruhan nilai projek yang akan dibangunkan.

"Ketika ini pemaju hanya perlu meletakkan wang deposit sebanyak RM200,000 dan mempunyai sebidang tanah sebelum lesen dikeluarkan.

"Dengan pindaan baru ini jika projek tersebut dilihat mempunyai masalah, wang deposit tersebut akan digunakan untuk menampung masalah itu," katanya selepas majlis penyerahan kunci rumah projek perumahan terbengkalai di Taman Prima Hijau, di sini hari ini.

Cadangan lain, katanya, mulai tahun 2015 pemaju mesti menyiapkan terlebih dahulu rumah sebelum boleh dijual.

Pihaknya juga sedia mempertimbangkan kaedah lain seperti pembeli membayar deposit 10 peratus dan baki 90 peratus lagi diselesaikan setelah rumah siap, selain memperkenalkan kaedah transaksi antara pemaju dan pihak insurans.

"Sebagai contoh syarikat insurans boleh menjadi penjamin kepada pembeli yang telah membuat bayaran perumahan, jika pembeli sudah membayar 40 peratus daripada keseluruhan nilai rumah dan pemaju tidak lagi mampu meneruskan projek berkenaan wang akan dikembalikan oleh syarikat insurans," katanya.

Katanya lagi, kementeriannya juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan di bawah Kanun Keseksaan kepada pemaju yang mengingkari perjanjian sehingga mengakibatkan pembeli menanggung kerugian dan terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan) KPKT, Datuk Yeo Heng Har, Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara, Abu Bakar Hassan serta Pengarah Urusan Trans Eco Development Sdn Bhd, yang dilantik sebagai pemaju penyelamat perumahan Taman Prima Hijau, Lee Mok Fong.

Beliau berkata, Taman Prima Hijau merupakan projek yang telah diisytiharkan terbengkalai sejak 31 Disember 2006 melibatkan 54 unit rumah dengan 47 pembeli.

Bagaimanapun dengan usaha dan kerjasama semua pihak, projek ini dapat dipulih dan disiapkan dan mendapat Sijil Layak Menduduki (CFO) dalam tempoh 11 bulan.

RM132,900 untuk mangsa banjir

Posted:

RM132,900 untuk mangsa banjir

RM132,900 untuk mangsa banjir

Oleh A. JAILANI ABDULLAH
kota@utusan.com.my


PENDUDUK Kuang mengalami banjir terburuk dalam tempoh 10 tahun pada minggu lalu, yang dikatakan akibat sungai di kawasan itu tidak disenggara dengan baik.


KUANG 26 Sept. – Penduduk di sini yang dilanda musibah banjir baru-baru ini telah diberi bantuan segera berjumlah RM132,900 oleh Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan, Abdul Shukor Idrus menerusi peruntukan yang diperoleh daripada kerajaan pusat.

Pemberian bantuan sebanyak RM300 kepada setiap keluarga disampaikan pada majlis di pejabatnya di sini, yang turut dihadiri oleh pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional di Kuang.

Pada Rabu lalu, kampung-kampung di sekitar Kuang iaitu Kampung Damai, Kampung Gombak, Batu 20, Kampung Baru Stesyen (perkampungan Cina), Kampung Bunga Raya (perkampungan India), Kampung Melayu Seri Kundang, Bandar Baru Kundang dan Kampung Muhibbah dilanda banjir teruk.

Abdul Shukor menjelaskan, kejadian banjir itu adalah yang pertama berlaku di kawasan itu dalam tempoh 10 tahun, menyaksikan ada rumah yang dinaiki air sehingga siling sehingga menyebabkan 433 keluarga mengalami kerugian akibat kerosakan kenderaan, peralatan elektrik, ternakan, tanam-tanaman dan lain-lain.

Banjir berlaku selepas hujan kira-kira pukul 3.30 petang sehingga malam.

"Kawasan paling teruk ialah di Kampung Melayu Seri Kundang, Bandar Baru Kundang, Kampung Bunga Raya dan Kampung Gombak.

"Sebahagian penduduk terpaksa dipindahkan ke dewan atau kuil (penduduk India) manakala sebahagian yang takut meninggalkan rumah kerana bimbang barangan mereka dicuri, telah menunggu di rumah sehingga air surut keesokannya," ujar Abdul Shukor.

Beliau kini sedang menunggu laporan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Majlis Perbandaran Selayang mengenai kejadian itu.

Bagaimanapun, daripada pemerhatian pihaknya serta pandangan penduduk, punca banjir itu berlaku akibat sistem saliran, terutama Sungai Kuang dan Sungai Kundang yang tidak disenggara dengan baik.

"Saya berharap agensi berkenaan mengambil tanggungjawab dengan membersihkan sungai yang sudah cetek dan sempit.

"Kerja mengorek dan meluruskan sungai perlu dilakukan. Sungai-sungai ini menjadi cetek dan sempit selain dipenuhi semak-samun akibat perbuatan mencuri pasir yang berleluasa di kawasan ini sebelum ini," ujarnya.

"Jumlah banruan RM300 kepada setiap keluarga memang tidak memadai dengan kerugian yang mereka tanggung tetapi saya berharap ia dapat meringankan sedikit beban dan tekanan perasaan yang dialami penduduk.

"Lebih baik beri sedikit bantuan ehsan daripada tiada bantuan langsung daripada kerajaan negeri di mana wakil mereka hanya datang menonton," ujarnya mengenai bantuan yang disampaikan beliau.

Beliau juga berharap kerajaan negeri mengambil tindakan segera untuk memastikan kejadian ini tidak berlaku lagi.

Sementara itu bekas imam di Kampung Gombak, Omar Osman, 73, berkata, pihak berkenaan perlu memberi perhatian terhadap keadaan sungai yang cetek dan sempit

"Kalau sungai disenggara, maka tidak berlaku banjir dan tidak perlulah bantuan seperti ini diberikan," katanya, yang turut kesal kerana tiada tindakan daripada kerjaan negeri untuk membantu penduduk.

Penduduk Kampung Bunga Raya, Veeramalai V. Shumugam, 65, pula berkata, dia sangat gembira dengan bantuan yang diberikan.

"Penduduk India sangat suka dengan Yang Berhormat Abdul Shukor. Dia sentiasa membantu. Walaupun bantuan sebanyak RM300 tapi ia memadai untuk menunjukkan dia mengambil berat kepada rakyat," katanya.

Segera pindah ke Bazaria Pantai

Posted:

Segera pindah ke Bazaria Pantai

Segera pindah ke Bazaria Pantai

KUALA LUMPUR 26 Sept. - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menarik balik lesen yang diberi kepada penjaja di Jalan Bukit Angkasa jika mereka masih enggan berpindah ke Bazaria Lembah Pantai.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, pihak DBKL memberi tempoh kepada penjaja sehingga penghujung Syawal ini untuk mereka berpindah.

Katanya, selepas tempoh itu tamat, notis selama dua minggu akan diberikan supaya penjaja tersebut berpindah ke tempat baru.

"Jika penjaja masih tidak mahu berpindah, kami akan memberikan tempat mereka tersebut kepada orang lain.

"Sememangnya terdapat banyak permintaan untuk mendapatkan tempat di bazaria ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Kerinchi di sini, baru-baru ini.

Turut hadir ialah Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan, Zauyah Zainuddin, dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Lembah Pantai, Datuk M. Sazali Kamilan.

Majlis tersebut merupakan anjuran Pumuda dan Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai serta Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

0 ulasan:

Catat Komen